Bahasa Jawa Lama: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 110.76.149.194 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh EmausBot
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 14:
<br /><br />
 
== Perkembangan ==
Bahasa Jawa Lama tidaklah statik, dengan penggunaanya merangkumi zaman sekitar 500 tahun, iaitu sejak prasasti [[Sukabumi]] (kk. [[804|804 Masihi]]) sehingga pengasasan [[empayar Majapahit]] pada [[1292]]. [[Bahasa Jawa]] yang dituturkan dan ditulis pada zaman Majapahit adalah lebih rapat dengan bahasa Jawa Moden kerana telah menjalani sesetengah perubahan.
 
=== Asal Austronesia ===
Pengaruh [[bahasa Austronesia]] yang paling penting kepada Bahasa Jawa Lama ialah warisan [[perbendaharaan kata]], struktur ayat, dan [[tatabahasa]] yang dikongsiknya dengan bahasa-[[bahasa menjadi]] di [[Asia Tenggara]].
 
=== Pengaruh Sanskrit ===
 
Pengaruh [[Bahasa di India|linguistik India]] pada bahasa Jawa Lama hampir merupakan pengaruh [[Sanskrit]] pada keseluruhannya, dengan hampir tidak terdapatnya sebarang pengaruh unsur India bukan Sanskrit, berbanding dengan, misalnya, [[bahasa Melayu Lama]].
Baris 26:
Bahasa Sanskrit mempunyai kesan yang mendalam dan abadi pada [[perbendaharaan kata]] bahasa Jawa. ''Kamus bahasa Jawa - bahasa Inggeris'' yang disusun oleh profesor [[Petrus Josephus Zoetmulder|P.J. Zoetmulder]] pada tahun [[1982]] mengandungi sekitar 25,500 [[kata masukan]], dengan tidak kurang daripada 12,500 (49%) antaranya merupakan [[kata pinjaman]] Sanskrit. Jelasnya, jumlah yang besar itu tidak merupakan petunjuk kepada penggunaannya, tetapi ia masih menunjukkan bahawa orang Jawa Kuno tahu akan perkataan Sanskrit itu dan menggunakannya dalam karya kesusasteraan mereka. Sekitar 25% daripada perbendaharaan kata di dalam mana-mana satu karya kesusasteraan Jawa Lama berasal daripada bahasa Sanskrit.
 
==== Fonologi ====
Walaupun bahasa Sanskrit amat sangat mempengaruhi bahasa Jawa Lama, bahasa Jawa Lama tetap merupakan sebuah bahasa Austronesia. Sesungguhnya, bahasa Sanskrit masih mempengaruhi bukan sahaja perbendaharaan kata Jawa Lama, tetapi juga [[fonologi]]nya. Misalnya, bahasa Jawa mengandungi apa yang digelar [[konsonan gelungan]] yang mungkin berasal daripada bahasa Sanskrit. Bagaimanapun, dakwaan itu telah dipertikaikan oleh banyak [[ahli linguistik]] yang memegang pandangan bahawa konsonan tersebut dapat juga merupakan suatu perkembangan yang berasingan dalam keluarga bahasa Austronesia.
 
==== Perbendaharaan kata ====
Satu soalan berkait ialah bentuk kata Sanskrit yang dipinjam oleh bahasa Jawa Lama. Kata pinjaman Sanskrit dalam bahasa Jawa Lama hampir selalu merupakan [[kata nama]] dan [[kata sifat]] dalam bentuk yang akhir katanya tidak berubah (Sanskrit ''lingga''). Sebuah senarai kata yang mengandungi 200 perkataan asas Jawa Lama dan yang memiliki sebilangan kata pinjaman tersebut disediakan di [http://language.psy.auckland.ac.nz/austronesian/language.php?id=290 Pangkalan Data Perbendaharaan Kata Asas].
 
== Bacaan tambahan ==
* {{nl}} [[Petrus Josephus Zoetmulder]], 1950, ''De Taal van het Adiparwa'', [[Bandung]]: Nix
* {{en}} Petrus Josephus Zoetmulder, 1982, ''Old Javanese-English Dictionary'', The Hague: Martinus Nijhoff. 2 v. (xxxi, 2368 p.) In collaboration with S.O. Robson. ISBN 9024761786
* (Indonesian) Petrus Josephus Zoetmulder, 1995, ''Kamus Jawa Kuna-Indonesia'' In collaboration with S.O Robson. Translators, Darusuprapta, Sumarti Suprayitna. Jakarta: Hasil kerja sama Perwakilan Koninklijk Instituut voor Taal, Land-, en Volkenkunde dengan Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama, 1995. 2 v. ; 1. A-0 -- 2. P-Y.
* {{en}} Teeuw, A. and S.O. Robson.2005 edited and translated ''Bhomāntaka : the death of Bhoma'' Leiden: KITLV Press, Series:Bibliotheca Indonesica; 32. ISBN 9067182532
 
== Lihat juga ==
* [[Bahasa Kawi]]
* [[Kakawin]]
 
[[Kategori:Bahasa Jawa]]