Perbezaan antara semakan "Zeti Akhtar Aziz"

tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Pada 13 September 2010, Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah ''Global Finance''.
 
==Kehidupan Awalawal==
 
Beliau dilahirkan di [[Johor Bahru]], [[Johor]] dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, [[Petaling Jaya]] pada [[1958]]. Pada tahun [[1970]], beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada [[1978]].
 
==Kerjaya==
 
Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada tahun [[1979]] hingga [[1984]]. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia.
 
Pada tahun [[1994]], beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada [[1 September]] [[1998]], beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada [[1 Mei]] [[2000]], beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.
 
Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dari tahun [[1998]] - [[2000]]. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun [[2004]].
 
Pada 20 April 2011, beliau telah dilantik semula sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei 2011.<ref>[http://www.malaysiakini.com/news/161972 "Zeti dilantik semula Gabenor Bank Negara", Malaysiakini.com, 20 April 2011]</ref>