Bandar Penawar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Chongkian (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 1:
[[FileFail:Bandar Penawar.JPG|thumb|Bandar Penawar]]
 
'''Bandar Penawar''' merupakan sebuah bandar baru di [[Daerah Kota Tinggi]], [[Johor]], [[Malaysia]]. Antara lokasi berdekatan ialah [[Kota Tinggi]], [[Desaru]] dan [[Tanjung Balau]].
 
== Sejarah awal ==
Bandar Penawar merupakan sebuah kawasan [[bandar baru]] yang terletak di bahagian selatan negeri [[Johor]], iaitu berkedudukan di tengah-tengah Wilayah Kecil [[Pengerang]].Nama Bandar Penawar diambil bersempena dengan nama sebuah tanjung iaitu [[Tanjung Penawar]] , 2 km dari kawasan Bandar Penawar. Keseluruhan kawasan ini merupakan kawasan pertanian - [[kelapa sawit]].
 
Baris 10:
Sewaktu diambil alih oleh KEJORA, sebahagian besar dari kawasan ini masih diliputi oleh hutan. Namun begitu, sudah terdapat juga beberapa buah petempatan [[FELDA]] berhampiran yang telah dibina lebih awal iaitu pada akhir tahun 1960-an, seperti Felda Sungai Mas, Felda Papan Timur, Felda Semencu, Felda Gugusan Lok Heng,Felda Gugusan Waha dan Felda Gugusan Air Tawar, serta beberapa perkampungan tradisional dan pekan kecil di sepanjang pantai dan [[Sungai Johor]].
 
== Infrastruktur ==
 
Sebagai sebuah bandar baru yang kian berkembang pesat, Bandar Penawar kini telah cukup dilengkapi oleh hampir semua kemudahan awam dan infrastruktur asas. Penyediaan kemudahan awam dan infrastruktur asas ini telah disediakan lebih awal lagi di kawasan ini dan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa oleh [[Lembaga Bandaran Johor Tenggara]] (LBJT).
Baris 23:
Bandar ini mempunyai sekolah yang terkenal iaitu [http://www.smkabpenawar.bpi.edu.my Sekolah Menegah Kebangsaan Agama Bandar Penawar], [http://www.sakti.edu.my Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi], Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (dulu Sekolah Sukan Bandar Penawar) dan [[Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar]]. Di samping itu [[Kolej Profesional MARA]], [[Kolej Komuniti Bandar Penawar]] dan [[Institut Kemahiran Belia Negara]] turut menyediakan peluang pembelajaran bagi memperolehi [[sijil]] kemahiran dan peringkat [[diploma]].
 
== Jaringan Pengangkutan ==
[[FileFail:Penawar Bus and Taxi Terminal.JPG|thumb|Terminal Bas dan Teksi Penawar]]
 
Bandar Penawar adalah destinasi yang amat mudah dikunjungi. Dengan infrastruktur jalan raya yang lebih baik, penduduk dari luar hanya perlu mengambil masa kira-kira hampir satu setengah jam sahaja untuk sampai, menggunakan laluan [[Johor Bahru]]-[[Kota Tinggi]].
 
Manakala penduduk dari [[Singapura]] pula boleh menggunakan [[feri]] yang berpengkalan di Kompleks Terminal Feri [[Tanjung Belungkur]]. Kompleks Terminal Feri ini telah mula beroperasi pada Mei, 1993. Dengan laluan [[Tanjung Belungkur]]-[[Changi]], pelancong dari [[Singapura]] dapat sampai ke Bandar Penawar dalam tempoh anggaran 1/2 jam sahaja.
 
Sehingga akhir tahun 1993, dicatatkan bilangan pelancong yang telah menggunakan feri dari kompleks terminal feri ini adalah seramai 23,454 orang, yang mana kebanyakannya adalah pelancong dari Singapura.
Baris 34:
[[Lebuhraya Senai-Desaru]] merupakan laluan alternatif yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ke Bandar Penawar dan Desaru yang hanya perlu mengambil masa kira-kira hampir satu jam sahaja untuk sampai.
 
== Tarikan Pelancongan ==
 
Bandar ini juga terletak berdekatan dengan pusat pelancongan terkenal iaitu [[Desaru]] , [[Tanjung Balau]] dan [[Batu Layar]]. Tempat ini menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Pantainya menghadap [[Laut China Selatan]] bersih dan halus. Ombak kuat pada musim tengkujuh iaitu pada bulan November - Disember - Januari. Pelbagai [[hotel]] dan [[chalet]] disediakan untuk penginapan.
 
== Lihat juga ==
* [http://www.dromoz.com/directory/place/?id=23653 Bandar Penawar]
 
{{Johor}}