Bahasa Kantonis: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 13:
|lc1=yue}}
 
'''Bahasa Kantonis''' ialah salah satu daripada [[loghat Cina|loghat]] dalam [[bahasa Cina]]. Ia dipertuturkan secara meluas di tenggara [[tanah besar China]] iaitu wilayah Guangdong serta bahagian timur wilayah [[Guangxi]], [[Hong Kong]], [[Makau]] dan oleh ramai orang [[Cina seberang laut]] di seluruh dunia. Khasnya di [[Malaysia]], kebanyakan orang cina yang menuturkan bahasa Kantonis tertumpu di Lembah Klang dan negeri Perak.
 
Nama bahasa Kantonis diambil daripada ''Canton'', sempena nama lama wilayah [[Guangdong]]. Dalam bahasa Cina ia dikenali sebagai 廣東話 (gwong2 dung1 waa2). Dalam bidang akademik "bahasa Kantonis" merujuk kepada kelompok dialek yang dituturkan di wilayah Guangdong. Di antara dialek-dialek tersebut, saling fahaman amat kurang. Dalam penggunaan harian pula, "bahasa Kantonis" pada kebiasaannya merujuk kepada dialek pusat bandar Guangzhou yang dikenali sebagai 廣府話 (gwong2 fu2 waa2) dalam bahasa tempatan. Kerana bandar Guangzhou merupakan pusat perdagangan dan pentadbiran bagi kawasan disekelilingnya, tidak hairan bahawa dialek bandar Guangzhou juga difahami penduduk di luar bandar itu. Memandangkan bahawa dialek bandar Guangzhou dikira sebagai bahasa Kantonis baku, rencana ini membincangkan versi bahasa Kantonis dari bandar Guangzhou.
Baris 19:
Pihak kerajaan negara China mengklasifikasikan bahasa Kantonis sebagai dialek/loghat (方言) dan bukan sebagai bahasa sebenar dalam usahanya menggalakkan pengunaan [[bahasa Mandarin]] sebagai bahasa kebangsaan negara itu. Namun, dari segi bidang kaji bahasa, bahasa Kantonis boleh dikira suatu bahasa tulen kerana bahasa Kantonis dan bahasa Mandarin mempunyai jurang yang besar sehingga tidak saling boleh difaham.Sistem penomboran Kantonis pula berlainan dengan Mandarin.
 
Bahasa Melayu. Kantonis. Mandarin
Satu. yát yì
Dua yì er