Banjir Malaysia 2014–2015: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 1:
'''{{PAGENAME}}''' merujuk kepada banjir di seluruh Malaysia. Banjir pada tahun 2014 adalah yang terburuk dalam sejarah banjir di Malaysia dengan mencatatkan lebih 300,000 orang dipindahkan.<ref name=mstar1>{{petik web|title=Banjir Di Kelantan Semakin Buruk, Jumlah Mangsa Meningkat|url=http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/12/29/banjir-kelantan-buruk/|publisher=mStar|accessdate=31 Disember 2014}}</ref> Sejak 18 Disember, [[ Jabatan Meteorologi Malaysia]], telah mengeluarkan 38 [[amaran cuaca buruk]]; 15 amaran peringkat 'Merah', 15 amaran 'Oren' dan 8 amaran 'Kuning'.<ref name=mstar2>{{cite web
| url = http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/12/27/sejarah-terburuk/
| title = Banjir 2014 Bakal Catat Sejarah Terburuk | accessdate = 31 Disember 2014
Baris 6:
| language = Melayu | author =Abdul Razak Ahmad
}}</ref>
== Kelantan ==
Jumlah mangsa yang dipindahkan di Kelantan mencecah 170,000 orang daripada lebih kurang 36,000 buah keluarga yang ditempatkan dalam 309 buah tempat pelindungan melibatkan lapan daerah. Jajahan Kota Baharu mencatatkan angka tertinggi mangsa banjir iaitu 44,061 orang, Tumpat (30,569), Pasir Mas (23,568), Kuala Krai (23,500), Gua Musang (17,327), Machang (8,289), Tanah Merah (3,546) dan Pasir Puteh (192).<ref name=mstar1 />
 
== Pahang ==
Mangsa yang terlibat dalam banjir ini hampir mencecah 35,000 mangsa. Temerloh menjadi daerah mangsa banjir paling ramai iaitu 12,012 orang yang ditempatkan di 71 pusat pemindahan. Enam daerah lain ialah Kuantan membabitkan 3,046 mangsa yang ditempatkan di 17 pusat pemindahan, Pekan (4,873 mangsa di 17 pusat pemindahan), Maran (3,479 mangsa di 33 pusat pemindahan), Jerantut (6,025 mangsa di 59 pusat pemindahan), Bera (1,491 mangsa di 14 pusat pemindahan) dan Lipis (2,299 mangsa di 31 pusat pemindahan). Lebuhraya Pantai Timur (LPT) bagi laluan kedua-dua arah Kuantan-Kuala Lumpur dan jalan lama ditutup kepada lalu lintas. Orang ramai yang menuju ke Kuantan dari Kuala Lumpur telah diminta menggunakan jalan alternatif melalui Seremban-Kuala Pilah-Serting-Muadzam Shah-Kuantan dan sebaliknya.<ref name=mstar1 />
<!--Tolong tambah negeri lain-->
== Usaha ==
Pada bulan Oktober, kerajaan memerlukan RM9.32 bilion untuk pembinaan dan penaiktaraf semua infrastruktur saliran di kawasan bandar dan luar bandar.<ref>{{petik web|title=RM9.32 Bilion Diperlukan Untuk Atasi Banjir Kilat Di Bandar|url=http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/10/21/atasi-banjir/|publisher=mStar|accessdate=31 Disember 2014}}</ref>
== Masalah ==
Terdapat beberapa arahan dari pihak berkuasa untuk menghentikan penyebaran maklumat yang mungkin tidak disahkan melalui media sosial bagi memudahkan misi menyelamat.<ref>{{petik web|title=Banjir: Maklumat Palsu Rencatkan Tugas Pasukan Penyelamat - SKMM|url=http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/12/31/berita-palsu-banjir-skmm/|publisher=mStar|accessdate=31 Disember 2014}}</ref> Arahan ini juga menyarankan penerima maklumat jangan panik disebabkan berita palsu yang berleluasa. Mereka mengatakan yang keadaan masih dalam kawalan.<ref>{{petik web|title=Banjir: Penyebaran Maklumat Palsu Kerja Khianat|url=http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2014/12/30/maklumat-palsu/|publisher=mStar|accessdate=31 Disember 2014}}</ref>
== Lihat juga ==
* [[Jabatan Meteorologi Malaysia]]
* [[Banjir di Malaysia]]
== Pautan luar ==
* {{facebook|informasibencana}}
* [http://publicinfobanjir.water.gov.my/ Public Infobanjir]
== Rujukan ==
{{reflist}}
{{Banjir di Malaysia}}