Perbezaan antara semakan "Bayam"

10 bait ditambah ,  3 tahun lalu
k
Bot: perubahan kosmetik
k (Bot: Memindahkan 47 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q156344)
k (Bot: perubahan kosmetik)
|Subspesies=
}}
[[ImejFail:YosriBayam.jpg|thumb|Amaranthus spp.]]
'''Bayam''' ialah [[tumbuhan]] dalam kelas [[sayur|sayuran]]an. Ia adalah tanaman yang banyak terdapat di Malaysia. Terdapat 2 jenis bayam yang utama dimakan di Malaysia iaitu [[bayam hijau]] dan [[Pokok Bayam Merah|bayam merah]]. Bayam adalah daripada keluarga Amaranthaceae. Ia kaya dengan Vitamin A, Vitamin B , Vitamin C dan [[zat galian|zat-zat galian]] seperti [[zat besi]] (Fe), [[fosforus]] (P), [[kalium]] (K), [[mangan]] (Mn) dan [[zink]] (Zn). Di [[Malaysia]], bayam ditanam untuk tujuan pasaran domestik dan sebahagiannya untuk diekspot ke [[Singapura]] dan [[Brunei]].
 
Bayam dikenali di Malaysia dan[[Indonesia]] dan juga sebagai Amaranth (English), Amaranthe (Perancis), Kulitis (Filipina), Aopa (Papua New Guinea), Phtii (Cambodia), Phakkhom-suan ([[Thailand]]), Hom ([[Laos]]) dan Raudeen ([[Vietnam]]). Bayam dipercayai berasal dari [[Asia Tenggara]] dan juga terdapat dan tersebar ke [[Amerika Tengah]] dan [[Afrika]] tetapi dari [[genus]] yang agak berbeza. Bayam merupakan sayuran yang sangat popular di Malaysia dan Indonesia dan merupakan sayuran popular yang 10 teratas dari segi penanaman dan penggunaan.
 
Terdapat seluas 4,180 hektar bayam di tanam di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 45,140 metrik tan pada tahun 2010. Kawasan utama bagi penanaman bayam di Malaysia adalah di Negeri [[ Johor]] (65% keluasan Malaysia) diikuti dengan Selangor dan Pulau Pinang. Daerah Johor Bahru merupakan kawasan yang bertanam Bayam paling luas di Malaysia (1,795 hektar - iaitu meliputi hampir 50% keluasan Malaysia) diikuti dengan Daerah Kota Tinggi (460 ha) dan Daerah Muar (301 hektar). Saya memang ada pengalaman menjalankan aktiviti khidmat pengembangan teknikal tanaman Bayam di Muar bersama-sama petani yang merupakan Pengerusi Persatuan Penanam Sayur Malaysia iaitu En Tan Soo Tiok di kawasan Sengkang Mukim Gerisek.
 
Untuk dibuat [[ulam]], daun dan batang muda dicelur atau direbus lalu dimakan dengan [[sambal belacan]], [[budu]], [[cencaluk]] atau pencecah yang lain. Rasanya manis dan sedap.
 
== Ciri botani ==
Bayam ialah herba bersaiz sederhana boleh tumbuh setinggi 45 cm hingga 1 m. Batangnya lembut tak berkayu, dan berwarna hijau ketika muda. Daun tunggal, sederhana besar, susunan berpilin, berbentuk bujur dengan hujung menirus atau membulat. Bunga majmuk, kecil hijau, terdapat dalam jambak bunga yang keluar pada hujung dahan serta celah ketiak daun. Buah kecil mengandungi biji yang sangat kecil, berbentuk bulat, berwarna hitam.
 
== Perbezaan bayam dan ''spinach'' ==
Terdapat kekeliruan dalam nama bayam dan ''spinach''. Kedua-duanya adalah daripada keluarga yang sama iaitu Amaranthaceae tapi berlainan genus. Genus bayam adalah Amaranthus, manakala genus ''spinach'' adalah Spinacia. Kekeliruan ini terhasil apabila bayam diterjemahkan kepada bahasa Inggeris. Sepatutnya bayam dalam bahasa Inggeris disebut Amaranth. Walaubagaimanapun, istilah bayam untuk ''spinach'' telah digunapakai dalam istilah bahasa Melayu.<ref>[http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=spinach Ini dapat dilihat dalam terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka.]</ref>
 
Tidak jelas asal usul kekeliruan ini tetapi tidak salah dari segi nutrisi pemakanan kerana kedua-duanya sayuran yang mempunyai zat besi. Mungkin kartun [[Popeye]] yang mempopularkan penggunaan ''spinach'' untuk bayam.
== Penanaman ==
Bayam adalan jenis sayuran daun singkat masa yang lazimnya ditanam atas batas. Ia adalah tanaman yang mudah ditanam dan cepat mengeluarkan hasil. Tanah gembur liat ringan dan berpasir yang kaya dengan bahan organik sesuai ditanam dengan bayam dengan pH antara 5.5 - 6.5 serta mempunyai saliran yang baik. Bayam perlukan batas tanaman dan lazimnya lebar batas lingkungan 120 cm, ketinggian batas 20-30 cm dan panjang ikut ukuran dan kesesuaian kawasan.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0815&pub=utusan_malaysia&sec=Agrobiz&pg=ag_02.htm&arc=hive Cara sesuai tanam bayam]. Utusan Malaysia. Capaian 3 April 2012.</ref>
 
Baja organik tahi ayam biasanya digunakan sebagai baja asas yang dibubuh diatas batas semasa penyediaan kawasan dan batas dengan kadar 5 metrik tan sehektar. Baja Sulphate of Amonia sebanyak 240 gm/ha ditabur 7 hari lepas tabur benih bersama Basa TSP (24 kg/ha) dan baja MOP (120 kg/ha).Terdapat sebilangan petani komersial bayam yang menggunakan baja foliar (baja semburan daun) untuk mempercepatkan penuaian dan meningkatkan kualiiti bayam. Kawasan tanah gambut sangat sesuai menanam sayuran daun seperti bayam kerana mudah pengurusan batas, rumpai dan kerja menuai hasil.
 
== Penuaian ==
Tanaman bayam boleh dituai 3-4 minggu selepas ditabur. Pokok bayam yang telah mencapai ketinggian kira-kira 20-25 cm boleh dituai dengan memotong atau mencabut dan ianya dikumpulkan. Bersihkan dengan membasuh bahagian akar dari kekotoran tanah sebelum dimasukkan kedalam bakul. Bayam adalah sayur daun yang mudah rosak jika tidak dipasarkan segera. Kajian saya di sekitar Muar, Melaka dan Johor Bahru mendapati anggaran hasil sekitar tanaman bayam adalah 1-2 kg/meter persegi atau 10,000 -20,000 kg/ha. Saya dapati tanaman Bayam di Kg Solok Tangkak pula mendapat purata berat hasil sekitar 12,000 kg sehektar dengan kekerapan 8-10 kali pusingan penanaman setahun.
 
== Perosak ==
Antara perosak tanaman bayam adalah Ulat Pangkas (Agrotis ypsilon) yang memotong anak benih bayam pada paras tanah dan kawalan dengan racun serangga jenis Fenvelerate atau cypermethrin. Perosak Ulat Ratus (Spodoptera litura) memakan daun dan dikawal dengan racun cypermethrin. Dua jenis penyakit yang menyerang tanaman bayam adalah Hawar Melecuh (Cystobus bliti) yang simptomnya tompok2 putih pada daun dan tiada kawalan kimia yang berkesan. Oleh itu amalkan tanaman giliran dan tanam dikawasan baru yang bebas penyakit. Penyakit Lecuh Anak benih (Phytium aphani dermatum) menyerang pangkal pokok dan akibatnya pokok mati dan boleh dikawal denganracun kulat Capstan dan IPM.
 
Bayam digunakan sebagai sayuran segar dan ditumis atau di buat masak air sup (Bening, kata orang [[Jawa]] Muar). Ia juga mengandungi methionine dan sulfur asid amino dan nitrat serta oxalate untuk kesihatan. Penanaman bayam di Malaysia akan terus menjadi pilihan ramai petani dan pengguna kerana khasiat yang ada dan cepat berhasil.
 
== Bacaan lanjut ==
 
== Rujukan ==
{{reflist}}
 
== Lihat juga ==
* [[Pokok Bayam Merah]]
* [[Pokok Bayam Putih]]
* [[Bayam (Spinacia)]]
 
== Pautan luar ==
* http://agrolink.moa.my/doa/bdc/vege/spi_tek_bm.html
* http://agrolink.moa.my/doa/BM/Vegehomebm/kbayam.html