Pentermokawalaturan: Perbezaan antara semakan

k
tiada ringkasan suntingan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Anumengelamun telah memindahkan laman Pengawalaturan termo ke Pentermokawalaturan: Pemindahan tajuk kepada istilah yang diiktiraf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
kTiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Pentermokawalaturan''' (bahasa Inggeris: ''thermoregulation'',<ref>{{cite web|url=http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=thermoregulation&d=129316|title='thermoregulation' - Istilah Malaysia|website=Pusat Rujukan Persuratan Melayu|publisher=Dewan Bahasa dan Pustaka|accessdate=20 November 2017}}</ref> juga dikenali sebagai '''termoregulasi'''<ref>{{cite web|url=http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=thermoregulation&d=228972||title='thermoregulation' - Istilah MABBIM|website=Pusat Rujukan Persuratan Melayu|publisher=Dewan Bahasa dan Pustaka|accessdate=20 November 2017}}</ref>) adalah keupayaan [[organisma]] mengekalkan suhu badannya dalam keadaan tertentu meskipun suhu persekitaran sangat berbeza-beza. Organisma ini secara lazimnya hanya menggunakan suhu persekitaran yang sama dengan suhu badannya sendiri, sekaligus mengelakkan keperluan untuk melakukan pentermokawalaturan secara dalaman. Proses pentermokawalaturan dalaman ini adalah satu aspek [[homeostasis]], yakni suatu keadaan kestabilan dinamik dalam keadaan dalaman organisma yang mengekalkan jauh dari keseimbangan terma dengan persekitarannya (kajian proses dalam bidang [[zoologi]] ini dikenali sebagai "ekologi fisiologi" atau "fisiologi persekitaran"). Jika badan tidak mampu mengekalkan suhu normal lalu suhu badan tersebut meningkat dengan ketaranya melebihi tahap normal, keadaan yang dikenali sebagai [[hipertermia]] berlaku. Bagi manusia, ini berlaku apabila tubuh manusia terdedah kepada suhu yang berterusan kira-kira 55°C (131°F) serta pendedahan yang berpanjangan (lebih lama dari beberapa jam) pada suhu ini dan sehingga sekitar 75°C (167°F). Manusia juga mungkin mengalami hipertermia yang boleh membawa maut apabila suhu bebuli basah dikekalkan di atas 35°C (95°F) selama enam jam.<ref>{{cite web|url= http://www.sciencedaily.com/releases/2010/05/100504155413.htm|title= Global Warming: Future Temperatures Could Exceed Livable Limits, Researchers Find|date=5 Mei 2010|publisher=Purdue University|via=ScienceDaily|language=en}}</ref> [[Hipotermia]] pula berlaku apabila suhu badan menurun di bawah paras normal, di mana mekanisma pengawalan haba homeostatis dalam badan terjejas lalu badan melepaskan haba pada kadar lebih cepat daripada ia menghasilkan habanya sendiri.<ref>{{Cite news|url=http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hypothermia/basics/definition/con-20020453|title=Hypothermia |work=Mayo Clinic|access-date=1 Mei 2017|language=en}}</ref>
 
Pemerolehan maklumat yang tepat mengenai suhu haiwan hanya dapat boleh dilakukan apabila alat [[termometerjangka suhu]] diperkenalkan. Penemuan lanjut turut mendapati bahawa adanya perbezaan suhu tempatan disebabkan pelepasan dan penghasilan suhu yang berbeza-beza pada bahagian badan. Oleh itu, pengenalpastian bahagian badan yang paling hampir dengan suhu [[organ dalaman]] amatlah penting untuk tujuan ini. Sukatan juga harus dilakukan pada keadaan yang boleh dibandingkan agar ia seragam dengan hasil berbeza yang diberikan. [[Rektum]] secara umumnya merupakan bahagian yang paling boleh dinilai paling dekat dengan suhu dalaman badan, begitu juga dengan alat-alat sulit seperti [[faraj]], [[uterus]] atau [[pundi kencing]].{{sfn|Chisholm|1911|p=48}}
 
Suhu badan kadangkalanya diukur melalui [[air kencing]] yang dinyahtinja dari badan, namun suhu juga biasanya diambil di dalam rongga [[mulut]], [[ketiak]], [[telinga]] atau pangkal paha.{{sfn|Chisholm|1911|p=49}}