403 SM: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 57 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q231741
k Bot: perubahan kosmetik
 
Baris 22:
<br clear=all>
 
== Peristiwa ==
=== Mengikut tempat ===
==== Yunani ====
{{portal|Yunani|Coat_of_arms_of_Greece.svg}}
* [[Thrasybulus]] mengetuai penentangan demokrasi terhadap kerajaan oligarki baru yang dikenali sebagai [[Tiga Puluh Penzalim]] yang pemenang [[Sparta]] mengenakan pada [[Athens]]. Beliau mengetuai sepasukan orang buangan yang menyerang [[Attica]] dan, dalam pertempuran yang berturut-turut, mula-mulanya menewaskan sebuah garison Sparta dan kemudian menewaskan angkatan-angkatan tentera kerajaan oligarki (yang termasuk angkatan tentera [[Lysander]], jeneral Sparta) dalam [[Perang Munychia]]. [[Critias]], ketua Tiga Puluh Penzalim, dibunuh dalam pertempuran.
* [[Pertempuran Piraeus (403 SM)|Pertempuran Piraeus]] dilawan antara pasukan orang buangan Athens (yang telah menewaskan kerajaan Tiga Puluh Penzalim dan menduduki [[Piraeus]]) dengan seangkatan tentera Sparta yang dihantar untuk menempur dengannya. Dalam pertempuran itu, Sparta nyaris-nyaris ditewaskan oleh pasukan orang buangan, dengan kedua-dua belah pihak menanggung kerugian besar. Selepas pertempuran, [[Pausanias of Sparta|Pausanias]], raja Sparta, mengatur suatu penyelesaian antara kedua-dua pihak yang membenarkan penyatuan semula Athens dengan Piraeus, dan mengasaskan semula sebuah kerajaan demokrasi di Athens. Ahli-ahli oligariki Tiga Puluh Penzalim dibenarkan melarikan diri ke [[Eleusis]].
* Thrasybulus memulihkan institusi-institusi demokrasi kepada Athens dan memberikan pengampunan kepada semua orang, kecuali pelampau-pelampau oligarki. Beliau dibantu oleh [[Lysias]], pemidato Athens, dalam mengemukakan alasan-alasan menentang oligarki.
* [[Andocides]], pemidato dan ahli politik Athens, yang telah dibabitkan dalam pencacatan arca dewa [[Herms]] pada hari sebelum ekspedisi Athens bertolak pada tahun [[415 SM]] untuk menentang [[Sicily]], kembali daripada buangan di bawah pengampunan umum.
 
==== China ====
{{portal|China|GreatWall 2004 Summer 4.jpg}}
* Negeri [[Jin (negeri)|Jin]] di [[China]] dibahagikan antara tiga buah keluarga pemilik tanah elit. Ini merupakan permulaan [[Zaman Negeri-negeri Berperang]].
 
=== Mengikut topik ===
==== Kesusasteraan ====
* Sebagai sebahagian rejim baru, [[Athens]] menerima reformasi ejaan, dan menerimaguna abjad Ionia yang termasuk huruf ''eta'' dan ''omega''.
 
== Kelahiran ==
*
 
== Kematian ==
* [[Critias]], ahli utama [[oligarki]] [[Tiga Puluh Penzalim]] [[Athens]] (lahir [[460 SM]])
 
[[Kategori: 403 SM | ]]