Perbezaan antara semakan "Bahasa Betawi"

k
Bot: perubahan kosmetik
k (Suntingan tambahan.)
k (Bot: perubahan kosmetik)
|iso1=|iso2=|iso3=bew}}
 
'''Bahasa Betawi''' merupakan bahasa sehari-hari suku asli ibu kota negara [[Indonesia]] iaitu [[Jakarta]]. Bahasa ini mempunyai banyak kesamaan dengan bahasa rasmi Indonesia iaitu [[bahasa Indonesia]]. Bahasa Betawi merupakan salah satu anak [[bahasa Melayu]]; banyak istilah Melayu Sumatra ataupun Melayu Malaysia yang digunakan dalam bahasa Betawi, seperti kata "niari" untuk hari ini.
 
== Persamaan dengan bahasa-bahasa lain ==
Di Pulau [[Jawa]] ada bermacam-macam bahasa, seperti bahasa Betawi, [[bahasa Sunda]], [[bahasa Jawa]], [[bahasa Madura]], dan lain sebagainya tetapi hanya bahasa Betawi yang bersumber kepada bahasa Melayu seperti halnya bahasa Indonesia. Bagi orang Malaysia yang mendengar bahasa ini mungkin agak sedikit tidak faham, kerana bahasa ini sudah bercampur dengan bahasa-bahasa asing, seperti Belanda, [[bahasa Portugis]], [[bahasa Arab]], [[bahasa Cina]], dan banyak bahasa lainnya. Tetapi bahasa ini ialah bahasa yang termudah difahami oleh orang [[Malaysia]] dibandingkan bahasa Pulau Jawa yang lain selain bahasa Indonesia.
 
== Ciri-ciri khas ==
Ciri khas bahasa Betawi ialah mengubah akhiran "a" menjadi "e". sebagai contoh, ''siape'', ''dimane'', ''ade ape'', dan ''kenape'' tetapi "e" di Jakarta dan Malaysia berbeza. "E" dalam bahasa Betawi merupakan "e" taling seperti "e" dalam kata "net". Daerah lain di Indonesia yang mengubah akhiran "a" menjadi "e" ialah Sumatra Utara, Riau, Kepulauan [[Riau]], [[Kalimantan Barat]] dan [[Bali]]. Walaupun tidak semua masyarakat mengubah akhiran "a" menjadi "e". ada pula penduduk di lima daerah tersebut yang mengubah akhiran "a" menjadi "o". "E" yang digunakan di lima daerah tersebut serupa dengan "e" yang digunakan masyarakat Malaysia.
 
{{incubator|code=bew}}