Besbol: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kururubot (bincang | sumb.)
k Link FA & GA kini dikendalikan oleh Wikidata
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 1:
[[Fail:Fenway_park.jpg|thumb|rightkiri|230px|Stadium besbol Fenway Park di bandar raya [[Boston]].]]
 
'''Besbol''' ([[bahasa Inggeris]]: ''baseball'') merupakan sukan jenis "pukul dan bola" (''bat-and-ball'') yang dimainkan oleh dua pasukan. Satu pasukan dianggotai oleh sembilan pemain. Matlamat utama besbol adalah untuk mengumpulkan markah (''run'') dengan memukul bola yang dilempar menggunakan tongkat pemukul (''bat'') lalu mengelilingi keempat-empat tapak (''base'') yang terletak di sudut-sudut sebuah segi empat (''diamond''). Pemain-pemain dalam pasukan memukul bergilir-gilir cuba memukul bola yang dilontar oleh pelempar dari pasukan lain, iaitu pasukan pemadang. Pasukan pemadang pula cuba menghalang pasukan pemukul daripada mengumpul markah dengan "mematikan" (''out'') pemukul-pemukul melalui cara-cara tertentu. Kedua-dua pasukan beralih antara memukul dan memadang setiap kali pasukan memadang berjaya mematikan tiga pemukul. Pasukan-pasukan mempunyai sembilan giliran (atau dikenali sebagai "pusingan," ''inning'') untuk memukul dan memadang. Biasanya (terutamanya pada tahap profesional), satu perlawanan terdiri daripada sembilan pusingan. Pasukan yang berjaya mengumpulkan markah terbanyak selepas pusingan terakhir menang.
Baris 9:
 
== Permainan ==
Besbol dipertandingkan oleh dua pasukan yang bergilir-gilir menyerang (memukul, ''batting'') dan bertahan (memadang, ''fielding'' serta melempar, ''pitching''). Biasanya, pasukan tamu memukul dahulu, dan pasukan tuan rumah memukul pada akhir setiap pusingan (sering dipanggil separuh pusingan kedua, ''second half-inning''). Matlamat besbol adalah untuk mengumpul jumlah markah (''run'') lebih daripada pasukan lain. Pasukan memukul cuba mengumpulkan markah dengan mengelilingi empat tapak (''base'') yang terletak di penjuru-penjuru segi empat di atas padang. Pemain memukul di plat rumah (''home plate'') dan mula bergerak lawan arah jam ke tapak pertama, tapak kedua, tapak ketiga dan akhirnya kembali ke plat rumah untuk mendapat satu markah. Pasukan memadang pula cuba menghalang pemukul-pemukul daripada mencatatkan markah serta mematikan mereka. Selepas seorang pemukul mati (''out''), dia dikeluarkan sehingga gilirannya untuk memukul lagi. Selepas tiga kali mati, pasukan memadang menjadi pasukan memukul, dan sebaliknya untuk pasukan memukul. Kalau kedua-dua pasukan seri jumlah markah selepas sembilan pusingan, mereka terus bermain dalam pusingan tambahan sehingga satu pasukan menang.
 
=== Logistik ===
[[Fail:Baseball diamond.svg|thumb|350px|rightkiri|Rajah padang besbol profesional.]]
Padang besbol disempadankan oleh dua garisan foul yang berlanjutan dari plat rumah pada sudut 45 darjah. Kawasan 90 darjah dalam garisan-garisan dianggap sebagai kawasan adil (''fair territory''). Kawasan 270 darjah di luar pula kawasan foul (''foul territory''). Kawasan yang dikelilingi oleh empat base serta beberapa ela selanjutnya dikenali sebagai kawasan dalam (''infield''), dan kawasan di luar ''infield'' serta di dalam kawasan adil ialah kawasan luar (''outfield''). Timbunan (''mound'') yang mempunyai sekeping plat getah terletak di tengah infield. Disinilah pelempar berdiri semasa melempar bola. Sempadan luar outfield biasanya dipagarkan.