Ananda Krishnan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 33:
 
==Kerjaya==
Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, iaitu tempat asalnya, latar belakang Ananda sebelum tahun [[1992]] merupakan satu misteri. Banyak cerita mengenai kejayaannya melalui kegiatan-kegiatan perjudiannya di Australia dan sebagai pembuat tawaran perniagaan (''dealmaker'') kini telah pun disiarkan di media tempatan dan asing. Salah satu suku daripada kekayaannya datangnya daripada usaha perjudian (loteri, pertaruhan perlumbaan kuda).
 
Usaha Ananda yang sulung adalah dalam bidang perdagangan minyak. Sebelum 1992, Ananda merupakan seorang pembuat tawaran perniagaan dalam urus niaga minyak mentah yang mempunyai hubungan rapat dengan golongan pemimpin negara dan pegawai korporat industri [[petroleum]] di [[Asia]]. Beliau juga amat berjaya dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknya spekulasi pasaran minyak di Amerika Syarikat.
 
===Perhubungan dengan tokoh-tokoh politik===
Pada masa [[Tengku Razaleigh Hamzah]] berada di kemuncak kekuasaannya sebagai [[Kementerian Kewangan Malaysia|Menteri Kewangan Malaysia]], Anandalah yang merupakan rakan yang sentiasa menghadiri perjumpaan-perjumpaan, baik sosial mahupun rasmi, bersama-samanya. Dan apabila Tengku Razaleigh terlibat dalam perunding-perundingan yang penting, Anandalah yang menjadi orang perantaraan. Tengku Razaleigh adalah yang memperkenalkan Ananda kepada [[Mahathir bin Mohamad|Dr Mahathir]] dalam tahun [[1970-an]]. Tetapi Ananda sendiri yang telah berusaha memupuk perhubungan beliau dengan Dr Mahathir. Walaupun hubungannya dengan Dr Mahathir semakin rapat, beliau mengekalkan hubungannya dengan Tengku Razaleigh. Setelah Tengku Razaleigh meninggalkan [[UMNO]] dan menubuhkan [[Semangat 46]], Ananda telah memainkan peranan yang utama dalam pemulihan semula hubungannya dengan Dr Mahathir yang berakhir dengan pengembalian Tengku Razaleigh ke UMNO pada tahun [[1996]].
 
Oleh kerana hubungannya yang rapat dengan Dr Mahathir, Ananda sentiasa dianggap sebagai [[kroni]]nya. Pada akhir tahun 1991, Ananda telah mengambil alih [[Industri Lumba Kuda Malaysia]] yang terletaknya di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur yang merupakan kawasan harta tanah yang termahal di Malaysia (dahulunya [[Padang Lumba Kuda Selangor]]). Beliau juga meraih keuntungan daripada dasar [[penswastaan]] Malaysia. Pada tahun 1993, sebuah syarikat yang dikuasai Ananda telah mengambil alih satu pertiga ekuiti dalam syarikat [[Powertek]]. Adalah Ananda yang meyakinkan Dr Mahathir terhadap pembinaan [[Menara Berkembar Petronas]] yang kini merupakan [[Binaan tertinggi di dunia|bangunan berkembar tertinggi]] di dunia, dan yang dimilik sebahagiannya oleh beliau.