Perbezaan antara semakan "Bandar Raya Ho Chi Minh"

k
Bot: perubahan kosmetik
k (Bot: perubahan kosmetik)
}} <!-- Infobox ends -->
 
'''Bandar Raya Ho Chi Minh''' ('''Saigon''') ([[bahasa Vietnam]]: Thành phố Hồ Chí Minh) merupakan bandar raya terbesar di [[Vietnam]].
 
Bandar ini pernah dikenali sebagai ''Prey Nokor'' dan merupakan pelabuhan utama [[Kemboja]] sebelum dikuasai oleh Vietnam pada abad ke-17. Semasa dinamai '''Saigon''', bandar ini menjadi ibu kota [[Cochinchina]] [[Perancis]] dan kemudian Vietnam Selatan dari [[1954]] hingga [[1975]] dalam Perang Vietnam. Pada 1975, Saigon digabungkan dengan Gia Định dan dinamakan semula '''Bandar Raya Ho Chi Minh'''.
Pusat bandar terletak di tebing [[Sungai Saigon]] dan berdekatan dengan delta [[Sungai Mekong]]. Bandar Raya Ho Chi Minh terletak 1,760 di selatan [[ibu negara]], [[Hanoi]]. Kawasan metropolitannya didiami seramai 10 juta penduduk, dan merupakan kawasan perbandaran terbesar di Vietnam. Penduduk dijangkakan berkembang ke 13.9 juta orang pada akhir tahun 2025.
 
Nama "Saigon" masih digunakan dengan meluas di kalangan penduduk tempatan.
 
== Iklim ==
Bandar ini mempunyai iklim tropika. Pada musim sejuk, terdapat hanya sedikit hujan berbanding musim panas. iklim ini diklasifikasikan sebagai Aw oleh sistem Köppen-Geiger. Purata suhu tahunan di Bandar Raya Ho Chi Minh ialah 27.4 &nbsp;°C. Dalam setahun, purata hujan turun ialah 1868 mm. <ref>https://ms.climate-data.org/location/4235/</ref>
 
== Pautan luar ==