Banjir kilat Shah Alam 2006: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
k menghapuskan Kategori:Shah Alam (HotCat)
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 2:
[[Banjir kilat]] berlaku di [[Shah Alam]] pada hari Ahad ,26 Februari 2006 berikutan Angin Badai .Fenomena alam ini tidak dapat dielakkan kerana [[hujan]] lebat luar biasa dan air pasang setinggi 4.8 meter di [[Pelabuhan Klang]] .
 
[[Banjir]] terburuk dalam tempoh 10 tahun ini menyebabkan limpahan air sungai berdekatan dan benteng [[kolam air tadahan]] pecah.
 
Menurut perangkaan [[Jabatan Kebajikan Masyarakat]], kira-kira 9,000 orang menjadi mangsa banjir di beberapa kawasan di Shah Alam yang melibatkan kira-kira 3,500 buah rumah. Antara kawasan yang terjejas teruk dalam banjir itu ialah [[Taman Tun Dr Ismail Jaya]] dan [[Kampung Kebun Bunga]].
Baris 9:
 
 
== Langkah mengatasi : ==
 
[[Datuk Bandar Shah Alam]] [[Datuk Ramli Mahmud]] dan [[Abdul Aziz Shamsuddin]] selaku ahli parlimen Shah Alam akan membentuk jawatankuasa khas bagi menangani masalah ini.
 
TTDI Development Sdn Bhd, selaku pemaju perumahan Taman TTDI Jaya telah membelanjakan lebih RM13 juta sejak 10 tahun lepas untuk kerja-kerja melebarkan [[Sungai Damansara]], membina benteng , sistem pam hidro,penyelenggaraan sungai dan membina kolam takungan di Taman TTDI Jaya.
 
TTDI Development telah menaiktaraf semua jalan masuk ke Taman TTDI Jaya untuk memastikan masalah banjir di kawasan tersebut diatasi.
Baris 23:
TTDI Development akan bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi membantu mengatasi masalah banjir ini.
 
kerajaan Selangor meluluskan peruntukan RM10 juta untuk membina pam air di TTDI Jaya melibatkan kos RM3 juta yang dijangka siap dalam tempoh setahun dan RM7 juta lagi untuk kerja-kerja mendalamkan Sungai Damansara.
 
Majlis Bandaraya Shah Alam akan melaksanakan beberapa projek mencegah banjir seperti mendalamkan kolam takungan sedia ada, dan menambahkan bilangan kolam takungan dengan setiap satu di TTDI Jaya dan Kampung Kebun Bunga.
 
[[Majlis Bandaraya Shah Alam]] mengalami kerugian kira-kira RM3 juta untuk membaiki kerosakan [[Stadium Shah Alam]] dan [[Stadium Melawati]].
 
Mangsa banjir TTDI Jaya akan dikecualikan dari membayar [[cukai pintu]] bagi tempoh setengah penggal.
 
Pembinaan lebuh raya di Selangor pada masa depan akan disyaratkan membina kolam takungan bagi mencegah banjir.Selama ini ,
kebanyakan lebuh raya tidak mempunyai kolam takungan.
 
Pemaju pembangunan pula mematuhi syarat membina kolam takungan namun kebanyakan mereka tidak menyelenggaranya dengan baik hingga menyebabkan paras air naik apabila hujan berlaku.
 
[[Kategori:Banjir di Malaysia|Shah Alam 2006]]