Badak sumbu kerbau: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 45:
 
== Ciri-ciri ==
[[Fail:Rauhohr-Nashorn-drawing.jpg|thumb|rightkiri|]]
Berat seekor badak sumbu kerbau dewasa adalah antara 530 [[kilogram]] hingga 750 kilogram. Ketinggian bahunya ialah 1.2 [[meter]]. Kulitnya kasar, tebal, berlipat-lipat dan berwarna kekelabuan. Ketebalan kulitnya antara 5 [[Meter|milimeter]] hingga 14 milimeter. Berbeza dengan badak-badak lain, badak kerbau mempunyai dua sumbu.
 
Baris 55:
Dianggarkan kurang daripada 300 ekor badak kerbau masih kekal pada hari ini (2005), kebanyakannya dalam [[hutan]] kelompok kecil di [[Indonesia]] dan [[Malaysia]]. Sekitar 70 ekor hidup liar di hutan [[Semenanjung Malaysia]], kebanyakannya di [[Taman Negara Malaysia]].
 
Menyedari ancaman terhadap spesies badak ini, [[Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara]] (Perhilitan) Malaysia telah membuka sebuah pusat pemeliharaan badak sumbu Kerbau di [[Hulu Selangor]], [[Selangor]] sejak tahun [[1984]]. Di sini, haiwan ini dipelihara di dalam kandang yang menyerupai habitat asalnya. Ada juga yang dilepaskan dalam kawasan seluas 10 [[hektar]] untuk tujuan [[pembiakan]].
 
Badak sumbu Kerbau telah diisytiharkan sebagai salah satu daripada 12 haiwan yang paling diancam kepupusan di dunia oleh Pemuliharaan Semulajadi dan Sumber Semulajadi Antarabangsa (''International Conservation of Nature and Natural Resources''). Dalam "Persidangan Pakar Badak Asia [[1987]]" (''The Asian Rhino Specialist Group Conference''), subspesies Harrisoni (''Dicerorhinus sumatrensis harrissoni'') yang hanya terdapat di [[Borneo]] telah dianggapi sebagai [[subspesies]] yang paling terancam.
 
== Pupus di habitat liar di Malaysia ==
Pada 21 Ogos 2015, dalam satu siri laporan penyelidikan yang diterbitkan di Oryx, Jurnal Pemuliharaan Antarabangsa. Sekumpulan saintis dari [[Universiti Copenhagen]], [[Denmark]] telah menulis bahawa selain dua ekor badak sumbu Sumatera yang hidup dalam tangkapan pada tahun 2011 dan 2014, tiada lagi tanda-tanda yang menunjukkan bahawa haiwan ini masih hidup bebas di hutan belantara di Malaysia, walaupun usaha menjejaki kelibat haiwan ini sudah dijalankan bertahun-tahun, namun tiada rekod ia dijumpai.<ref>Rasmus Gren Havmøller, Junaidi Payne, Widodo Ramono, Susie Ellis, K. Yoganand, Barney Long, Eric Dinerstein, A. Christy Williams, Rudi H. Putra, Jamal Gawi, Bibhab Kumar Talukdar and Neil Burgess. ''Will current conservation responses save the Critically Endangered Sumatran rhinoceros Dicerorhinus sumatrensis?.'' , available on CJO2015. doi:10.1017/S0030605315000472. </ref> Laporan penyelidikan ini telah disediakan dan ditelaah secara bersama oleh 11 orang pakar pemuliharaan.<ref>Dockrill, P. (2015). ''The Sumatran rhino is now considered extinct in the wild in Malaysia.'' ScienceAlert. Retrieved 21 August 2015, from http://www.sciencealert.com/the-sumatran-rhino-is-now-considered-extinct-in-the-wild-in-malaysia</ref>
 
Seorang penyiasat dari Pusat Makroekologi, Evolusi dan Iklim, Universiti Copenhagen, Rasmus Gren Havmøller, berkata:
 
"Sehingga Jun 2015, tiada tanda-tanda bahawa spesies ini dijumpai di Sabah, ia selamat untuk mengatakan tidak lagi wujud spesies ini di habitat liar di Malaysia. Hanya terdapat tiga ekor badak sumbu Sumatera dalam kurungan di Malaysia, semuanya dalam hutan di negeri [[Sabah]]. Kali terakhir dijumpai spesies ini di [[Semenanjung Malaysia]] adalah pada tahun 2007."<ref>Dockrill, P. (2015). ''The Sumatran rhino is now considered extinct in the wild in Malaysia.'' ScienceAlert. Retrieved 21 August 2015, from http://www.sciencealert.com/the-sumatran-rhino-is-now-considered-extinct-in-the-wild-in-malaysia</ref>
 
Beliau menambah, "Kini semuanya bergantung kepada kurang daripada 100 ekor haiwan ini wujud di [[Sumatera]] dan [[Kalimantan]], terdapat 9 ekor haiwan ini yang masih hidup dalam kurungan di Indonesia, Malaysia dan Amerika Syarikat. Adalah penting untuk menjaga kelangsungan hidup spesies ini supaya dapat ditonton oleh masyarakat terluas, beerti satu program bersepadu perlu dijalankan melepasi sempadan negara dan antarabangsa untuk memaksimumkan keseluruhan kadar kelahiran spesies ini, termasuk juga yang kini masih tinggal dalam kurungan. Zon pengurusan intensif adalah jalan terakhir untuk menyelamatkan spesies ini." <ref>Dockrill, P. (2015). ''The Sumatran rhino is now considered extinct in the wild in Malaysia.'' ScienceAlert. Retrieved 21 August 2015, from http://www.sciencealert.com/the-sumatran-rhino-is-now-considered-extinct-in-the-wild-in-malaysia</ref>
 
Beberapa dekat kebelakangan ini, usaha pemuliharaan mencapai kegagalan kerana penurunan drastik spesies ini, kemuncaknya hilang 50 peratus atau lebih populasi sedekat sejak tahun 1990. <ref>Dockrill, P. (2015). ''The Sumatran rhino is now considered extinct in the wild in Malaysia.'' ScienceAlert. Retrieved 21 August 2015, from http://www.sciencealert.com/the-sumatran-rhino-is-now-considered-extinct-in-the-wild-in-malaysia</ref>
 
Havmøller menambah spesies ini perlu diselamatkan dari menjadi mangsa pemburuan haram yang hanya menginginkan sumbu badak sahaja. <ref>Dockrill, P. (2015). ''The Sumatran rhino is now considered extinct in the wild in Malaysia.'' ScienceAlert. Retrieved 21 August 2015, from http://www.sciencealert.com/the-sumatran-rhino-is-now-considered-extinct-in-the-wild-in-malaysia</ref>
 
Penulis dan koordinator Strategi Tindakan Gajah dan Badak WWF Asia, Christy Williams, menyatakan, satu usaha telah dijalankan di india bagi menyelamatkan harimau dari kepupusan dengan pertolongan Perdana Menteri India, [[Mahatma Gandhi]], dengan melancarkan projek harimau. Presiden Indonesia, [[Joko Widodo]] juga telah mengadakan program intervansi bagi membantu mengembalikan badak sumbu Sumatera pada kadar kawalan.<ref>Dockrill, P. (2015). ''The Sumatran rhino is now considered extinct in the wild in Malaysia.'' ScienceAlert. Retrieved 21 August 2015, from http://www.sciencealert.com/the-sumatran-rhino-is-now-considered-extinct-in-the-wild-in-malaysia</ref>
 
Dr Payne, salah seorang dari 11 orang penulis laporan, kini sedang bekerja bersama Kerjaan Negeri Sabah, untuk membuatkan badak sumbu betina mengandung secara tiruan. Beliau menegaskan jika tiada sebarang embrio badak dapat dibuat (paling lewat) hingga pertengahan tahun 2017, kebarangkalian besar ia akan pupus terus di Sabah dan Malaysia.<ref>Lee, P. (2015). ''Sumatran Rhino vanishes from Malaysian jungles'' - Nation | The Star Online. Thestar.com.my. Retrieved 21 August 2015, from http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/08/21/Sumatran-Rhino-extinct-msia/</ref>
Baris 85:
{{portalpar|Mammals}}
* {{ms}} [http://www.wildlife.gov.my/printed_material/kmaklumat/badak.pdf Maklumat badak di Jabatan Hidupan Liar malaysia.]
* [http://www.rhinoresourcecenter.com/species/sumatran-rhino/ Sumatran Rhino Info] & [http://www.rhinoresourcecenter.com/index.php?s=1&act=imgs&CODE=tax_images&taxon=8 Sumatran Rhino Pictures] on the [http://www.rhinoresourcecenter.com Rhino Resource Center]
* [http://www.arkive.org/species/GES/mammals/Dicerorhinus_sumatrensis/ Sumatran Rhino] at [[Arkive]].
* [http://www.rhinos-irf.org/sumatran/ Information on the Sumatran Rhino] from the [http://www.rhinos-irf.org/ International Rhino Foundation]