8TV: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 1:
{{Infobox Network |
network_name = Metropolitan TV Sdn Bhd <br>(8TV)|
network_logo = [[ImejFail:8TV my.svg‎ |150px]]|
country = {{flagicon|Malaysia}} [[Malaysia]]|
network_type = Saluran UHF|
Baris 23:
Mulai 1 April 2016, terdapat perubahan rancangan di 8TV di mana fokus rancangan Cina juga bertambah. 8TV menyiarkan hampir semua rancangan Cina sepanjang hari pada hari Sabtu hingga Selasa, manakala rancangan Inggeris masih disiarkan selama dua jam pada hari Rabu dan satu jam pada Khamis dan Jumaat. CJ Wow Shop yang disiarkan pada awal pagi selama tiga jam juga mula bersiaran pada hari yang sama, menggantikan segmen siaran serentak Hot FM AM Krew yang telah disiarkan selama hampir sedekad. Disebabkan oleh perubahan ini, rancangan The 8TV Quickie yang juga telah bersiaran selama lebih sedekad ditamatkan siarannya.
 
== Ciri-ciri ==
8TV disasarkan kepada golongan muda dengan konsep "satu stesen, dua saluran", yang mana sesi pertama penyiaran merupakan saluran [[bahasa Cina]], manakala sesi keduanya merupakan slot program yang kebanyakannya ber[[bahasa Inggeris]]. Satu lagi bahagian ketiga penyiaran menampilkan permainan SMS interaktif, serta video muzik dalam bahasa Inggeris, [[bahasa Melayu|Melayu]] dan Cina.<ref>{{cite web|title=Meredah zaman suram|url=http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=1215&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=ot_01.htm|website=Utusan Online|publisher=Utusan Malaysia|accessdate=6 February 2016}}</ref>
 
Slogannya, "We're different," melambangkan misi 8TV untuk menawarkan kepelbagaian siri dan filem popular yang bertumpukan muda-mudi, penduduk bandar dan bangsa Cina sebagai penonton sasaran.<ref>{{cite web|title=MetroVision - intro (Sultan Abu Samad building version - 1995)|url=https://www.youtube.com/watch?v=3uyoD5ctwXU|accessdate=31 October 2016}}</ref><ref>{{cite web |url=http://www.metrovision.com.my/discover/install.asp| title= MetroVision Tune in guide |archiveurl=https://web.archive.org/web/19981206190600/http://www.metrovision.com.my/discover/install.asp |archivedate=6 December 1998}}</ref>
 
== Maskot ==
Pada awal 2006, 8TV memperkenalkan [[maskot]] barunya yang berbentuk seorang bayi bernama "Pow Pow". Bayi ini menghiasi sesetengah iklan promo yang mempromosikan rancangan 8TV, serta halaman utama [http://www.8TV.com.my laman web rasmi 8TV]. Asalnya dia cuma digelar "8TV baby" sehinggalah selesainya pertandingan mencari nama sesuai, maka dari itulah terpilihnya nama "Pow Pow".
 
Baris 35:
Maskot "Pow Pow" telah dihentikan penggunaannya oleh 8TV.
 
== Senarai rancangan ==
{{utama|Senarai Rancangan 8TV}}
 
== Insiden dan kontroversi ==
* Pada pertengahan tahun [[2004]], ketika perlawanan bolasepak [[Euro 2004]] hangat di udara, 8TV didapati menyiarkan iklan pengeluar minuman keras [[Carlsberg]] yang merupakan penaja penyiaran perlawanan kejohanan sukan itu. Akibatnya, [[Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia]] (SKMM) mengenakan denda sebanyak RM50,000 terhadap 8TV mengikut peruntukan Seksyen 242, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.<ref>{{cite news|title=8TV didenda RM50,000 kerana arak|url=http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2004&dt=0914&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_01.htm&arc=hive|publisher=[[Utusan Malaysia]]|date=2004-09-13}}</ref>
 
* Pada [[13 Januari]] [[2008]], pada konsert sambutan ulang tahun, artis [[Faizal Tahir]] menanggalkan bajunya hingga mendedahkan dadanya di pentas apabila ber[[siaran langsung]]. Akibatnya, pada 19 Januari 2008, SKMM berkata mereka menggantung rancangan-rancangan siaran langsung dan tertunda berbentuk hiburan di stesen 8TV selama tiga bulan berkuat kuasa 15 Januari 2008.<ref>{{cite news|url=http://www.gua.com.my/Entertainment/News-Detail.aspx?ArticleID=958|title=Permohonan Maaf Terbuka Daripada Faizal Tahir|publisher=gua.com.my|date=2008-01-06}}</ref><ref>{{cite news|url=http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm|title=Siaran langsung 8TV, Faizal digantung 3 bulan|publisher=utusan.com.my|date=2008-01-19}}</ref>
 
* Pada bulan Oktober 2008, SKMM sekali lagi mengerjakan 8TV dengan menggantung serta merta perkhidmatan laman sembangnya setelah mendapati kemudahan terbabit "disalah guna oleh penonton untuk mencari pasangan seks," dengan kemungkinan bakal diharamkan setelah selesainya siasatan pihak SKMM dalam kes ini.<ref>{{cite news|title=Laman sembang 8TV digantung|publisher=Utusan Malaysia|date=2008-10-04|url=http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1004&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm|accessdate=2008-10-18}}</ref>
 
* Pada awal musim Ramadan 2011, 8TV menyiarkan tiga iklan [[pengumuman khidmat masyarakat]] yang dikatakan bersifat perkauman dan menghina kaum Cina kerana menggambarkan seorang wanita Cina yang makan secara terbuka, mengenakan pakaian kurang sopan dan kurang beradab ketika Ramadan, dengan niat untuk memesan golongan bukan Islam supaya menghormati bulan puasa dengan sewajarnya. Iklan-iklan tersebut akhirnya ditarik balik setelah ekoran kecaman oleh pelbagai pihak, termasuk umat Islam yang mengaku turut tersinggung oleh iklan-iklan berkenaan.<ref>[http://www.themalaysianinsider.com/litee/bahasa/article/ramadan-ekoran-kecaman-media-prima-tarik-balik-iklan-rasis/ Ramadan: Ekoran kecaman, Media Prima tarik balik iklan rasis], The Malaysian Insider, 2 Ogos 2011. Dicapai pada 5 Ogos 2011.</ref><ref>[http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/iklan-rasis-pakatan-mahu-tindakan-keras-ke-atas-8tv/ Iklan rasis: Pakatan mahu tindakan keras ke atas 8TV], The Malaysian Insider, 2 Ogos 2011. Dicapai pada 5 Ogos 2011.</ref>
 
== Lihat juga ==
Baris 51:
* [[MetroVision]] (pendahulu 8TV)
 
== Rujukan ==
{{reflist}}
 
== Pautan luar ==
* http://www.8tv.com.my/
{{Saluran_televisyen_di_Malaysia}}
{{Media Prima}}
 
[[Kategori:8TV| ]]
[[Kategori:Stesen televisyen di Malaysia]]
[[Kategori:Saluran televisyen dalam Astro]]
 
{{Saluran_televisyen_di_Malaysia}}
{{Media Prima}}