Lagenda Budak Setan 2: Katerina: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 45:
 
==Sinopsis==
6 bulan telah berlalu, selepas kematian Ayu([[Lisa Surihani]]) Kasyah masih bermurung atas kehilangan isteri tersayang, Ayu. Melalui Athirah (adik [[Sharifah Zahra]]), bayinya, segala kasih sayang dicurahkan. Katerina ([[Maya Karin]]) juga semakin pulih kekuatannya untuk berdepan semula dengan Kasyah. Ketabahan dan ketenangan Kasyah masih menyerlahkan senyuman dibibirnya meskipun kehilangan orang tersayang, benar-benar buatkan Katerina mengaguminya.Kemesraan mulai terjalin semula antara keduanya. Mereka sering keluar bersama dimana Katerina sentiasa berada disampingnya hingga membibitkan rasa cinta. Katerina memperkenalkan kasyah kepada kedua orang tuanya. Mereka merancang untuk bertunang namun ditentang oleh ibu Kate, Sofea ([[Marissa Yasmin]]). Sofea tidak puas hati kerana Kasyah adalah punca menyebabkan Kate kecewa hingga hampir membunuh diri selepas Kasyah menikahi Ayu. Tak mungkin dia menerima kasyah sebagai menantu setelah dia kematian isteri.
Kate tetap berkeras mahukan pertunangan tersebut hinggakan kedua orang tuanya terpaksa menurut. Namun, ayahnya, Sofean ([[Zack Kool]]), punyai muslihatnya sendiri meskipun dia menyatakan persetujuannya.
Ketika yang sama, Hisyam ([[Bront Palarae]]), bekas kekasih Kate yang masih menggilainya muncul kembali, mencetuskan kekecohan. Hisyam mengupah sekumpulan lelaki memukulnya hingga patah kaki. Kate naik angin lalu memarahi Hisyam dan mengugut untuk melaporkan kepada polis.