Tuah (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 27:
 
Selepas mendengar penjelasan itu, Tuah ternampak akan sebilah keris Taming Sari di dalam sebuah peti kaca. Dengan bantuan keris Taming Sari tersebut, Tuah berjaya kembali semula ke zamannya dan bertemu dengan Hang Lekir. Tuah menjelaskan bagaimana dia dapat kembali semula ke zaman ini walaupun Hang Jebat pada ketika itu sudah menawan Istana Melaka. Tujuannya adalah untuk menyekat tindakan Jebat terhadap Sultan Mahmud Shah. Manakala Sultan Mahmud Shah dan pembesar yang lain telah melarikan diri akibat dari amukkan Hang Jebat. Hang Tuah bertandang ke Istana Melaka untuk bertemu dengan Hang Jebat dan ingin membunuhnya akibat dari penderhakaan yang dilakukan selama ini. Akhirnya, Hang Jebat mati di tangan Hang Tuah selepas keris Taming Sari berjaya ditikam di tubuhnya. Walaupun Hang Jebat terkorban, isterinya Dang Baru telah meninggalkan seorang waris di dalam kandungannya yang kemudiannya dikenali sebagai Laksamana Hang Nadim.
Suatu hari, Datuk Shaari dan Sahira telah dikepung oleh perompak bersenjata namun telah diselamatkan oleh seorang lelaki yang wajahnya mirip seperti Tuah. Rupa-rupanya yang menyelamatkan mereka ialah ASP Sazali ([[Jamal Abdillah]]). Manakala Tuah tidak kembali semula ke zaman moden dan ghaib buat selama-lamanya.
 
==Pelakon==