Perbezaan antara semakan "2G"

6 bait dibuang ,  4 tahun lalu
k
Bot: perubahan kosmetik
k (Bot: perubahan kosmetik)
 
'''2G''' ialah singkatan untuk "teknologi [[telefon]] wayarles generasi kedua". Perbezaan utamanya dengan sistem-sistem [[telefon bimbit]] yang dahulu (kini digelar [[1G]]) adalah bahawa 2G mempergunakan [[isyarat digital]] manakala 1G menggunakan [[isyarat analog]]. Perkhidmatan 2G seringnya dirujuk sebagai [[Perkhidmatan Komunikasi Peribadi]] (PCS: ''Personal Communications Service'') di [[Amerika Syarikat]].
<br /><br />
 
== Piawai teknologi 2G ==
Bergantung kepada jenis [[pemultipeksan]] yang digunakan, piawai teknologi 2G boleh dibahagikan kepada:
* Piawai berasaskan [[Capaian berbilang pembahagian masa|TDMA]]: Merangkumi [[GSM]] (berasal dari [[Eropah]] tetapi kini digunakan di seluruh dunia), [[iDEN]], [[IS-136]] (juga dikenali sebagai [[D-AMPS]]), dan [[Telefon Bimbit Digital Peribadi|PDC]] (hanya digunakan di [[Jepun]]); dan
* Piawai berasaskan [[Capaian berbilang pembahagian kod|CDMA]]: Termasuk [[IS-95]] (juga dikenali sebagai [[IS-95|cdmaOne]]) yang biasanya dirujuk secara mudah sebagai [[Capaian berbilang pembahagian kod|CDMA]] di Amerika Syarikat.
 
Mempergunakan isyarat digital untuk menghubungkan [[telefon bimbit]] dengan [[Tapak sel|menara sel]] dapat meningkatkan [[muatan sistem]] menerusi dua cara yang utama:
* Pemampatan dan pemultipleksan data [[Suara melalui Protokol Internet|suara digital]] yang lebih berkesan melalui berbagai-bagai [[CODEC]], berbanding dengan pengekodan [[Penghantaran analog|suara analog]]; ini membenarkan lebih banyak [[Panggilan telefon|panggilan]] dibuat dengan jumlah [[Lebar jalur (pemprosean isyarat)|lebar jalur radio]] yang sama.
* Pengurangan pancaran kuasa radio dari telefon bimbit yang menyebabkan [[Rangkaian telefon bimbit|sel]] dapat dikecilkan lagi, dengan lebih banyak sel dapat dimasukkan ke dalam ruang yang sama.
 
* Berbeza dengan sistem analog, sistem digital mempunyai lengkung pereputan yang bercerancang. Walau bagaimanapun, ini memberikan kedua-dua kelebihan dan kelemahan. Di bawah keadaan yang baik, sistem digital akan berbunyi lebih baik daripada sistem analog, tetapi ia akan gagal sama sekali apabila keadaan bertambah buruk.
* Berbeza dengan sistem analog, sistem digital tidak boleh mempunyai dua atau lebih [[Klon (telefon bimbit)|"klon"]] telefon bimbit yang memiliki nombor telefon yang sama. Sedangkan ini dapat mencegah penipuan, pengklonan dapat memberikan kelebihan dalam sesetengah keadaan yang sah. Misalnya, seseorang boleh membuat salinan sandar untuk telefon bimbitnya sebagai langkah keselamatan kalau-kalau adanya kerosakan atau kehilangan. Selain itu, dia juga boleh memasang telefon bimbit yang kedua secara tetap di dalam keretanya atau di bengkel terpencil. Dengan sistem digital, ini tidak lagi mungkin.
* Sedangkan panggilan digital biasanya tidak mempunyai [[elektrik statik]] dan [[hingar latar]], [[pemampatan kehilangan]] yang digunakan oleh CODEC akan mengakibatkan pengurangan julat bunyi yang disampaikan. Dengan kata yang lain, kualiti nada suara seseorang yang bercakap ke dalam telefon bimbit digital akan dikurangkan walaupun suaranya adalah lebih jelas kepada penerima.
 
== Lihat juga ==
 
[[Kategori:Telekomunikasi bimbit]]
[[Kategori: Piawai telefon bimbit]]