1970-an: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 87 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q35014
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 16:
 
 
[[Dekad]] 1970-an merupakan tahun-[[tahun]] dari [[1970]] hingga [[1979]], iaitu antara 22 Syawal 1389 hingga 11 Safar 1400. Dekad ini telah menyaksikan perubahan yang besar dalam [[persekitaran]] [[ekonomi]] dan [[budaya]] di seluruh dunia, terutamanya dalam pembuangan nilai-nilai tradisional dan pemelukan gagasan-gagasan baru. Sebagai kuasa dunia yang berpengaruh, [[Amerika Syarikat]] telah pun mengalami banyak daripada peralihan-peralihan ini.
 
Sedangkan dekad [[1960-an]] menyaksikian [[aktivisme sosial]], masyarakat semakin beralih kepada kekhusyukan diri pada dekad 1970-an. Tom Wolfe, seorang penganalisis dan pengarang, memerikan perasaan ini pada [[1976]] dengan menggelarkan dekad ini sebagai "Dekad Diri" ("''Me Decade''"). [[Muzik]] semakin berupa kaji diri (melalui pergerakan [[penyanyi]]-[[penggubah lagu]]) serta bebas tanpa kerunsingan dengan kebangkitan [[muzik disko]].
 
Sewaktu dekad berlangsung, pandangan dunia Amerika Syarikat kian membimbangkan dengan:
* penerusan kemiskinan di bahagian tengah bandar;
* kadar [[jenayah]] bandar yang semakin meningkat;
* penyiaran pembicaraan [[Skandal Watergate|Watergate]] di [[televisyen]]; dan
* [[Perang Vietnam]] yang masih dalam kenangan.
 
Keganasan kian bertambah buruk di [[Timur Tengah]]. Amerika Syarikat mengalami kelumpuhan yang disebabkan oleh Kejutan Minyak pada [[1973]]. Sewaktu ekonominya merosot, penggunaan drug rekreasi kian bertambah dan ramai orang mulai berasa takut akan kultus-[[kultus]] seperti "Children of God". Sebaliknya, pada penghabisan dekad ini, [[pergerakan kewanitaan]] telah membantu mencapai keadaan bekerja yang lebih baik untuk kaum wanita dan [[environmentalisme]] telah pun menjadi perjuangan yang utama di Amerika Syarikat dan [[Eropah]].
 
Sedangkan Amerika Syarikat mengalami [[kemelesetan]], ekonomi [[Jepun]] kian naik sehingga mencapai kedudukan yang nombor satu di pentas dunia. Ekonomi negara-negara [[Dunia Ketiga]] terus berkembang sewaktu awal 1970-an melalui [[revolusi hijau]]. Kemungkinan, negara-negara itu berkembang maju dan menjadi stabil dengan cara yang sesama dengan Eropah selepas [[Perang Dunia II]] melalui [[Rancangan Marshall]]; walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi mereka telah dijejaskan oleh krisis minyak. Oleh sebab itu, di negara-negara membangun, dekad 1970-an telah dikenangi dengan nostalgia kerana perubahan dan harapan untuk mencapai sebuah masyarakat yang makmur dan egalitarian masih tidak sempurna.