1 Lawan Satu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 30:
}}
 
'''''1 Lawan Satu''''' merupakan sebuah filem aksi seni mempertahankan diri Malaysia 2013 arahan [[Pierre Andre]] dan terbitan [[Metrowealth|Metrowealth]]. Ia dibintangi oleh [[Mikail Andre]], [[Azlan Komeng]] dan Fyza Kadir.<ref>{{cite news|url=http://www.broframestone.com/2013/06/1-lawan-satu-filem-aksi-pertama-dari-pierre-andre/|title=1 Lawan Satu - filem aksi pertama Pierre Andre|publisher=Bro Framestone|date=27 Jun 2013|accessdate=17 Oktober 2013}}</ref> Ia merupakan filem pertama arahannya bagi genre aksi.<ref>{{cite news|url=http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0627&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm|title=Aksi 1 Lawan Satu|publisher=''[[Kosmo!]]''|date=27 Jun 2013|accessdate=17 Oktober 2013}}</ref><ref>{{cite news|url=http://www.sinarharian.com.my/politik/satu-lawan-satu-pertaruhan-terbaru-pierre-1.176989|title=Satu Lawan Satu pertaruhan terbaru Pierre Andre|author=Nurrezatul Aqmar Mustaza|publisher=''[[Sinar Harian]]''|date=29 Jun 2013|accessdate=17 Oktober 2013}}</ref>
 
== Plot ==
Setiap pahlawan ada ceritanya. Begitu juga Saleh dan Radhi, dua orang ‘pahlawan’ yang berasal daripada latar belakang dan dunia yang berbeza namun berjumpa dan bertempur dalam satu arena. Saleh dibesarkan dengan ilmu mempertahankan diri yang penuh di dada warisan terunggul keluarganya. Kehilangan adiknya, Saleha telah menyebabkan ayahnya melepaskan Saleh pergi untuk membawanya pulang semula ke pangkuan keluarga mereka. Berbeza dengan hidup Radhi yang berlawan demi menyelamatkan nyawa adiknya, Sara yang sedang sakit tenat.
 
== Pelakon ==
* [[Mikail Andre]] sebagai Radhi
* [[Azlan Komeng]] sebagai Saleh
Baris 45:
* Rozaidi Abdul Rahman sebagai Wak D
 
== Penerbitan ==
''1 Lawan Satu'' merupakan filem kelapan arahan [[Pierre Andre]] dan pertama arahannya bagi genre aksi. Biarpun beliau sinonim dengan filem-filem romantik, namun sentuhan beliau dalam genre aksi amat berhasil dan tidak mengecewakan.
 
Dengan mengetengahkan tema berbeza dari filem aksi bertemakan samseng, Pierre mengetengahkan sekurang-kurangnya 80 peratus pelbagai jenis seni mempertahankan diri, termasuk [[Muay Thai]], [[Silat]], [[Taekwondo]], [[Karate]], [[Capoeira]] dan banyak lagi. Beliau mengambil adiknya, [[Mikail Andre|Mikail]] sebagai pelakon utama di samping [[Azlan Komeng]]. Pelakon lain termasuk Fyza Kader, [[Puteri Balqis]], [[Along Eyzendy|Eyzendy Aziz]] dan [[Mimi Ernida]] serta ibu beliau sendiri, [[Khatijah Tan]]. Beliau juga dilaporkan lebih selesa mengambil pelakon baru berbanding mereka yang sudah ada nama dalam bidang lakonan.
 
== Keluaran ==
Filem ini ditayangkan pada 27 Jun 2013 dan mencatat kutipan sebanyak RM1.8 juta. Ia menjadi filem kedua arahan Pierre yang ditayangkan pada 2013, selepas filem ''[[Cerita Kita]]'' yang ditayangkan pada Mac. Dua lagi filemnya yang ditayangkan pada tahun yang sama ialah ''[[Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang]]'' dan ''[[Highland Tower (filem)|Highland Tower]]''.
 
== Rujukan ==
{{Reflist}}
 
== Pautan luar ==
* {{IMDb title|3045716}}