Perbezaan antara semakan "Bahasa Melayu"

k
Bot: perubahan kosmetik
k (Bot: perubahan kosmetik)
|lc24=zmi|ld24=Bahasa Melayu Negeri Sembilan
}}
'''Bahasa Melayu''' ([[tulisan Jawi|Jawi]]: '''بهاس ملايو''') ialah sejenis [[bahasa Melayu-Polinesia]] di bawah keluarga [[bahasa Austronesia]] yang telah digunakan di wilayah [[Malaysia]], [[Indonesia]], dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari [[Sumatera Selatan]] di sekitar [[Jambi]] dan [[Palembang]].<ref>[http://www.penerbit.usm.my/pen2006/DAH/bab2.html Laman web Penerbit USM: Bahasa Melayu]</ref> Rekod terawal [[bahasa Melayu Kuno]] ialah sebuah [[batu bersurat]] bertarikh [[682|682 Masihi]] yang dijumpai di [[Sumatera Selatan]].
 
Bahasa Melayu ialah [[bahasa kebangsaan]] Malaysia, Indonesia, [[Brunei]] dan [[Singapura]]. Di [[Indonesia]], bahasa Melayu kini dipanggil [[bahasa Indonesia]], dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil [[bahasa Malaysia]]. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk [[Melayu]] di Selatan [[Thailand]], [[Filipina]], [[Kemboja]], [[Vietnam]], [[Sri Lanka]] dan [[Afrika Selatan]].
 
Menurut statistik penggunaan bahasa di [[Bumi|dunia]], penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di [[Bumi|dunia]] selepas [[bahasa Mandarin]], [[bahasa Inggeris]] dan [[bahasa Hindi]]/[[bahasa Urdu]]{{Citation needed|date=May 2010}}. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di [[Sri Lanka]], manakala di [[China]], terdapat [[radio]] dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di [[United Kingdom]], [[Amerika Syarikat]], [[Australia]], [[Belanda]], [[China]], [[Jerman]], [[New Zealand]] dan beberapa tempat yang lain.
Bahasa Melayu Piawai ialah [[Bahasa Melayu Riau]], Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal [[1970-an]], Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada '''Bahasa Malaysia''' sebagai simbol bahawa bahasa ini ialah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Namun begitu, menurut Perkara 152 [[Perlembagaan Persekutuan Malaysia]], menyebut bahawa: "Bahasa kebangsaan ialah [[bahasa Melayu]]". Tiada pertukaran nama bahasa Melayu ke bahasa Malaysia terjadi.<ref>[http://jpt.mohe.gov.my/RUJUKAN/akta/Perkara%20152.pdf Teks PDF oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia-Perkara 152. Bahasa kebangsaan.]</ref>
 
Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai [[Bahasa Indonesia]] atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.
 
Bahasa Melayu mempunyai banyak [[dialek]] dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya,Bahasa Melayu Riau-Johor berbeza dialek dengan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu. Melayu Riau-Johor menggunakan dialek "e" sedangkan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu menggunakan dialek "o". Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat [[peranakan]] atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek [[bahasa Hokkien|Hokkien]]. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti [[Pulau Pinang]] dan [[Melaka]]. Walau bagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan [[bahasa aglutinatif]], bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada [[Kata Kerja|kata kerja]].
 
== Perkembangan Bahasa Melayu ڤرکمبڠن بهاس ملايو ==
Kedatangan agama [[Hindu]], [[Islam]] dan penjajah [[Eropah]] ke [[Asia Tenggara]] telah menyebabkan perbezaan yang ketara berlaku antara bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Ini menyebabkan penutur bahasa Melayu Moden tidak mungkin dapat memahami bahasa Melayu dari zaman-zaman sebelumnya. Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama dan setiap tahap bahasa mempunyai sifatnya yang tersendiri misalnya bahasa Melayu kuno mempunyai pengaruh [[bahasa Sanskrit|Sanskrit]] dan Hindu yang kuat, dan bahasa Melayu klasik terpengaruh dengan [[bahasa Arab]] dan Islam. Manakala bahasa Melayu moden lebih banyak dipengaruhi oleh penjajah Barat terutama sekali Inggeris.
 
* [[Bahasa Melayu Kuno]]
{{utama|Abjad Bahasa Melayu}}
 
Penulisan bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan menggunakan beberapa jenis huruf yang saling berganti. Tulisan yang mula dipakai ialah tulisan Pallava yang berasal dari [[India]]. Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan. Oleh itu, timbul jenis-jenis tulisan seperti berikut:
 
:* [[Tulisan Rencong]].
:* [[Tulisan Pallava]].
:* [[Tulisan Kawi]].
:* [[Tulisan Jawi]]
:* [[Tulisan Rumi]]
 
== Pengaruh daripada bahasa asing ڤڠاروه درڤد بهاس اسيڠ ==
Bahasa Melayu banyak menyerap bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit, Inggeris, Belanda, Jawa, Arab dan sebagainya.
 
=== Pengaruh Bahasa Sanskrit ڤڠاروه بهاس سنسکريت ===
[[Cerita panji]] ialah sejenis cerita yang berasal dari Jawa. Isinya mengenai [[wira]] dan wirawati. Cerita ini terdapat banyak versi, dan boleh dikesan di seluruh [[nusantara]] sehingga di Kemboja.
 
Migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu telah berlaku semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pertempatan orang Jawa sudah dapat dikesan di bandar [[Melaka]] pada zaman itu, iaitu [[Kampung Jawa]] dan [[Parit Jawa]]. Walau bagaimanapun, migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu yang ketara berlaku bermula pada awal [[abad ke-19]]. Tumpuan migrasi Jawa adalah di [[negeri Selat|negeri-negeri Selat]] dan juga negeri [[Selangor]] dan negeri [[Johor]].
 
Pertembungan orang tempatan yang menutur bahasa Melayu dengan pendatang Jawa yang menutur dalam bahasa Jawa telah menyebabkan unsur-unsur bahasa Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa kata-kata pinjaman Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu secara terpencil dan tidak tersebar luas. Ia dikatakan diserap ke dalam Bahasa Melayu kerana migrasi orang-orang Jawa yang masih mengekalkan bahasa mereka dan tidak menguasai perbendaharaan bahasa Melayu yang sebenar.
</table>
 
Beberapa tahun kebelakangan ini (sekitar [[2003]]), stesen televisyen milik kerajaan [[Malaysia]] [[RTM 1]] (dahulu dikenali sebagai TV 1) telah menukar tema salurannya kepada "Saluran Infotainmen Anda" (daripada bahasa Inggeris ''Your Infotainment Channel'') dan ini menimbulkan kontroversi apabila [[Dewan Bahasa dan Pustaka]] (DBP) mendakwa perkataan "Infortainmen" merosakkan penggunaan bahasa Melayu. Alasan yang diberikan adalah bahawa ''-tain-'' yang harus disebut seakan perkataan Melayu ''main'', dan ini kedengaran agak janggal. Penukaran ejaan ke "Infotenmen" pula tidak diterima sebagai piawai DPB dan kerajaan disaran menggantikannya dengan perkataan lain seperti "''Infohibur''" tetapi Kementerian Penerangan yang mengendalikan stesen televisyen kerajaan [[Radio Televisyen Malaysia]] enggan menuruti saranan berkenaan. Pada tahun [[2006]] tema ini ditukarkan ke ''Saluran Inforia''.
 
* {{en}} [http://news.nationalgeographic.com/news/2004/02/0226_040226_language.html Lebih mengenai pengaruh bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu]
 
== Definisi bahasa Melayu tinggi dan bahasa Melayu baku ديفينيسي بهاس ملايو تيڠݢي دان بهاس ملايو باکو ==
Konsep bahasa Melayu tinggi merujuk kepada penggunaan bahasa Melayu dalam konteks wacana ilmiah dan berkaitan dengan ketamadunan. Bahasa Melayu tinggi sering dirujuk sebagai wahana bagi melahirkan idea dan wawasan yang berkaitan dengan kesarjanaan dan kebudayaan. Bahasa Melayu tinggi lazimnya digunakan dalam seminar, persidangan atau kongres yang berkaitan dengan bahasa, budaya ataupun bidang ilmiah yang lain.
 
* [http://www.arts.nie.edu.sg/mlc/nota_ead183.htm Sejarah bahasa Melayu.]
* [http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm Asal Usul Bahasa Melayu]
* [http://www.penerbit.usm.my/pen2006/DAH/bab2.html Penerbit USM: Bahasa Melayu]
 
{{Bahasa Melayu Tempatan}}