Bahasa Filipino: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
k Bot: perubahan kosmetik
 
Baris 16:
|iso3=fil
}}
'''Bahasa Filipino''' ialah nama [[bahasa kebangsaan]] [[Filipina]] yang berasaskan [[Bahasa Tagalog]]. Pada 1937, Tagalog, yang dituturkan di tengah Pulau [[Luzon]] di sekitar wilayah ibu kota [[Filipina]], dipilih sebagai asas bahasa kebangsaan Republik [[Filipina]] oleh Institut Bahasa Kebangsaan negara itu.<ref>[http://wika.pbwiki.com/Kasaysayan Mga Probisyong Pangwika sa Saligang-Batas]</ref> Kemudian pada 1939, Manuel L. Quezon menamai bahasa itu ''Wikang Pambansa'' (Bahasa Kebangsaan). Seterusnya, pada 1959, ia dinamai [[Pilipino]] pula oleh Setiausaha Pendidikan, Jose Romero, untuk menggambarkan identiti kebangsaan berbanding identiti kaum. Bagaimanapun, perubahan ini tidak mendapat sambutan di kalangan kaum bukan Tagalog, terutamanya Cebuano di Pulau Cebu (yang mana bahasa mereka ialah ''Sugbuano'' atau ''Cebuano'' mengikut sebutan [[Bahasa Sepanyol]]).<ref name="Gonzalez">{{cite journal | author = Andrew Gonzalez | year = 1998 | month = | title = The Language Planning Situation in the Philippines | journal = Journal of Multilingual and Multicultural Development | volume = 19 | issue = 5, 6 | url = http://www.multilingual-matters.net/jmmd/019/0487/jmmd0190487.pdf |format=PDF| accessdate = 2007-03-24 | pages = 487&ndash;488 | doi = 10.1080/01434639808666365 }}</ref>
 
Pada 1971, isu bahasa timbul lagi lalu satu kompromi dicapai menerusi pendekatan "sejagat" iaitu dengan menamakannya '''Filipino''' sebagai ganti '''Pilipino'''. Nama Filipino diluluskan oleh perlembagaan [[Filipina]] pada 1987 dengan ketetapan bahawa bahasa itu akan turut menerima kosa kata daripada bahasa lain di Filipina termasuk bahasa asing seperti [[Bahasa Inggeris]].<ref name="Gonzalez"/>