Blogger Boy: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 37:
'''''Blogger Boy''''' ialah sebuah siri drama terbitan [[Red Communications]] untuk saluran [[8TV]] yang mengisahkan seorang guru tuisyen yang menyamar identitinya sebagai seorang pelukis komik yang melukis kehidupannya dalam [[blog]]nya. Siri drama rekaan [[Lina Tan]], [[Bernard Chauly]] dan [[Rafidah Abdullah]] yang terkenal kerana mengusahakan filem dan siri TV ''[[Gol & Gincu]]'', dibintangi oleh [[Qushairi Razali|Qushairi Razali (Qi)]], [[Nas T Muammar Zar]] dan [[Julie Woon]], dan menampilkan lukisan-lukisan bergaya [[manga]] yang hasil Nikki Liaw.
 
== Plot ==
''Blogger Boy'' menjejaki haru-biru kehidupan Budi (Qi), seorang guru tuisyen untuk murid-murid tingkatan lima yang bertelatah nakal, yang jugas menyimpan identiti rahsia di Internet melalui blog komik. Kehidupan Budi semakin memedihkan apabila terlepas teman wanitanya Zehan ke tangan jejaka lain, tambahan pula kemunculan semula teman cintanya swaktu remaja iaitu Nina (Julie Woon), dirumitkan lagi dengan teman serumahnya Kid (Nas-T) yang memberi nasihat kepada Budi agar boleh bermesra dengan Nina, sambil cuba merebut hati Nina sendiri.
 
Akibat nasibnya yang tidak menentu, Budi mengakui satu-satunya teman yng boleh diharap ialah blognya dan para pembacanya. Semakin berkembang cerita komiknya, maka semakin popular blognya tetapi semakin sukar untuk Budi menyorokkan identiti sebenar dan rahsia-rahsia di kalbunya.
 
Budi ialah seorang pelukis berbakat yang kuat dipengaruhi gaya komik Jepun dan Korea (''[[manga]]''/''[[manhwa]]'') yang menjadi kegemarannya semenjak berusia remaja dulu. Oleh itu cara dia melukis watak-wataknya kelihatan tak tentu jantinanya. Demi melindungi identitinya semata-mata tanpa mengambil kisah bagaimana orang ramai memandang watak-wataknya, Budi memberi nama samaran B, K and N kepada watak-watak tersebut untuk mewakili diri dan kawan-kawannya. Tak disangka-sangka, karya komiknya menjadi perbualan hangat sampai para pembacanya cuba meneka jantina watak-watak tersebut.
 
=== Musim 1 ===
{{utama|Blogger Boy (musim 1)}}
''Blogger Boy'' bermula tayangan di 8TV dengan musim pertama sepanjang 20 episod, setiap Khamis, jam 9.30 malam, dari 28 Mei hingga 8 Oktober 2009. Kisahnya bermula dengan kegembiraan Budi kerana berjaya menempah jawatan kosong sebagai guru tuisyen yang diketuai oleh Ms Vann, tiba-tiba terpadam oleh gelagat para pelajar kelasnya yang benar-benar di luar kawalan. Lebih perit lagi, teman cintanya ketika ini, Zehan tiba-tiba mengumumkan pertunangannya dengan lelaki lain. Lain pula nasibnya bagi teman serumahnya, Kid, yang berkerjaya sebagai pengurus penerbitan yang berijazah.
 
Pada suatu hari, ketika melawat Zehan yang berpakaian pengantin di tempat penggambaran, tak tersangkanya akan bertemunya dengan kawan lamanya, Nina, yang kembali dari [[Australia]] yang didiaminya selama tujuh tahun, untuk melanjutkan kerjayanya sebagai jurugambar yang ingin membuka kedai foto di tanahair. Arakian, dari situlah, kepedihan hati Budi terubat dengan cubaan memutik hubungan dengan Nina, kawan lama yang lama berkenalan sejak kecil. Walau bagaimanapun, cinta antara Budi dan Nina banyak onak durinya. Bukan sahaja Kid juga tertawan oleh Nina lalu cuba menawannya, bahkan juga Datuk Koh, bapa Nina tidak gemar anak tunggalnya itu melepaskan masa depan yang cerah bersama tunangnya di bumi kanggaru.
Baris 56:
Dugaan cinta Budi dan Nina memuncak apabila ibunya melawat Budi setelah mendengar khabar perpisahannya dengan Zehan, lalu mencadangkan agar Budi menjalinkan hubungan dengan wanita pilihan barunya, Maya. Mujurlah keterusterangan meluahkan keutuhan perasaan Budi terhadap Nina membolehkan Budi melepaskan bebanan ibunya terhadapnya untuk terpaksa berkahwin dengan Maya, seorang jururawat klinik, sehinggalah dia menerima tamparan hebat daripada kehadiran tunang Nina, James dari Australia, yang melawat bakal mertuanya yang terlantar di hospital akibat [[serangan jantung]]. Setelah dipujuk oleh Datuk Koh, akhirnya terpaksalah Budi melepaskan Nina yang dibawa balik ke Australia oleh James.
 
=== Musim 2 ===
{{utama|Blogger Boy (musim 2)}}
Kesinambungan ''Blogger Boy'' diteruskan di 8TV dengan musim kedua sepanjang 20 episod, juga setiap Khamis, jam 9.30 malam, mulai 12 November 2009, setelah hanya lima minggu tidak bersua. Kali ini, setelah melepaskan peluang keemasan bersama Nina, Budi berpeluang melancarkan semula perjalanan cinta dengan Maya, wanita yang disyorkan oleh ibunya itu, sejak bertemu semula di klinik. Bagaimanapun, hubungan Budi dan Maya tidak berapa memberangsangkan kerana mereka tidak sentiasa saling mempercayai, sebaliknya asyik disampuk oleh kejutan yang mengaibkan dan rahsia yang terbongkar, hinggakan pernah sekali Budi berikrar untuk kekal bujang sampai bila-bila, itupun untuk masa yang singkat sehingga perasaannya terhadap Maya pulih lagi.
Baris 72:
Setelah gagal memujuk Budi sendiri agar menolak Zehan dan wang pembedahan yang ditawarkannya untuk ibunya, Nina berkomplot dengan Kid dan Maya untuk meleraikan hubungan Budi dan Zehan secara senyap-senyap mahupun terang-terangan. Kebetulan pula Kid tercari-cari peserta dan pengarah untuk rancangan permainan akan datang, maka dia mencadangkan agar ketiga-tiga wanita beradu dalam rancangan permainan itu untuk menentukan siapa yang memenangi hati Budi kelak. Malang sekali, rancangan tersebut tidak menjadi, dan keputusan muktamadnya tak lain tak bukan di tangan Budi sendiri.
 
== Pelakon ==
{{main|Senarai watak Blogger Boy}}
* [[Qushairi Razali]] sebagai Budi
* [[Nas T Muammar Zar]] sebagai Kid
* [[Julie Woon]] sebagai Nina
* [[Cheryl Samad]] sebagai Maya
* [[Sabrina Hassan]] sebagai Zehan
* [[Nad Zainal]] sebagai Atiqah
 
== Episod ==
=== Musim 1 ===
{| class="wikitable" style="width:98%;"
|-
Baris 211:
|}
 
=== Musim 2 ===
{| class="wikitable" style="width:98%;"
|-
Baris 340:
|}
 
== Pautan luar ==
* [http://www.bloggerboy.com.my/index.htm Laman web rasmi ''Blogger Boy'']
* [http://www.8tv.com.my/Shows/MainHighlight.aspx?MasterID=577&ShowID=757&MenuID=1&TemplateID=1 Tonton episod lepas ''Blogger Boy'' di laman web 8TV]
 
[[Kategori:Rancangan 8TV]]
[[Kategori:Siri drama televisyen Malaysia]]