Bahasa Jepun: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 183.171.181.182 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Jeluang Terluang
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 96:
|}
 
* Plosif tidak bersuara {{IPA|/p, t, k/}} [[sedutan (fonetik)|disedut]] sedikit: kurang berbanding plosif bahasa Inggeris, lebih berbanding plosif bahasa Melayu. Plosif bersuara {{IPA|/b, g/}} tidak sentiasa mencapai oklusi penuh, kadang-kadang dihasilkan sebagai frikatif atau anggaran. {{IPA|/g/}} dihasilkan sebagai {{IPA|[ŋ]}} dalam kebanyakan dialek (hanya antara vokal), terutamanya di Jepun timur.
* {{IPA|/t, d, n/}} ialah [[konsonal apical]] dan denti-alveolar (maksudnya, hujung [[lidah]] menyentuh bahagian belakang gigi atas dan bahagian hadapan [[permatang alveolar]]). Sebelum {{IPA|/i/}}, bunyi-bunyi ini berupa [[alveolo-palatal]]; sebelum {{IPA|/u/}} pula menjadi alveolar.
* {{IPA|/s, z/}} ialah bunyi [[laminal]] alveolar. Sebelum {{IPA|/i/}}, bunyi-bunyi ini menjadi alveolo-palatal.
* {{IPA|/r/}} (ditranskripsi sebagai {{IPA|ɺ̠}}) ialah kibasan postalveolar [[konsonan lateral|lateral]] [[konsonan apikal|apical]] postalveolar flap. Konsonan ini serupa dengan ''r'' bahasa Korea. Dalam telinga penutur bahasa Melayu, sebutannya seakan-akan antara ''r'' yang dikibas {{IPA|/ɾ/}} , ''l'', dan ''d''; paling serupa dengan ''d'' sebelum {{IPA|/i/}} {{Audio|Ja-Ri.oga|''listen''}}; dan paling serupa dengan ''l'' sebelum {{IPA|/o/}} {{Audio|Ja-Ro.oga|''listen''}}.
* Konsonan velar [[vokal membulat|mampat]] {{IPA|/ɰ/}} pokoknya (asasnya) merupakan versi bukan [[Mora (linguistik)|moraik]] bagi bunyi vokal {{IPA|/ɯ/}}. Konsonan ini tidak bersamaan dengan IPA {{IPA|[w]}} kerana disebut dengan pemampatan dan bukan pembulatan lidah.
* N ialah bunyi nasal moraik, iaitu konsonan sebelum konsonan lain, yang mana konsonan ini menjadi [[homorganik]] dengan konsonan seterusnya, tetapi tidak mencapai oklusi sepenuhnya sebelum frikatif atau antara vokal, di mana timbulnya bunyi vokal sengau. Sebagai akhiran perkataan sebelum rehat, konsonan N menjadi konsonan sengau uvular atau bibir, atau vokal sengau.
* {{IPA|h}} menjadi {{IPA|[ç]}} sebelum {{IPA|/i/}} {{Audio|Ja-Hi.oga|''listen''}}, dan menjadi {{IPA|[ɸ]}} sebelum {{IPA|/u/}} {{Audio|Ja-Fu.oga|''listen''}}.
* Q direalisasikan sebagai separuh awal [[obstruen]] [[geminat]]. Analisis lain yang kurang abstrak lebih gemar menganggap Q sebagai gugusan konsonan geminat yang asas, contoh: {{IPA|/pp/}}, {{IPA|/tt/}}, {{IPA|/ss/}}, dll.