337 SM: Perbezaan antara semakan

10 bait ditambah ,  4 tahun lalu
k
Bot: perubahan kosmetik
k (Bot: Memindahkan 60 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q81843)
k (Bot: perubahan kosmetik)
 
<br clear=all>
 
== Peristiwa ==
=== Mengikut tempat ===
==== Yunani ====
* Di dalam Persidangan SeYunani yang diadakan di [[Corinth]], [[Philip II dari Macedon]] mengumumkan pembentukan [[Liga Corinth]] untuk membebaskan kota-kota Yunani di [[Asia Minor]] daripada pemerintahan [[Empayar Parsi|Parsi]], kononnya kerana [[Arses dari Parsi|Arses]], raja Parsi, enggan membayar pampasan perang kepada Philip untuk bantuan [[Artaxerxes III]] kepada kota [[Perinthus]] ketika kota itu bertempur dengan tentera Philip. Semua kota Yunani (kecuali [[Sparta]]) serta pulau-pulau Yunani bersumpah akan menyokong liga tersebut dan mengakui Philip sebagai presiden Liga. Philip menubuhkan sebuah majlis perwakilan yang diwakili oleh semua negeri Yunani yang diberikan kuasa untuk membincangkan dan memutuskan tindakan-tindakan yang harus diambil. Bagaimanapun, kuasa yang sebenar terletak pada Philip yang diisytiharkan sebagai komander tentera Liga.
* Philip II bercerai dengan isterinya, [[Olympias]], selepas perkahwinannya dengan [[Cleopatra Eurydice dari Macedon|Cleopatra]] (yang dinamai semula sebagai Eurydice). Putera mereka, [[Alexander|Alexander Agung]], secara berkesan tidak lagi diakui sebagai putera, akibat perbuatan Philip ini. Philip II membuang [[Ptolemy I Soter|Ptolomy]], bersama-sama dengan teman-teman Alexander yang lain.
 
==== Republik Rom ====
* Seorang [[marhaen]] dipilih sebagai [[praetoria]] di [[Republik Rom|Rom]] buat pertama kali.
 
== Kelahiran ==
* Raja [[Demetrius I dari Macedon]] Poliorcetes ("Pengepungr"), raja [[Dinasti Antigonid]] di Macedon (maut [[283 SM]])
 
== Kematian ==
* [[Shen Pu-hai]], [[birokrat]] [[China|Cina]] dan ketua menteri [[Han]]
 
[[Kategori: 337 SM | ]]