Bintulu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 33:
'''Bahagian Bintulu''' merupakan bahagian ketiga terbesar di [[Sarawak]], [[Malaysia]] yang menghadap Laut China Selatan di baratnya. '''Bandar Bintulu''' membangun dengan pesat dengan adanya gas asli di luar pantai Sarawak setelah diiktiraf sebagai bandaraya. Ia terletak 650 km dari [[Bandar Raya Kuching]] dan kira-kira 215 km dari [[Sibu]] atau [[Miri]]. Bintulu mempunyai keluasan 7,220.4 km<sup>2</sup>.
 
Daripada asal hanya sebuah kampung nelayan yang dikenali dengan hasil lautnya seperti [[udang]], [[cencaluk]] dan [[belacan]], Bintulu kini muncul sebagai bandar antarabangsa.
 
Sebuah loji pemproses gas asli iaitu, [[Malaysia LNG Sdn Bhd]] telah dibina di Bintulu. Ia menjadi pengalak kepada pembangunan lain-lain sektor yang diperlukan.
 
[[Pelabuhan Bintulu]] di [[Bandar Tanjung Kidurong]] turut dibina dan berkembang maju. Tanjung Kidurong dahulunya ialah sebuah hutan rimba yang terkenal sebagai tempat perburuan [[rusa]]. Pelabuhan ini bersebelahan dengan loji MLNG. [[Lembaga Pelabuhan Bintulu]] ditubuhkan pada 1981 bagi melicinkan pembinaan [[pelabuhan]] serta bertanggungjawab dalam pengendalian dan penjagaan pelabuhan. Semua kontrak pembinaan utama telah disiapkan mengikut jadual dengan memakan kos berjumlah RM600 juta.
 
Terdapat juga kilang Asean Bintulu Fertilizer yang membekalkan [[baja urea]] dan lain-lain kepada petani-petani di [[Malaysia]] dan juga di negara-negara [[ASEAN]].
 
Kampus [[Universiti Pertanian Malaysia]] turut dibina. Kini ia dikenali sebagai [[Universiti Putra Malaysia]]. UPM Kampus Bintulu ini bukanlah suatu nama baru sebagai destinasi pendidikan tinggi di negara ini kerana ia merupakan kampus tertua di Negeri Sarawak. Kampus ini diaktifkan semula pada November 2001 berasaskan matlamat ketiga pelan strategi UPM 2001-2010 iaitu meningkatkan keupayaan UPM sebagai pusat pengajian dan perkhidmatan pertanian serta biosumber terkemuka di peringkat antarabangsa.
 
Pada masa kini, terdapat lebih daripada 8 buah sekolah menengah dan 50 buah sekolah rendah di Bintulu. Di antara sekolah-sekolah menengah tersebut, [[SMK Bintulu]] merupakan sekolah tertua dan terbesar dan dapat menampung pelajar-pelajar dari Tingkatan Satu sampai Tingkatan Enam. Ia merupakan salah sebuah sekolah yang menunjukkan prestasi yang terbaik di Sarawak dalam peperiksaan-peperiksaan umum.
Baris 47:
bandar Bintulu turut mempunyai sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa, iaitu [[lapangan Terbang Bintulu]] yang terletak 23 kilometer dari pusat bandar. Lapangan terbang baru ini mempunyai landasan sepanjang 2600 meter yang mampu menerima Airbus A330 mendarat. Lapangan terbang ini turut mengendalikan penerbangan ke beberapa destinasi luar negara seperti [[Singapura]], [[Kuala Lumpur]], [[Hong Kong]], [[Manila]], [[Bangkok]] dan [[Jakarta]] dapat dilakukan dengan adanya Lapangan Terbang baru ini.
 
bandar Bintulu juga mempunyai kemudahan sukan dan rekreasi yang baik. Bintulu mempunyai lebih daripada 40 gelanggang [[badminton]], 32 gelanggang tenis, 8 buah gelanggang skuash, 16 buah gelanggang bola keranjang, 25 buah gelanggang sepak takraw, 14 buah padang [[bola sepak]], 4 buah gelanggang [[bola tampar]] dan 3 buah padang [[hoki]].
 
Selain daripada kemudahan-kemudahan tersebut, Bintulu juga mempunyai 3 buah kolam renang awam termasuklah kolam renang [[Lembaga Kemajuan Bintulu]] berdekatan Dewan Suarah, sebuah stadium tertutup dan stadium terbuka yang terletak di Jalan Tanjung Kidurong.
 
Padang Golf 18-lubang di Bintulu bukan sahaja sebuah padang golf yang mencabar bahkan mempunyai pemandangan yang menarik di sini. Padang Golf ini dikendalikan oleh Kelab Golf Bintulu yang mempunyai bangunan sendiri di situ sebagai pusat operasinya.
 
Kebanyakan pelancong akan singgah di Bintulu sebelum berkunjung ke [[Taman Negara Niah]] atau [[Taman Negara Similajau]].
 
== Tempat-tempat menarik ==
* Tugu Dewan Undangan Negeri
* City Point (Mall)
* Pasar Utama Bintulu & Tamu Bintulu
* Pasar Malam
* Masjid Assyakirin
* Tokong Kuan Yin Tong
* Pantai Tanjung Batu
* Taman Tumbina (Zoo)
* Padang Golf Kidurong
* Taman Negara Similajau
* Parkcity Mall (Mall)
* Bintulu Waterfront Promenade
* Time Squre Mall
* Bintulu paragon Mall
* Bintulu central
* Commercial centre Mall
* Mardiah Beach Resort
* Medan Mall Bintulu
* Bintulu city Mall
* Menara LNG
* ABF Beach
* Kidurong Central
* Menara pelabuhan Kidurong
* Kidurong Club
* MacDonald Bintulu
* Taman Millenium Bintulu
* Taman Pendustrian Samalaju
* Perhentian 1Malaysia
* Kolam Renang Awam Bintulu
* Ibraco Bintulu
* Similajau Beach
* Spring Mall Bintulu
* Airport Bintulu
* Perpuskataan Bintulu
* Taman Pendustrian Samalaju
* Beulevard Bintulu
 
 
 
 
== Pautan luar ==
* [http://ww
w.dromoz.com/directory/maps/?epid=18648 Peta-peta tentang Bintulu]
* [http://www.infobintulu.com Forum perbincangan Bintulu]
 
== Rujukan ==
{{reflist}}
 
{{Sarawak}}
 
[[Kategori:Tempat di Sarawak]]