449 SM: Perbezaan antara semakan

1 bait dibuang ,  5 tahun lalu
k
Bot: perubahan kosmetik
k (Bot: Memindahkan 55 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q234820)
k (Bot: perubahan kosmetik)
 
{{portal|Yunani|Coat_of_arms_of_Greece.svg}}
* Negara-negara kota [[Yunani]] berdamai dengan [[Empayar Parsi]] melalui perjanjian [[Keamanan Callias]] yang dinamai sempena nama duta besar Yunani di Istana Parsi yang merupakan abang (atau adik) ipar [[Cimon]]. [[Athens]] bersetuju untuk menamatkan bantuannya kepada pemberontak-pemberontak [[Mesir]] yang masih bertempur di sesetengah bahagian [[Delta Nile]], manakala Parsi bersetuju tidak akan menurunkan kapal-kapal perangnya masuk ke [[Laut Aegea]]. Athens kini menguasai semua negara kota di Ionia secara berkesan.
* [[Pericles]] memulakan rancangan pembinaan agung yang termasuk pengubuan semula [[Piraeus]] serta tembok-tembok panjang yang terbentang ke Athens.
* Pericles mencadangkan "Dekri Kongres" yang membenarkan pembelanjaan sebanyak 9,000 [[talen]] untuk membiayai rancangan pembinaan semula candi-candi Athens yang amat besar. Ini menyebabkan perjumpaan ("Kongres") semua negara Yunani untuk mempertimbangkan persoalan pembinaan semula candi-candi yang dimusnahkan oleh tentera Parsi. Bagaimanapun, kongres itu gagal, akibat penentangan [[Sparta]].
* Pericles mempertanggungjawabkan [[Phidias]], pengarca Athens, untuk segala aspek kesenian rancangan pembinaan semula. Pembinaan bermula dengan [[Candi Hephaestus]] di [[Athens]], manakala Senat Athens menempah [[Callicrates]] membina sebuah kuil untuk dewi [[Athena Nike]] di [[Akropolis]].