Lagenda Budak Setan (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 29:
 
==Plot==
Kasyah ([[Farid Kamil]]) bersama rakan sekumpulannya, Sofi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar-pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga menggelar kumpulan mereka sebagai kumpulan antiperempuan. Namun begitu, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar tahun baru, Ayu ([[Lisa Surihani]]). Ayu telah benar-benar menambat hati dan perasaan Kasyah serta membuatkan dia jatuh cinta terhadapnya. Ayu telah mencabar Kasyah untuk berubah sebagai syarat untuknya menerima Kasyah. Maka, episod baru hidup Kasyah pun bermula.
 
Setiba masanya, Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya di kawasan pedalaman dan berpisah sementara dengan Ayu. Azmi ([[Que Haidar]]) yang pernah mengecewakan Ayu kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa apabila Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha ([[Sheila Mambo]]), Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Dalam perancangan tersebut, Mak Leha berpura-pura sakit jantung dan tidak boleh berada dalam keadaan risau. Risau dengan keadaan ibunya, Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi apabila ibunya memintanya untuk mengahwini Azmi sebelum ajalnya tiba. Kasyah berasa kecewa kerana kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.
 
Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering memukul Ayu. Pada suatu malam, mereka berdua telah bergaduh besar kerana Azmi yang cemburu dengan cinta Ayu buat Kasyah yang utuh. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan memandu dalam keadaan beremosi dan marah. Dalam panduannya, Ayu hilang kawalan lalu terlibat dalam sebuah kemalangan. Dia telah cedera parah dan mukanya hancur. Azmi menuntut maaf dan memujuk Ayu untuk menerimanya semula setelah menjalani pembedahan plastik ke atas wajahnya, tetapi Ayu sebaliknya menuntut cerai dan meminta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula dengannya yang kini berwajah baru dan tampil sebagai Emilia. Emilia ingin memulakan hidup baharu dan melupakan episod dukanya sebagai Ayu.