Basel I: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 10 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q809928
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 1:
'''Basel I''' adalah istilah yang merujuk kepada persidangan oleh [[bank pusat|bank-bank pusat]] seluruh dunia. Ia merupakan hasil [[Persefahaman Basel]] pertama, yang merupakan cadangan berkenaan peraturan dan undang-undang perbankan yang dikeluarkan oleh [[Jawatankuasa Basel berkenaan Penyelian Bank|Jawatankuasa Basel berkenaan Penyelian Bank - (''Basel Committee on Banking Supervision - BCBS'')]]. Pada tahun [[1988]], Jawatankuasa Basel berkenaan Penyelian Bank (''Basel Committee on Banking Supervision - BCBS'') di [[Basel]], [[Switzerland]], menerbitkan set keperluan modal minima bagi bank-bank. Ia juga dikenali sebagai 1988 Basel Accord, dan dikuatkuasakan menurut perundangan bagi negara-negara [[Kumpulan Sepuluh]] (G-10) pada [[1992]], dengan bank [[Jepun]] membenarkan tambahan masa bagi tempoh peralihan. Basel I kini secara umumnya dianggap sudah lapuk, dan garis panduan yang lebih menyeluruh, dikenali sebagai [[Basel II]] kini sedang dilaksanakan di beberapa negara.
 
== Latar belakang ==
Jawatankuasa Basel dibentuk sebagai tindak balas kepada masaalah kecairan tunai yang mendorong kepada kemuflisan bank yang diasaskan di [[Cologne]] pada 1974. Pada [[26 Jun]] [[1974]], beberapa bank telah mengeluarkan [[mark Jerman|Deutschmark]] kepada Bank Herstatt sebagai pertukaran bagi bayaran dollar yang dihantar di [[New York]]. Disebabkan perbezaan dalam zon waktu, terdapat jurang dalam bayaran dollar kepada bank pihak-lain (''counter-party''), dan semasa jurang ini, dan sebelum bayaran dollar sempat dilaksanakan di New York, Bank Herstatt telah di mansuhkan (''liquidated'') oleh pihak berkuasa [[Jerman]].
 
Kejadian ini menyebabkan negara-negara G-10 untuk membentuk, Jawatankuasa Basel berkenaan Penyelian Bank pada penghujung 1974, di bawah kelolaan ''Bank of International Settlements'' (BIS) yang terletak di [[Basel]], [[Switzerland]].
 
== Rangka utama ==
Basel I, iaitu Persetujuan Basel 1988 tertumpu terutamanya pada [[risiko kredit]]. Harta bank dikelas dan dikelompok kepada lima kategori menurut risiko kredit, dengan beban risiko sifar (terutama bagi negara asal [[hutang sovereign]]), sepuluh, dua puluh, lima puluh, dan sehingga seratus peratus (kategori ini, sebagai contoh, merangkumi kebanyakan hutang korporate). Bank yang hadir dipasaran antarabangsa diperlukan untuk memegang modal (''capital'') yang bersamaan 8 % daripada beban risiko aset (''risk-weighted assets'').
 
Baris 13:
Kebanyakan negara lain, kini berjumlah melebihi 100, turut menerima pakai, sekurang-kurangnya, mengaku, prinsip yang digambarkan di bawah Basel I. Keberkesanan perlaksanaannya adalah berbeza, walaupun di kalangan Kumpulan Sepuluh.
 
== Rujukan ==
* http://www.bis.org: Laman '''Bank of International Settlements'''.
* http://bis2information.org: Rencana perlaksanaan, berkenaan BIS2 dan model risiko, dihantar oleh profesional bagi membantu membentuk piwaian industri.
 
[[Kategori:1988]]