Lagenda Budak Setan (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 33:
Setiba masanya, Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya di kawasan pedalaman dan berpisah sementara dengan Ayu. Azmi ([[Que Haidar]]) yang pernah mengecewakan Ayu kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa apabila Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha ([[Sheila Mambo]]), Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Dalam perancangan tersebut, Mak Leha berpura-pura sakit jantung dan tidak boleh berada dalam keadaan risau. Risau dengan keadaan ibunya, Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi apabila ibunya memintanya untuk mengahwini Azmi sebelum ajalnya tiba. Kasyah berasa kecewa kerana kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.
 
Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering memukul Ayu. Pada suatu malam, mereka berdua telah bergaduh besar kerana Azmi yang cemburu dengan cinta Ayu buat Kasyah yang utuh. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan memandu dalam keadaan beremosi dan marah. Dalam panduannya, Ayu hilang kawalan lalu terlibat dalam sebuah kemalangan. Dia telah cedera parah dan mukanya hancur. Azmi menuntut maaf dan memujuk Ayu untuk menerimanya semula setelah menjalani pembedahan plastik ke atas wajahnya, tetapi Ayu sebaliknya menuntut cerai dan meminta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula dengannya yang kini berwajah baru dan tampil sebagai Emilia ([[Shiqin Kamal]]). Emilia ingin memulakan hidup baharu dan melupakan episod dukanya sebagai Ayu.
 
Emilia kemudiannya menubuhkan sebuah syarikat melalui wang simpanan dan pampasan dari Azmi. Melalui rakan baiknya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa-apa, mula mengesyaki sesuatu setelah beberapa lama bekerja. Melalui Suzana, Kasyah mendapat tahu segalanya tentang Emilia dan hubungan cinta mereka kembali bertaut. Azmi yang tidak boleh melupakan Emilia telah mencuba untuk menggagalkan perkahwinan mereka dengan meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukulnya di hadapan Mak Leha selepas dimaki oleh Emilia sehingga Emilia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala yang menyebabkannya hilang ingatan sehingga tidak mengenali dirinya sendiri. Berbagai-bagai cara telah dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihkan ingatannya namun tidak berhasil. Setelah beberapa lama, Emilia yang semakin pulih akhirnya mengahwini Kasyah. Malangnya, kebahagian yang diharapkan oleh Kasyah tidak kekal lama apabila Emilia meninggal dunia kerana melahirkan anak mereka.