Bawang besar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 17:
'''Bawang besar''' atau '''bawang Bombay''' (dikenali sebagai bawang Bombay kerana bawang jenis ini telah dibawa oleh pedagang-pedagang yang berasal dari [[Bombay]], [[India]] ke serata [[Asia]]) ialah sejenis sayuran [[bebawang]] yang telah wujud dan telah ditanam di [[Mesir]] semenjak 2,700 tahun dulu dan merupakan tanaman makanan penting yang digunakan kini. Tumbuhan ini dipercayai [[tumbuhan asal|berasal]] dari kawasan [[Asia Barat]] dan [[Asia Tengah]] dan kini telah di usahakan di seluruh dunia.
 
Pengeluaran bawang besar dunia pada tahun 2008 sebanyak 3.367 juta metrik tan dengan negara [[China]] sebagai pengeluar utama sebanyak 835,060 mt diikuti dengan [[Jepun]] (535,340 mt) dan [[Korea Selatan]] (523,439 mt). Negara lain yang banyak menanam bawang besar adalah [[New Zealand]], [[Nigeria]], [[Mexico]], [[Tunisia]], [[Korea Utara]] dan [[Ecuador]]. Di kalangan negara [[Asia tenggara]], hanya [[Thailand]] (2,200 hektar setahun) dan [[Filipina]] (7,000 hektar setahun) yang banyak menanam bawang besar. [[Indonesia]] pula ada mula menanam tetapi ini tidak berlaku di Malaysia. Malaysia masih mengimport bawang besar iaitu sebanyak 150,000 - 250,000 mt setiap tahun.
 
Bawang import di Malaysia lebih dikenali dengan bawang besar China (jenis bulat) lebih sedap berbanding dengan bawang besar India (bulat leper dan lebih 'pedas'). Rasa ia lemak, sedikit pedas dan berangin.
Baris 26:
Bawang besar boleh digunakan bagi merawat penyakit lemah tenaga batin, kolestrol tinggi, kencing manis, tekanan darah tinggi, air mani kurang, badan banyak lendir (peluh) dan tiada selera makan. Ia boleh digunakan juga bagi mencegah penggumpalan darah, kanser, kencing manis, serangan sakit jantung, strok, menguatkan tulang, sebagai antioksidan, awet muda dan menambah tenaga dan kekuatan badan.{{fakta}}
 
== Ciri botani ==
Herba sederhana besar setinggi 45-60 cm. Akar serabut. Batang pendek, tidak berkayu. Daun jenis tunggal, bilah daun berbentuk silender, susunan berpilin, berbentuk panjang dengan hujung meruncing, tengah daun berlubang, berwarna hijau tua, permukaan berkilat dan berbau kuat. [[Bebawang]] terletak dalam tanah yang berbentuk bulat, lonjong atau leper bergantung kepada varieti dan ia berkulit nipis. Bunganya terbentuk seperti berbentuk sfera umbel dengan ukuran 2-5 cm mengandungi 50-2,000 jambak berwarna ungu atau hijau putih. Kajian mendapati selepas pendebungaan, buah bawang besar akan terbentuk berukuran 4-6 diameter seperti kapsul megandungi 6 biji benih. Biji benih bawang berukuran 6 mm x 4 mm berwarna hitam dan berkerekot apabila kering.
[[imejFail:ARS red onion.jpg|thumb|150px|Bawang besar merah.]]
 
== Penanaman ==
Baris 36:
 
== Penyakit dan perosak ==
Masalah utama tanaman bawang merah adalah serangan teruk oleh kulat ''Altenaria porri'' (penyakit tompok unggu) yang menyebabkan pokok boleh mati dan perlu dikawal dengan [[racun kimia]] seperti Dithane. Serangan [[reput pangkal]] oleh kulat ''Fusarium oxysporium'' juga berlaku pada semua peringkat dan perlu dikawal dengan amalan penggiliran tanaman atau menggunakan [[varieti]] rintang. Terdapat juga penyakit [[bintik daun]] yang disebabkan oleh ''Stemphyllium botryosum'' dan serangan ini boleh dikawal dengan racun kimia jenis carbamate. Penyakit lain ialah penyakit [[antraknos]] (''Collectotricum cicirnans''), penyakit [[kulapuk hitam ]] (''Aspegillus niger'') dan Penyakit [[terbakar pucuk]] (''Botrytis squamosa'').
 
Terdapat banyak serangga perosak yang juga meminati bawang besar seperti [[ulat ratus]] (''Spodoptera exigua'') yang makan daun bawang dan juga serangan [[kutu]] (''Thrips spp'') yang merosakan daun. [[Virus]] juga menyerang bawang iaitu serangan '[[bantut kuning bawang]]' iaitu menjadikan pokok terbantut dan penyakit [[kuning tapak sulaiman]] sering berlaku. Selepas dituai bawang besar juga diserang [[bakteria]] iaitu jenis ''Pseudomonas aeruginosa'' dan ''Ervinia carotovora'' yang menyebabkan kerugian semasa penyimpanan di stor. Nematod (''Melodoigyne spp.'') juga menyebabkan kerosakan akar yang menjejaskan hasil jika penggiliran tanaman tidak dijalanan. Disebabkan itu petani di Malaysia tak gemar tanam bawang besar.
 
== Penuaian ==
Penuaian bawang besar dibuat selepas 90 -150 hari lepas semai atau tanam mengikut varieti dan lokasi. Lazimnya penuaian di jalankan pada musim kering iaitu bulan Mac-April dengan mencabut bawang yang telah cukup matang. [[Bebawang]] dengan daun tadi digantung untuk beberapa hari dikebun sehingga daunnya cukup kering sebelum diasingkan bebawang dan dibuat penggredan. Bebawang kemudian dimasukan dalam guni berjaring dan disimpan dalam setor untuk dijual. Hasil bergantung kepada varieti bawang merah. Jenis 'Granex' mampu menghasilkan 15-20 metrik tan sehektar di Filipina dan Thailand walaupun purata penghasilan di kawasan Asia cuma 14 mt.ha berbanding dengan penanaman bawang di [[Eropah]] mencatat 50 mt/ ha.
 
Bawang besar di masukkan ke dalam guni dengan berat 20 kg /guni yang disusun datas rak-rak kayu didalam setor yang mempunyai pengudaraan yang baik. Kajian juga mendapati bawang besar yang di simpan dalam bilik sejuk bersuhu 0 darjah celsius mampu bertahan selama 6 bulan. Teknologi penanaman bawang besar agak rumit dan adakah memadai dengan harga yang di tawarkan di Malaysia.
 
== Bacaan lanjut ==
* {{en}} Eric, B. (2010). Garlic and Other Alliums: The Lore and the Science. United Kingdom: [http://www.rsc.org RSC Publishing]
 
== Rujukan ==
{{reflist}}