Bilut (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 18:
'''Bilut''' ialah sebuah filem cereka diterbitkan sempena sambutan ulangtahun [[FELDA]]. Filem ini berlatar belakangkan kehidupan peneroka [[Lurah Bilut]].
 
== Sinopsis ==
{{Spoiler}}
Pada tahun [[1960]] Yazid menyertai antara kumpulan pertama yang meneroka tanah rancangan Felda di Lurah Bilut. Yazid terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dan segala tekanan perasaan. Sahabatnya, Rosli mati dihempap pokok. Rumah mereka ranap dipukul ribut. Anak bongsunya, Yamin, mati dibaham harimau. Pada masa yang sama, Yazid mendapat tahu ada di antara peneroka yang berkomplot menjual semula baja-baja subsidi yang diberikan oleh kerajaan bagi mengaut keuntungan jangka pendek. Yazid juga cuba difitnah oleh sahabatnya sendiri, Hamzah yang mengatakan kononnya dia yang menjual baja subsidi secara haram. Tidak hanya itu, mereka juga menghadapi bahaya apabila masih ada saki-baki pihak komunis di kawasan hutan itu.
Baris 26:
Pada tahun [[2006]], pembuat filem dokumentari dari [[Filipina]], Gabriel tiba di Malaysia dalam usahanya mengumpul maklumat sambil melihat dan mengalami sendiri perkembangan serta kemajuan yang telah dibuat oleh [[Felda]]. Kisah kejayaan Felda sebagai pemangkin ekonomi rakyat dan negara Malaysia memberikan inspirasi kepada beliau untuk menerbitkan filem dokumentari mengenainya. Di Kuala Lumpur, Gabriel bertemu Yusof yang juga rakannya semasa sama-sama belajar di universiti di Brussel pada tahun 1976. Yusof ialah anak peneroka yang sudah berjaya dan kini seorang eksekutif kanan Felda. Gabriel melihat Yazid dan Yusof sebagai simbol dua era - permulaan dan perkembangan, keringat dan hasil, ideologi dan keberkesanan - dan merumuskan bahawa Felda adalah perintis segala-galanya yang lahir daripada perancangan dan wawasan yang wajar dijadikan teladan. Setelah mendengar, melihat dan mengalami sendiri kehidupan di tanah Felda, Gabriel pulang ke negaranya dan kembali semula ke Malaysia bersama-sama krew penggambaran untuk penggambaran filemnya itu.
 
== Maklum Balas ==
Filem ini mendapat 13 pencalonan pada [[Festival Filem Malaysia ke-19]]
{| class="wikitable"
Baris 89:
|}
 
== Rujukan ==
{{reflist}}
 
== Pautan Luar ==
* [http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Bilut_11 Bilut di Sinema Malaysia]
 
[[kategoriKategori:FELDA|Bilut]]
[[Kategori:Filem Malaysia tahun 2006|Bilut]]
[[Kategori:Filem bahasa Melayu]]