Batik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 1:
'''Batik''' berasal daripada perkataan [[Bahasa Jawa|Jawa]] "''amba''" yang berasal dari [[Pulau Jawa]], [[Indonesia]] yang bermakna menulis, dan "''nitik''" yang bermakna membuat titik. Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya ialah [[batik tulis]], [[batik skrin]], [[batik celup]], dan [[batik terap]]. Teknik batik telah diketahui selama lebih seribu tahun, kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria.
Batik berasal dari [[Pulau Jawa]], [[Indonesia]],, Ia juga terdapat di beberapa negara di [[Afrika Barat]] seperti [[Cameroon]], [[Mali]] dan [[Nigeria]]; atau di [[Asia]], seperti [[Jepun]], [[Bangladesh]], [[India]], [[Iran]], [[Malaysia]], [[Sri Lanka]] dan [[Thailand]]. Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di [[alam Melayu]], dan sejak lama, merangkumi negara-negara Asia Tenggara.
 
Batik ditetapkan sebagai keseluruhan teknik, teknologi, serta pengembangan motif dan budaya yang terkait, oleh UNESCO telah ditetapkan sebagai Warisan Kemanusiaan untuk Budaya Lisan dan Nonbendawi (Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity) sejak 2 Oktober 2009.{{Apa}}
 
[[FileFail:COLLECTIE_TROPENMUSEUM_Vrouw_aan_het_werk_in_het_batik-atelier_Masina_TMnr_20017982.jpg|thumb|Perempuan tua Jawa sedang membuat batik piawai]]
 
Pada masa ini, terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagai [[batik moden]] bagi memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah, tetapi batik tradisi turut dihasilkan di samping itu.
 
== Budaya batik ==
=== Baju batik di Indonesia ===
[[Fail:Batik_Fashion_01.jpg|thumb|Batik moden di sebuah pertunjukan [[fesyen]], [[Jakarta]], 2008]]
Pada awalnya baju batik kerap dikenalkan pada acara acara rasmi untuk menggantikan baju jas. Tetapi dalam perkembangannya pada masa [[Order Baru]], baju batik juga dipakai sebagai pakaian rasmi pelajar sekolah dan pegawai negeri (batik Korpri) yang menggunakan seragam batik pada hari Jumaat. Perkembangan selanjutnya, batik mulai bergeser menjadi pakaian seharian terutama digunakan oleh kaum wanita. Pegawai swasta biasanya memakai batik pada hari Khamis atau Jumaat.
 
=== Baju batik di Malaysia ===
Mulai 17 Januari 2008, semua kakitangan awam lelaki di Malaysia dikehendaki memakai baju batik Malaysia pada setiap hari Khamis. Sebelum ini peraturan memakai baju batik hanya pada hari Sabtu sahaja. Hari pemakaian baju batik ini kemudiannya diubah kepada 1 hari bulan dan 15 hari bulan. Akan tetapi, orang ramai mudah lupa menyebabkan pengembalian semula kepada sistem lama berdasarkan hari.<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id=308030 Peraturan baru pakaian batik bagi kakitangan awam], Bernama</ref>