Ba'kelalan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 20:
Terdapat beberapa lokasi menarik berdekatan Ba'kelalan seperti [[Bario]], [[Taman Negara Pulong Tau]], [[Gunung Murud]] dan [[Bukit Batu Lawi]].
 
== Pertanian ==
Iklim pegunungan yang sejuk membolehkan tanaman seperti seperti [[epal]], [[strawberi]], [[anggur]], [[limau]], dan [[tomato]] hidup subur di Ba'kalalan.<ref name="epal">Abdul Rahman Hashim (mei 2012). Epal Ba'Kelalan Ranum di Sebalik Gunung. Dalam Agro Malaysia hlmn 22-33.</ref> Daerah ini juga terkenal dengan penghasilan padi adan.<ref name="padi"/>
 
=== Lembah epal ===
Ba'kelalan ialah satu-satunya daerah di Malaysia yang terkenal dan berjaya menghasilkan buah epal.<ref> __. (April 2012). [http://www.theborneopost.com/2012/04/09/ministry-all-out-to-help-promote-ba-kelalan/ Ministry all out to help promote Ba Kelalan]. The Borneo Post Online. Capaian 11 Julai 2012.</ref> Biji benih epal ini dibawa dari Batu Malang, Jawa Timur, Indonesia oleh seorang suku kaum Lun Bawang bernama Andrew Balang Paran sekitar tahun 1974.<ref name="epal"/> Kini daerah ini telah digelar sebagai 'lembah epal' oleh penduduk di sekitarnya. Menurut seorang pengusaha epal di sini, Tagal Paran, beliau berjaya menuai sebanyak 1.5 tan buah epal setiap musim dari 3,000 pokok epal yang beliau tanam. Setiap pokok boleh menghasilkan tuaian sekurang-kurangnya 300 biji epal.<ref name="epal"/> Walaupun begitu, pasaran ini hanya terhad di sekitar [[Miri]], [[Lawas]], [[Kota Kinabalu]] dan [[Brunei]] sahaja.
 
Terdapat empat [[kultivar]] epal yang terkenal diusahakan di sini iaitu Manalagi, Tropikal, Anna dan Rome Beauty.<ref> __. (April 2012). [http://www.theborneopost.com/2012/04/03/ba-kelalan-to-host-culture-and-apple-fest-on-april-6/ Ba Kelalan to host culture and apple fest on April 6]. The Borneo Post Online. Capaian 11-07-2012.</ref> Epal Manalagi dikenali sebagai epal Ba'kelalan; mempunyai rasa manis dan rangup apabila ranum; kulit berwarna hijau kekuningan. Epal Anna pula masak dengan berwarna merah di bahagian atas dan kuning di bahagian bawah dengan rasanya masam manis berisi lebih lembut berbanding Manalagi. Epal Rome Beauty berwarna hijau dengan tompokan merah pada bahagian bawah dan lebih rangup dan enak berbanding epal Anna. Epal Tropikal masak hijau dan mempunyai rasa lebih masam berbanding semua kultivar dan lebih sesuai untuk masakan.<ref> __. (2012) Info ringkas Epal Ba'kelalan. Dalam Agro Malaysia. Hlmn 33.</ref>
 
=== Padi adan ===
[[Fail:Ba'kelalan paddy rice field.JPG|thumbnailthumb|250px|Sawah padi Ba'kelalan]]
Padi dapat ditanam di Ba'kelalan dengan bekalan air daripada Sungai Kelalan.
 
== Perjalanan ==
Sebelum boleh sampai ke Ba'kelalan, pengunjung perlu menaiki 2 kali pesawat penerbangan. Pertama dari menggunakan pesawat MASWings dari bandar [[Miri]] ke bandar [[Lawas]] yang mengambil masa kira-kira 45 minit. Kemudian dari Lawas menuju ke Ba'kelalan dengan masa penerbangan 40 minit lamanya.<ref name="epal"/> Penerbangan ini berjalan pada hari Isnin, Rabu dan Sabtu sahaja.
 
Perjalanan darat dari Lawas ke Ba'kelalan pada asalnya mengambil masa 8 jam kini telah dipendekkan ke 3 hinnga 4 jam sahaja melalui pembinaan jalan baharu oleh kerajaan Malaysia.<ref>__. Feb 2012. [http://www.theborneopost.com/2012/02/02/a-road-that-finally-reaches-ba-kelalan/ A road that finally reaches Ba Kelalan.] The Borneo Post Online. Capaian 11 Julai 2012.</ref> Walaupun begitu, perjalanan darat tetap perlu menaiki kenderaan pacuan empat roda dari Lawas.<ref name="epal"/>
 
== Wakil rakyat ==
* [[Ahli Dewan Undangan Negeri]] [[Sarawak]] 2016-2021 bagi kawasan [[pilihan raya]] N. 81 Ba'kelalan ialah Yang Berhormat Encik Baru Bian dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
 
== Rujukan ==
{{reflist}}