Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Baru: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 1:
{{Coord | 1.561667 | 110.347778 | type:landmark_region:MY |display=title}}
'''Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak''' yang baru terletak di [[Petra Jaya]], [[Sarawak]]. Bangunan ini terletak di tebing [[Sungai Sarawak]]. Sehingga kini tujuh kali berpindah tempat.
 
== Perasmian ==
Speaker DUN Sarawak Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar menyatakan majlis perasmian oleh [[Yang di-Pertuan Agong]] [[Tuanku Mizan Zainal Abidin]] pada 27 Julai 2009 . Perasmian ini merupakan satu sejarah kerana ia merupakan bangunan DUN pertama di negara ini yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan dihadiri kesemua 11 Sultan dan Ketua Negeri atau wakil masing-masing. Acara pertunjukan bunga api dan regatta serta perarakan bot berhias diadakan di [[Sungai Sarawak]].
 
Mesyuarat Persidangan [[Majlis Raja-Raja]] ke-218 pada 28 Julai 2009 diadakan di tingkat lapan, di mana 71 wakil rakyat dijadualkan bersidang November 2009.
 
== Perarakan kapal berhias ==
Acara perarakan kapal berhias diadakan di Tebingan Sungai Sarawak.Sebanyak 21 kapal berhias dari pelbagai jabatan, agensi dan badan berkanun kerajaan negeri Sarawak mengambil bahagian . Diikuti pertunjukan bunga api selama 15 minit.
 
Turut hadir ialah [[Yang di-Pertuan Agong]] [[Tuanku Mizan Zainal Abidin]] , [[Raja Permaisuri Agong]] [[Tuanku Nur Zahirah]], [[Sultan Kedah]] [[Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah]] dan [[Sultan Selangor]] dan [[Sultan Sharafuddin Idris Shah]]. Lebih 10,000 penduduk tempatan dan pelancong dalam dan luar negara turut menyaksikan acara itu.
 
Selain itu [[Yang Dipertua Negeri Sarawak]] Tun [[Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng]], [[Yang Dipertua Negeri Melaka]] Tun [[Mohd Khalil Yaakob]], [[Ketua Menteri Sarawak]] Tan Sri [[Abdul Taib Mahmud]] dan lain-lain kenamaan.<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=428417 Yang Dipertuan Agong Berangkat Acara Perarakan Kapal Berhias]</ref>
 
== Ciri-ciri fizikal ==
Bangunan sembilan tingkat ini berharga RM300 juta dengan bumbung berbentuk "[[terendak]]" . Di dalamnya terdapat dewan konvensyen dan dewan jamuan, yang masing-masing boleh memuatkan 5,000 orang dan 800 orang . Seni bina serta reka bentuk dalaman hasil kerja tangan para tukang dari [[Uzbekistan]], yang mencerminkan kepelbagaian budaya yang wujud di [[Sarawak]].
 
Dewan ini bakal menjadi [[mercu tanda]] unik seperti [[Menara Berkembar Petronas]] di [[Kuala Lumpur]], [[Eiffel Tower]] di [[Paris]], [[Perancis]] dan [[Sydney Opera House]] di [[Australia]].Luasnya 760 meter persegi dengan ketinggian 27.7 meter dan garis pusat 30.9 meter serta dikelilingi kawasan hijau seluas 50 hektar, termasuk taman orkid.
 
Ia dibina di atas bukit berhampiran [[Sungai Sarawak]] dengan panorama [[Astana Sarawak]] di sebelah kiri dan [[Kota Margherita]] di sebelah kanannya.
 
== Speaker ==
Asfia merupakan speaker ke-9 dan yang paling lama menyandang jawatan itu sejak 33 tahun lalu.
 
Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar menulis buku bertajuk "Perubahan dan Kesinambungan" tentang latar belakang sejarah DUN Sarawak .Institut Arkitek Malaysia turut melancarkan buku bertajuk "Bangunan Baru DUN Sarawak - Simbol Kedaulatan Rakyat".
 
== Sejarah perpindahan ==
=== Tempat persidangan pertama ===
DUN Sarawak mulanya dikenali sebagai Majlis Umum hingga 1903 di [[Bintulu]] apabila mesyuarat sulungnya berlangsung pada 8 September 1867 di sebuah bangunan kayu. Bintulu merupakan wilayah terakhir yang diambil oleh [[Kesultanan Brunei]], manakala daerah [[Kuching]] yang ada sekarang, dikenali sebagai Sarawak ketika itu.
 
(Rajah) [[James Brooke]] pernah menyembunyikan diri ketika pemberontak menyeberangi sungai dalam [[Pemberontakan Bau]] dan pertukaran [[meriam]] antara [[Raja Muda Hashim]], [[Pengiran Indera Makkota]] dan Brooke sebagai pelawat dari [[England]] di Kampung Bedil Besar yng berhampiran.
 
=== Fort Brooke ===
Majlis Umum mengadakan mesyuarat keduanya di [[Fort Brooke]] di [[Sibu]] pada 15 Jun, 1868, iaitu yang dikenali sebagai venue luar kawasan terakhir.
 
=== Astana ===
Venue ketiga persidangan DUN Sarawak ialah Astana mulai Oktober 1870
 
=== Bangunan Mahkamah ===
Venue keempat ialah di Bangunan Mahkamah mulai 22 Julai, 1918, yang ketika itu sudah dikenali sebagai Council Negeri Sarawak.
 
=== Dewan Pembangunan Tun Abdul Razak ===
"Venue ke-5 Council Negeri diadakan di Dewan Pembangunan Tun Abdul Razak . Mereka mengadakan mesyuarat kali ke-106 pada 28 Disember 1973.
 
=== Kompleks Council Negeri Sarawak ===
Venue ke-6 diadakan di Kompleks Council Negeri Sarawak, [[Petra Jaya]],[[Sarawak]]. [[Yang di-Pertuan Agong]] merasmikan venue ini pada 17 Ogos 1976.Kompleks ini akan dijadikan Pusat Seni di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Sosial dan Perbandaran.<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=428077 Bangunan Baru Dun Sarawak Catat Sejarah Tersendiri]</ref>
 
== Rujukan ==
{{reflist}}