Perbezaan antara semakan "Jenis air untuk bersuci dalam Islam"

tiada ringkasan suntingan
# Air ber[[najis]] yang dikenali sebagai air mutanajjis (ﻣﺘﻨﺠﺲ).
 
== Pengertian bersuci ==
==Air mutlak==
 
* Ertinya Pada Bahasa
 
Membersihkan diri atau sesuatu daripada sebarang kekotoran. Sama ada benda itu najis ataupun tidak. Benda-benda yang najis seperti darah, bangkai, tahi dan sebagainya. Benda-benda yang kotor tetapi tidak najis seperti air ludah, hingus dan lain-Iain.
 
* Ertinya Pada Syarak
 
Menghilangkan halangan beribadat kerana ada hadas atau najis atau menghilangkan halangan memakan sesuatu benda dengan sebab terkena najis.
 
== Alat-alat yang sah untuk bersuci ==
 
a. Air mutlak
 
b. Tanah yang suci
 
c. Batu yang suci
 
== Hukum bersuci ==
 
Ulamak telah sepakat bahawa bersuci daripada najis dan hadas adalah wajib.
 
== Bahagian air ==
 
===Air mutlak===
 
Air mutlak (ﻤﻄﻠﻖ) adalah air yang suci dan boleh menyucikan. Air tersebut dikatakan mutlak disebabkan air itu adalah dalam bentuk keasliannya. Air tersebut masih dikatakan air mutlak walaupun ia sudah berubah disebabkan sudah lama terbiar, dimasuki tanah, lumut dan bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang.
Apabila cukup sukatan atau timbangan air sebanyak [[dua kolah]], maka air tersebut tidak dikira najis yang disebabkan oleh benda lain melainkan beubah dari segi warna, bau dan rasa. Air yang kurang dari sukatan tersebut akan dikira najis apabila jatuh najis ke dalamnya tidak kira berubah sama ada bau, warna ataupun rasa.
 
==== Ukuran Dua Kolah ====
==Air musta'mal==
* Beratnya anggaran 230 liter atau 52 gelen.
* Lebih kurang sebanyak 13 tin minyak tanah.
* Bekas Empat Segi ialah 23 inci lebar dan 23 inci dalam
* Bekas yang bulat lebarnya 19 inci dalam 46 inci.
 
===Air musta'mal===
Air musta'mal (ﻣﺴﺘﻌﻤﻞ) adalah air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan yang lain. Boleh dikatakan juga air ini boleh diminum tetapi tidak sah untuk menyucikan sesuatu.
 
Air musta'amal yang diperolehi dari mengangkatkan hadas adalah air basuhan kali yang pertama pada mandi atau wudhu' yang wajib dan sudah jatuh dari anggota badan. Air musta'amal dari konsep [[najis]] pula ialah jika air itu tidak berubah dan tidak bertambah. Air tumbuhan dan buah-buahan seperti pucuk kelapa yang dibuat [[nira]] atau akar-akar kayu, air dari batang tebu dan yang dihasilkan dari buahan seperti [[kopi]] dan [[koko]].
 
====Air yang berubah dan bercampur====
Air yang berubah dalam konsep tidak boleh menyucikan ialah yang berubah disebabkan oleh benda asing yang suci yang bercampur ke dalam air seperti kayu gahara sehingga tidak berubah sehingga jelas digelar "air gahara".
 
* '''Mukhalit''' - cara Mukhalit pula ialah apabila suatu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan, contohnya air dimasuki nila, maka dihukumnya air Musta'amal.
 
===Air muqayyad===
 
Air muqayyad (ﻣﻘﻴﺪ) pula ialah air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi.
* '''Qayyad Musfaq''' - iaitu qayyad yang bercerai iaitu yang tidak lazim bagi air sepert air hujan, air perigi. Maka, ia masih lagi hukumnya air mutlak.
 
===Air musyammas===
 
Air musyammas (ﻣﺸﻤﺲ) adalah air yang terjemur di bawah panas matahari bagi negeri-negeri beriklim panas. Hukum air tersebut hanya pada air yang diisi ke dalam bekas yang bukan [[emas]] dan [[perak]].
Air tersebut hanya makruh ketika panas untuk digunakan pada badan dan makanan serta minuman. Walau bagaimanapun, air yang masih panas tersebut boleh digunakan untuk membasuh pakaian. Air yang sudah menyejuk tidak lagi makruh digunakan.
 
===Air mutanajjis===
 
Air mutanajjis (ﻣﺘﻨﺠﺲ) adalah air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur hingga kadar [[dua kolah]]. Air tersebut tetap dikira mutanajjis sekiranya air tidak berubah sifat bau, warna atau rasa tetapi tidak mencukupi dua kolah.
 
Air tersebut tidak dikira bernajis apabila jatuh ke dalamnya haiwan ataupun bangkai haiwan yang memang tidak berdarah seperti semut.
 
==== Contoh berikut tidak termasuk Air Mutanajis ====
# Termasuk bangkai najis yang dimaafkan dengan syarat tidak sengaja dicampakkan.
# Air atau bahan cecair yang lain termasuk najis yang halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar melampau daripada najis mughalazah.
# Air yang lebih daripada dua kolah dengan syarat tidak berubah sifat air itu.
 
== Air Qaid Lazim ==
 
Air yang ada kaitan dengan jenama-jenama lain untuk memperkenalkannya. Kalau tidak disebut orang tidak akan faham.
 
* Contohnya:
 
a. Air Kelapa
 
b. Air Tebu
 
c. Air Mawar
 
d. Air Kopi
 
=== Hukum Air Qaid Lazim ===
Suci hanya pada dirinya sahaja tetapi tidak sah digunakan untuk menyucikan yang lain.
 
==Lihat juga==
Pengguna awanama