330 SM: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 63 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q48182
k Bot: perubahan kosmetik
 
Baris 28:
* [[30 Januari]] - Selepas menawan genting Pintu Parsi, Alexander memasukui [[Persepolis]]. Di sana, beliau membakar istana [[Xerxes I]] secara istiadat untuk melambangkan keakhiran perang dendaman SeYunani.
* Sebelum meneruskan pengejaran [[Darius III]] yang telah berundur masuk ke [[Bactria]], Alexander mengumpulkan semua harta karun Parsi dan melantik [[Ecbatana]] sebagai ketua bendahari untuk menyimpannya di [[Ecbatana]]. [[Parmenion]] juga ditinggalkan di [[Medes|Media]] untuk mengurus komunikasi antara Alexander dan tanah-tanahnya yang semakin bertambah dengan pesat.
* Alexander melantik [[Atropates]] sebagai [[satrap]] (gabenor) [[Medes|Media]], dan [[Mithrenes]] sebagai satrap [[Armenia]].
* Menyeberangi [[Pergunungan Elburz]] ke [[Laut Caspian]], Alexander menawan Zadracarta di [[Hyrcania]] dan menerima penyerahan sekumpulan satrap dan tokoh-tokoh Parsi yang terkenal. Alexander mengesahkan sesetengah mereka dalam jawatan masing-masing, dan kemudian mara ke arah barat dan menewaskan tentera Mardi, segolongan orang gunung yang menghuni di Pergunungan Elburz. Alexander juga menerima penyerahan askar-askar upahan Yunani Darius.
* Di [[Aria (kesatrapan)|Aria]], tentera Alexander menewaskan tentera satrap [[Satibarzanes]] yang mula-mulanya menawarkan penyerahan tetapi kemudiannya memberontak. Alexander kemudian mengasaskan kota [[Alexandria di Ariana]] ([[Herat]] moden).
* [[Philotas]], anak lelaki [[Parmenion]] serta komander askar berkuda elit Macedon, terbabit dalam komplot untuk membunuh Alexander di Phrada, [[Drangiana]], dan dihukum mati oleh tentera Alexander. Sebuah pesanan rahsia dihantar oleh Alexander kepada Cleander, timbalan Parmenion, yang membunuh Parmenion di [[Ecbatana]], Media, kerana takut bahawa Parmenion akan memberontak apabila mendapat tahu tentang kematian anaknya. Semua pengikut Parmenio kini dihapuskan dan orang-orang yang rapat dengan Alexander dinaikkan pangkat.
 
==== Yunani ====
* [[Antipater]], pemangku raja Alexander di [[Macedon]], berdamai dengan [[Thrace]] (yang beliau sedang bertempur) dan kemudian mara ke arah selatan dengan sebuah angkatan tentera yang terdiri daripada melebihi 40,000 orang askar. Beliau mencapai suatu kemenangan yang payah dalam [[Pertempuran Megalopis]] di Arcadia terhadap [[Agis III]] dari [[Sparta]] dan askar-askar upahan Yunaninya. Agis III dibunuh dan tentangan Sparta dipatahkan.
* [[Aeschines]] meneruskan percubaannya untuk menghalang [[Demosthenes]] daripada dianugerahi mahkota emas untuk perkhidmatan-perkhidmatannya kepada [[Athens]]. Kes ini yang dimulakan pada tahun [[336 SM]] akhirnya menyebabkan kekalahan Aeschines yang sangat besar, disebabkan sebahagian besar oleh ucapan Demosthenes yang cemerlang untuk membela [[Ctesiphon (pemidato)|Ctesiphon]] ("[[Mengenai Mahkota]]").
* Selepas ditewaskan oleh Demosthenes di dalam mahkamah, Aeschines meninggalkan Athens untuk ke [[Rhodes]] dan mengajar [[retorik]] di sana.
 
==== Empayar Parsi ====
* [[17 Julai]] - Raja [[Darius III]] digulingkan dan dibunuh oleh [[Bessus]], [[satrap]] (gabenor) [[Bactria]]. Bessus naik takhta dan mengambil nama Artaxerxes IV.
 
== Kelahiran ==
Baris 47:
== Kematian ==
* [[Darius III dari Parsi|Darius III]], raja [[Empayar Parsi|Parsi]] (dibunuh) (lahir k.k. [[380 SM]])
* Raja [[Agis III]] dari jurai keturunan Eurypontid raja-raja [[Sparta]] (dibunuh dalam pertempuran)
* [[Parmenion]] (juga dikenali sebagai Parmenio), jeneral Macedon (dibunuh) (lahir k.k. [[400 SM]])
* [[Kidinnu]], ahli [[astronomi]] dan [[matematik]] [[Chaldea]]
* [[Theopompus]] dari [[Chios]], ahli [[sejarah]] dan [[retorik]] [[Yunani]] (lahir k.k. [[380 SM]])