Perbezaan antara semakan "Bahasa Scots"

k
Bot: perubahan kosmetik
k (Bot: perubahan kosmetik)
}}
 
'''Bahasa Scots''' (atau "Scots", "Lallans", ejaan puitis buat ''lawlands'' atau "tanah rendah") ialah sebuah [[bahasa]] [[Bahasa-bahasa Jerman Barat|Jerman Barat]] yang ditutur di [[Tanah Rendah Scotland|Tanah Rendah]] dan [[Kepulauan Utara]] negeri [[Scotland]] serta di tanah jajahan [[Ulster]] di [[Ireland]] (di mana ia dikenali sebagai ''Ulster-Scots'', ''Scotch'' ataupun ''Ullans''). Di kebanyakan tempat, bahasa Scots ditutur bersama-sama bahasa [[Bahasa Gaelic Scots|Gaelic Scots]] dan bahasa [[Bahasa Inggeris|Inggeris]].
 
Sehingga abad ke-15, bahasa ''Scottis'' (bentuk modennya, ''Scots'') merupakan nama buat ''Gaelic'', bahasa [[Bahasa Celt|Celt]] bangsa Scotland kuno. Mereka yang bertutur dalam bahasa Scots memanggil bahasa [[Bahasa Gaelic|Gaelic]] ''Erse'' (bermaksud "bahasa Ireland"). Gaelic Scotland sekarang biasanya dipanggil Gaelic Scots dan bahasa ini ditutur di wilayah barat [[Tanah Tinggi Scotland]] dan kepulauan Scotland. Sebahagian besar bahasa Scots terbit daripada bahasa [[Bahasa Inggeris Kuno|Inggeris Kuno]] daerah Northumbria, mahupun terpengaruh dengan bahasa [[Bahasa Norse Kuno|Norse Kuno]] melalui kehadiran [[Viking]], [[Bahasa Belanda]] dan bahasa Saxon Rendah melalui perdagangan dengan (pendatang dari) [[Negeri-Negeri Pamah]]. Juga, bahasa Scots dipengaruhi bahasa [[Bahasa-bahasa Romawi|Romawi]] yang diguna gereja dan dalam Latin perundangan, dan Anglo-Norman dan selepasnya bahasa Perancis Paris ekoran daripada [[Perikatan Lama]] (''Auld Alliance'').
 
Penutur bahasa Anglia sudah bertapak di tenggara Scotland menjelang kurun ketujuh. Dalam kurun ke-13, di bawah pemerintah Norman penutur bahasa [[Bahasa Inggeris Pertengahan|Inggeris Pertengahan]] Northumbria dijemput untuk tinggal di sana oleh Raja. Buat kali pertamanya bahasa Scots muncul dalam bentuk tertulis dalam kurun ke-14 dan bentuknya tidak banyak berbeza daripada dialek-dialek bahasa Inggeris utara. Bahsa Anglia Scotland berkembang dengan tersendiri semenjak waktu itu. Menjelang lewat kurun ke-15, para penutur menyedari perbezaan dengan bahasa yang ditutur di wilayah yang terletak di selatan lebih ketara dan bangsa Scotland yang bertutur dengan bahasa Scots mula memanggil bahasa mereka "Scots". Bahasa Scots memiliki kata pinjaman oleh sebab orang Scotland bercampur dengan penutur bahasa Gaelic. Kata-kata pinjaman yang mereka ambil lazimnya adalah untuk perkara-perkara geografi dan kebudayaan, seperti ''clan'' ("suku") dan ''loch'' ("tasik"). Sperti bahasa hidup yang lain, bahasa Scots sudah berubah sedikit dengan peredaran masa, walaupun dapat dikatakan yang ia lebih dekat dengan leluhur Anglo-Saxonnya berbanding dengan bahasa Inggeris. Banyak kata-kata bahasa Scots seperti ''flit'' ("berarak pantas"), ''greed'' ("ketamakan"), ''eerie'' ("menyeramkan"), ''cuddle'' ("peluk"), dan ''clan'' ("suku") sudah menjadi sebahagian daripada bahasa Inggeris.
 
== Rujukan ==