Perbezaan antara semakan "Bisikan Arwah (filem 1988)"

k
Bot: perubahan kosmetik
k (Bot: perubahan kosmetik)
 
== Sinopsis ==
 
[[FileFail:Mr. Os membuat perjanjian dengan Ratu Ular.jpg|thumb|Parta ketika membuat perjanjian dengan Ratu Ular]]
 
Seorang lelaki membawa sebatang cangkul ketika berjalan dikawasan semak belukar. Lelaki tersebut kelihatannya sedang mengejar seekor ular jelmaan yang sedang menggali sebuah lubang untuk melarikan diri dari lelaki berkenaan. Ketika dia sedang sibuk menggali, ada sesusuk tubuh yang memerhatikan gerak geri lelaki yang sedang sibuk menggali lubang tempat persembunyian ular tadi. Tiba-tiba kedengaran satu bisikan yang menggalakkan lelaki tersebut agar terus menggali. Dia kemudiannya terjerumus kedalam sebuah perigi lama dan bertemu dengan ular yang dikejarnya sebentar tadi. Ular berkenaan sedari mula telah mengetahui niat lelaki itu bahawa dia berkeinginan untuk membunuh ular tersebut lalu menjual kulitnya dengan harga yang mahal. Ular jelmaan tersebut terus merasuki tubuh lelaki berkenaan melalui pandangan matanya. Setelah lelaki berkenaan merangkak keluar dari telaga tersebut, wujudnya tiba-tiba berubah menjadi buruk dan bersisik dan dia terus pergi ke suatu destinasi dengan tujuan yang tersendiri.
 
[[FileFail:Jelmaan Parta yang menghuni tubuh Iwan.jpg|thumb|Mr. Os sebagai Parta]]
 
Sepasang lelaki dan perempuan, Eka (Puteri Salbiah) dan Suparman, sedang asyik bercumbuan didalam sebuah banglo sambil berbual mengenai harta berbentuk tanah ladang yang bakal diwariskan oleh Suparman kepada Eka. Tiba-tiba lelaki yang telah dikuasai syaitan ular jelmaan berkenaan menerjah masuk kedalam kediaman mereka. Lelaki tersebut seolah-olah mengenali Eka kerana dia berkata bahawa Eka telah berkali-kali mengkhianati dirinya. Makhluk misteri berkenaan menjulurkan lidah bercabangnya dan terus menjerut leher Suparman sementara Eka terus lari menyelamatkan diri didalam sebuah bilik berasingan. Suparman terus menjadi korban pertama lelaki misteri tersebut. Dia kemudian cuba menjerut leher Eka yang sedang bersembunyi didalam bilik tapi gagal untuk membunuhnya. Setelah lelaki misteri itu beredar, penduduk kampung terus datang untuk membantu dan mendapati mayat Suparman terlentang di ruang tamu dalam keadaan bermandikan darah manakala Eka pula telah pengsan didalam bilik. Sewaktu lelaki misteri berkenaan sedang berjalan menuju kerumahnya, dia kembali kepada bentuk asalnya iatu manusia biasa.
* Filem ini turut dibintangi oleh [[Hussein Abu Hassan]] dan [[Latif Ibrahim]]
* [[Hussein Abu Hassan]] pula mencipta kisah seram karyanya sendiri berjudul [[Dendam Perawan Bunting]].
* Diedarkan di [[Malaysia]] dengan nama <b>'''Mereka Kembali</b>'''.
* Filem ini tidak lagi ditayangkan pada mana-mana stesyen televisyen kerana mengandungi unsur-unsur syirik, terutama sekali pada babak dimana Mbah Rejo ([[Hussein Abu Hassan]]) mengarahkan Mira untuk melafazkan "Demi setan, ku pasrahkan diriku wahai setan".