Sembilu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 22:
 
==Sinopsis==
Wati ([[Erra Fazira]]) merupakan kekasih hati Awie ([[Awie]]), seorang penyanyi rock yang terkenal. Hubungan mereka mendapat restu orang tua mereka, kecuali Azman ([[AzmanMustapha Kamal]]), iaitu abang kepada Wati. Ini disebabkan Azman mempunyai sejarah apabila isterinya Maria ([[Aida Rahim]]), pergi meninggalkannya semata-mata ingin menjadi seorang penyanyi. Akhirnya Maria mati dengan tragis dan ini membuatkannya semakin marah. Kemunculan Ziana ([[Ziana Zain]]), seorang penyanyi baru telah jatuh hati kepada Awie. Biarpun setelah mengetahui tentang hubungan cinta Awie dan Wati, Ziana tetap cuba menggoda Awie agar jatuh dalam pelukannya. Hubungan mereka akhirnya goyah apabila Ziana terang-terangan mengaku kononnya dia dan Awie bercinta secara serius dan itu membuatkan Wati marah dan berasa ditipu. Disebabkan ingin meyakinkan Wati, Awie telah menyanyikan lagu 'Di Ambang Wati' sebagai bukti cintanya kepada Wati. Namun tidak semudah disangka apabila hubungan mereka diduga lagi. Azman sentiasa mencari jalan untuk memisahkan dua insan yang sedang hangat bercinta itu. Ketika hubungannya dengan Wati bergolak, Awie jatuh dalam godaan Ziana dan ini membuatkan Wati berasa sedih dan berasa dia ditipu lagi. Namun akhirnya Awie tersedar bahawa hubungan dia dan Ziana tidak kemana dan dia juga tersedar bahawa dia masih mencintai Wati...
 
==Pelakon==