Aargau: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tofeiku (bincang | sumb.)
Sumber: Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 27:
Dengan 1,404 kilometer persegi luasnya serta 573,654 orang jumlah penduduknya ([[2005]]), Aargau menyempadani:
* [[Jerman]] di utara
* kanton-kanton [[Basel-Landschaft]], [[Kanton Solothurn|Solothurn]] dan [[Kanton Bern|Bern]] di barat;
* [[Kanton Lucerne]] di selatan; dan
* kanton-kanton [[Kanton Zurich|Zürich]] dan [[Kanton Zug|Zug]] di timur.
 
Kanton Aargau ialah kanton [[Switzerland]] yang paling kurang bergunung-ganang dan merupakan sebahagian dataran tinggi agung yang memiliki bukit-bukau yang rendah. Di utaranya ialah [[Pergunungan Alp]] dan di sebelah timur pula ialah [[Pergunungan Jura]]. Permukaan kawasan negara ini mempunyai kepelbagaian yang cantik, dengan kawasan-kawasan beralun dan bukit-bukit berhutan <ref name="eb"/> berselang-seli dengan lembah-lembah subur yang diairi khususnya oleh Sungai Aar berserta cawang-cawang sungainya.
 
Aargau mengandungi mata-[[mata air panas]] [[Baden, Switzerland|Baden]] dan [[Schinznach-Bad|Schinznach]] yang termasyhur manakala di [[Rheinfelden]], terdapat banyaknya mata air panas yang masin. Betul-betul di bawah [[Brugg]], [[Sungai Reuss]] dan Sungai [[Limmat]] bertemu dengan Sungai Aar. Di sekitar Brugg ialah saki-baki [[kastil]] [[Habsburg]], biara [[Koenigsfelden]] yang lama dengan kaca terlukis zaman pertengahan yang indah) serta saki baki petempatan [[Rom kuno|Rom]] di ''Vindonissa'' ([[Windisch]]).
 
== Sejarah سجاره ==
Baris 40:
Pada tahun [[1415]], kawasan Aargau diambil oleh Gabungan Switzerland daripada keluarga Habsburg. [[Bern]] mengekalkan kawasan barat daya ([[Zofingen]], [[Aarburg]], [[Aarau]], [[Lenzburg]], dan [[Brugg]]). Sebilangan daerah yang dipanggil ''Freie Ämter'' atau ''bailiwick bebas'' (Mellingen, Muri, Villmergen, dan Bremgarten), bersama-sama dengan kawasan count Badan diperintah sebagai ''tanah-tanah taklukan'' oleh kesemua atau sebilangan negeri gabungan yang tertentu.
 
Aargau diduduki oleh [[Perancis]] antara [[10 Mac]] hingga [[18 April]] [[1798]] dan selepas itu, bahagian Bern menjadi kanton Aargau [[Republik Helvetik]], dengan bahagian yang lain menjadi [[Kanton Baden]]. Pada tahun [[1803]], kedua-dua bahagian disatukan di bawah nama kanton Aargau, <ref>Bridgwater, W. & Beatrice Aldrich. (1966) ''The Columbia-Viking Desk Encyclopedia''. Universiti Columbia, m.s. 11. </ref> dan kemudian diterima masuk ke dalam Gabungan yang disusun semula sebagai salah satu ahli penuh.
 
Kawasan [[Fricktal]], yang diserahkan kepada [[Republik Helvetik]] oleh [[Austria]] pada tahun [[1802]] melalui Perancis Napoleon, merupakan sebuah kanton Switzerland yang berasingan buat tempoh yang singkat di bawah seorang ''[[Statthalter]]'' ('Leftenan'), tetapi pada [[9 Mac]] [[1803]] digabungkan ke dalam kanton Aargau. Nama jawatan ketua majistret Aargau telah berulang kali bertukar: