Perbezaan antara semakan "A Famosa"

10 bait dibuang ,  2 tahun lalu
k
Bot: perubahan kosmetik
k (Bot: perubahan kosmetik)
| Nama = Kota A Famosa
| Nama asal = Fortaleza de Malaca <br/> Kubu Melaka
| Imej = [[FileFail:A Famosa Fortress.JPG|250px]]
| Kapsyen = Tinggalan pintu Kota A Famosa yang dipanggil ''Porta de Santiago'' (Pintu Santiago).
| Negara = Malaysia
 
== Sejarah ==
[[Fail:Stad en Kasteel Malacca.JPG|thumb|rightkiri|Peta bandar dan kubu Melaka (1780)|250px]]
=== Selepas penawanan Portugis ===
'''A Famosa''' merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (''Fortaleza de Malaca''). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.
 
Pembinaan kota A Famosa atas arahan [[Alfonso de Albuquerque]] boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.
 
Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau [[katelum]] (''bastion''), dengan tembok setebal 2.4 [[meter]] hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.
 
A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah [[Portugis]] turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang [[Belanda]] pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas [[Melaka]].
 
=== Pentadbiran oleh British ===
[[ImejFail:Image717 CP Malacca, a Famosa, fortaleza portuguesa.jpg|thumbnailthumb|200px|rightkiri|Kubu A' Formosa: Perobohan oleh pihak British dihentikan oleh Sir Stamford Raffles pada 1808 sewaktu beliau singgah di Melaka. Apa yang tinggal dipelihara sehingga hari ini.]]
[[Fail:Porta de Santiago 2.jpg|thumb|leftkanan|Pintu Santiago (''Porta de Santiago'') yang masih terpelihara|250px]]
[[Fail:A Famosa - Reconstruction of watchtower.jpg|thumb|leftkanan|Pembinaan semula kubu tinjau yang dibina atas tapak runtuhan asal kubu|250px]]
Apabila tentera Napoleon menjajah Belanda (''Holland'') pada tahun 1795, Putera. William of Orange melarikan diri ke London, di mana dia memerintah semua penempatan Belanda untuk menerima tentera British, bagi menghalang mereka dari jatuh ke tangan [[Perancis]]. Akibatnya, pihak British berjaya menguasai Melaka pada 1795 tanpa sebarang pertempuran.
 
Selepas menguasai Melaka, pihak British tidak berminat menyimpannya, ataupun membiayai penempatan tentera bagi mempertahankan Melaka yang dianggap milik sementara dan perlu dipulangkan kepada pihak Belanda selepas perang. Sebaliknya meninggalkan kota sekukuh itu tanpa pertahanan yang mencukupi adalah mengundang mara bahaya, sekiranya ia ditawan oleh pihak musuh. Tambahan lagi, mereka tidak berminat bagi memulangkan Melaka ke tangan Belanda dengan kota A Famosa dalam keadaan utuh sebagai saingan kepada penempatan Inggeris di [[Pulau Pinang]] dan [[Singapura]]. Dengan sebab itu, William Farquhar iaitu Leftenan Gabenor Pulau Pinang dan juga Gabenor Melaka antara 1803 hingga 1818, telah membuat cadangan bagi memusnahkan kota A Famosa kepada Kerajaan Inggeris di [[India]]. <ref>[http://courses.nus.edu.sg/course/ellhpj/resources/abdullah3.HTM Menurut Hikayat Abdullah]</ref>
Semasa kerja-kerja pemusnahan telah pun berlaku dengan rancaknya, Sir Stamford Raffles seorang kaki-tangan kerajaan yang bercuti sakit telah datang ke Melaka atas jemputan William Farquhar. Apabila mengetahui mengenai perobohan Kota A Famosa, beliau telah menulis surat kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan menyatakan bahawa pemusnahan Kota Famosa tidak patut dilakukan. Beliau telah memberi sebab-sebab tertentu, pertamanya jika Inggeris membiarkan Melaka, pihak lain akan mendudukinya, sudah pasti ia akan merugikan Pulau Pinang, kedua Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan mentadbirkannya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak, manakala yang ketiga penduduk-penduduk Melaka tidak perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meninggalkan Melaka, Inggeris telah pun memerintahkan penduduk Melaka supaya terus tinggal di situ. Beliau turut menyatakan bahawa Inggeris tidak perlu meninggalkan Melaka hanya kecuali dipaksa.
 
Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris tetapi ia sudah terlambat kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah. Pemusnahan Kota 'A Famosa' pada hari ini dalam tahun 1807, telah memusnahkan hampir seluruh kota itu, dan hanya meninggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini, iaitu Porta de Santiago.
 
Pihak British kekal di Melaka sehingga tahun 1818. Apabila berakhirnya peperangan Napoleon, Melaka dikembalikan ke tangan Belanda (tanpa Kota A Famosa). Melaka kekal di tangan Belanda selama tujuh tahun berikutnya, sehinggalah perjanjian London 1824, apabila mereka menukarkan Melaka dengan Bangkahulu (''Bencoolen'') di Sumatra.
 
== Penemuan arkeologi ==
[[Fail:A Famosa anitary sewer line remain.JPG|thumb|rightkiri|Sistem aliran kumbahan A Famosa|250px]]
[[Fail:Melaka-Porta-de-Santiago-2Cimg2194.jpg|thumb|rightkiri|Kubu Porta de Santiago dari bahagian belakang|250px]]
 
Pada akhir November 2006, sebahagian struktur kota, dipercayai '''Kubu Middelsburgh''' dijumpai secara tidak sengaja semasa pembinaan menara berputar 110 [[meter]] di bandar Melaka.<ref>Lee, Cynthia. [[New Straits Times]]. [http://www.nst.com.my/Current_News/nst/Friday/NewsBreak/20061201192448/Article/index_html Excavation for Malacca tower project unearths ruins of Dutch fort]. 1 Disember 2006</ref> Pembinaan menara ditangguhkan selepas penemuan tersebut. <ref>The Star. [http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/12/4/nation/16216184&sec=nation Ancient wall stays, tower goes]. 4 Disember 2006.</ref> Koperasi Muzium Melaka mensyaki struktur tersebut dibina oleh Belanda semasa pendudukan Belanda ke atas Melaka dari 1641 hingga 1824.<ref>Lee, Cynthia. [[New Straits Times]]. [http://www.nst.com.my/Current_News/nst/Friday/NewsBreak/20061201192448/Article/index_html Excavation for Malacca tower project unearths ruins of Dutch fort]. 1 Disember 2006</ref>
Lebih awal lagi pada Jun 2003, menara kawalan digelar '''Kubu Santiago''' dijumpai semasa pembinaan Dataran Pahlawan.<ref>The Star. [http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/12/4/nation/16216405&sec=nation Old watchtower may be under site]. 4 Disember 2006.</ref>
 
== Lihat juga ==
* [[Pelancongan di Melaka]]
 
* [http://hids.arkib.gov.my/doc/2003/ogos/10_08_1807_2003.htm KOTA 'A FAMOSA' MULA DIHANCURKAN ATAS ARAHAN INGGERIS]
 
[[Kategori: Pelancongan di Melaka]]
[[Kategori:Binaan dan struktur di Melaka]]
[[Kategori:Perkubuan]]