Perbezaan antara semakan "Barisan Pertama Ukraine"

k
Bot: perubahan kosmetik
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
k (Bot: perubahan kosmetik)
{{Infobox military unit
|unit_name=Barisan Pertama Ukraine
|image= [[FileFail:First ukrainian front.jpg|200px]]
|caption=Komander dan askar-askar dari Barisan Pertama Ukraine di [[Perbarisan Kemenangan Moscow]]. 24 Jun 1945.
|dates=1943-1945
}}
 
'''Barisan Pertama Ukraine''' ({{lang-ru|Первый украинский фронт}}) adalah sebuah [[Barisan (formasi tentera)|Barisan]]—iaitu bersamaan dengan [[Kumpulan tentera darat]] Barat—dalam [[Tentera Merah]] [[Soviet Union]] semasa [[Perang Dunia Kedua]].
 
== Zaman perang ==
Pada 20 Oktober 1943, [[Barisan Voronezh]] telah dinamakan semula Barisan Pertama Ukraine (Bahasa Inggeris: 1st Ukrainian Front atau '''1UF'''). Pertukaran nama ini mencerminkan kemajuan ke arah barat Tentera Merah dalam kempennya menentang [[Wehrmacht]] [[Jerman]], meninggalkan Rusia di belakang dan bergerak ke dalam Ukraine. Barisan tersebut terlibat dalam mengendalikan pertempuran di [[Ukraine]], [[Poland]], [[Jerman Nazi|Jerman]], dan [[Czechoslovakia]] semasa tahun 1944 dan 1945.
 
Ketika tahun 1944, Barisan itu mengambil bahagian bersama-sama Barisan lain di dalam pertempuran [[Kelompok Korsun|Korsun-Shevchenkivskyy]], dan pertempuran [[Kelompok Hube]] di Ukraine. Ia memimpin [[Penyerangan Lviv-Sandomierz]], yang mana ia terdiri daripada [[Tentera Darat Pertama Kereta Kebal Pengawal Soviet]], [[Tentera Darat Ke-3 Kereta Kebal Pengawal (Soviet Union)|Tentera Darat Ke-3 Kereta Kebal Pengawal]], [[Tentera Darat Ke-4 Kereta Kebal (Soviet Union)|Tentera Darat Ke-4 Kereta Kebal]], [[Tentera Darat Ke-3 Pengawal Sovier|Tentera Darat Ke-3 Pengawal]], [[Tentera Darat Ke-5 Pengawal (Soviet Union)|Tentera Darat Ke-5 Pengawal]], [[Tentera Darat Ke-13 (Soviet Union)|Tentera Darat Ke-13]], [[Tentera Darat Ke-38 (Soviet Union)|Tentera Darat Ke-38]], dan [[Tentera Darat Ke-60 (Soviet Union)|Tentera Darat Ke-60]]. Ia kemudian mengambil bahagian dalam pertempuran untuk Ternopil'.
 
Pada tahun 1945 Barisan tersebut terlibat dalam [[Penyerangan Vistula–Oder]], dan memimpin [[Penyerangan Silesia|Silesia]] dan Operasi [[Penyerangan Prague|Prague]], dan pengepungan [[Breslau]]. Ia juga terlibat dalam operasi [[Pertempuran Berlin|Berlin]] di Jerman dan Poland. Barisan itu juga memimpin sebahagian besar [[Pertempuran Halbe|Pengepungan Halbe]], dimana kebanyakkan daripada Tentera Darat Ke-9 Jerman telah musnah di selatan Berlin. Pada ketika ini [[Tentera Darat Kedua Poland]] telah beroperasi sebagai sebahagian daripada 1UF. Akhirnya Barisan Pertama Ukraine menyediakan pertahanan terhadap serangan balas dari Armee Wenck yang bertujuan untuk menyelamatkan Berlin dan [[Tentera Darat Ke-9 (Wehrmacht)|Tentera Darat Ke-9]].
 
Barisan tersebut telah memenangi kesemua operasinya ke atas tentera lawan [[Wehrmacht]]. [[Penyerangan Prague]] merupakan pertempuran [[Akhir Perang Dunia II di Eropah|terakhir dalam Perang Dunia II di Eropah]].
 
Selepas perang, markas Barisan telah membentuk [[Kumpulan Angkatan Bersenjata Tengah]] Tentera Merah di Austria dan Hungary, menjaga [[Tirai Besi]].
 
== Para Panglima ==
* [[Nikolai Vatutin|General Nikolai F. Vatutin]] (Oktober 1943-Mac 1944)
* [[Georgy Zhukov|Marshal Georgy K. Zhukov]] (Mac 1944-Mei 1944)
* [[Ivan Konev|Marshal Ivan S. Konev]] (Mei 1944-Mei 1945)
 
== Ketumbukan darat ==
Ketumbukan-ketumbukan darat yang menjadi sebahagian daripada Barisan Pertama Ukraine adalah seperti berikut:
* [[Tentera Darat Ke-13 (Soviet Union)|Tentera Darat Ke-13]] (1943–45) ([[Wilayah Tentera Carpathian]])
* [[Ketumbukan Udara Ke-2]] (1943-?) ?
 
=== Komposisi seterusnya ===
* [[Tentera Darat Ke-5 Pengawal (Soviet Union)|Tentera Darat Ke-5 Pengawal]]
* [[Tentera Darat Pertama Poland]]
* [[Tentera Darat Ke-3 Pengawal (Soviet Union)|Tentera Darat Ke-3 Pengawal]]
 
== Rujukan ==
* Konev, I.S. ''Aufzeichnungen eines Frontbefehlshabers''
* Konev, I.S. ''Das Jahr 1945''
* Antill, P., [http://www.historyofwar.org/articles/battles_berlin.html Battle for Berlin: April – May 1945.]
 
== Bacaan lanjut ==
* http://www.unithistories.com/units_index/default.asp?file=../units_russian/000_sta_front.asp?
 
{{Barisan Tentera Merah dalam Perang Dunia II}}
 
[[CategoryKategori:Tentera Soviet]]
[[CategoryKategori:Perang Dunia Kedua]]
[[CategoryKategori:Organisasi tentera]]
[[CategoryKategori:Ketenteraan]]