BoBoiBoy: The Movie: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
k Membatalkan semakan 4191978 oleh 175.156.91.202 (Perbincangan)
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 24:
Filem ini merupakan [[Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan|filem animasi tempatan dengan kutipan yang tertinggi]].
 
== Plot ==
Filem ini bermula dengan sekumpulan alien jahat bernama Tengkotak yang cuba menangkap sfera kuasa generasi pertama, Klamkabot. Pasukan ini diketuai oleh Bora Ra dan konco-konconya ialah Gaga Naz, Yoyo Oo, Kiki Ta, serta pembantunya Cici Ko. Mereka ingin menangkap Klamkabot untuk mengambil kuasanya untuk niat yang jahat. Klamkabot cuba melarikan diri dari buruan pasukan Tengkotak dengan kelajuan maksima bagi melepaskan diri. Namun akhirnya dia berjaya ditangkap dengan pasukan robot-robot kuning milik Tengkotak. Bora Ra pun tertawa kerana kini dia berjaya menangkap Klamkabot. Tetapi sesuatu berlaku apabila Kiki Ta mengesan kuasa teleportasi yang sangat tinggi. Klamkabot menggunakan kuasa teleportasinya yang menyebabkan dirinya serta pulau tempat persembunyiannya hilang dalam sekelip mata.
 
Baris 57:
Kredit akhir menunjukkan BoBoiBoy, Gopal, Yaya, Ying, Ochobot, Papa Zola, Adu Du, Probe dan J-Rex pulang kembali ke Pulau Rintis dan Cici Ko pula memenjarakan ahli-ahli Tengkotak.
 
== Watak dan Pelakon Suara ==
* [[Nur Fathiah Diaz]] sebagai BoBoiBoy
* [[Wong Wai Kay]] sebagai Fang
* [[Dzubir Mohammed Zakaria]] sebagai Gopal
* [[Nur Sarah Alisya]] sebagai Yaya
* [[Yap Ee Jean]] sebagai Ying
* [[Muhammad Fathi Diaz]] sebagai Ochobot dan Terra
* [[Muhammad Anas Abdul Aziz]] sebagai Yoyo Oo, Tok Aba, Probe, Adu Du, Cici Ko & Pakcik Burger
* [[Nizam Razak]] sebagai Papa Zola
* [[Usamah Widiatmoko]] sebagai Klamkabot
* [[Azman Zulkiply]] sebagai Bora Ra
* [[Mohammad Azmir Selamat (AG)]] sebagai Gaga Naz
* [[Chan Su Ling]] sebagai Kiki Ta
* [[Nadia Nazir]] sebagai Coral
* [[Woi Pak Lin]] sebagai Oake
 
== Produksi ==
Nizam Razak menyatakan bahawa filem ini menelan belanja sebanyak RM5 juta, dan beliau menggambarkan ianya sebagai "nilai yang besar". Filem ini dibuat dalam tempoh dua tahun.<ref name=bbbthemoviesh /> Proses memasukkan suara juga mula dilakukan sejak awal pembikinan filem ini lagi sehingga ia selesai akhir tahun 2015. Filem ini mendapat sokongan dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), and Pusat Kandungan Kreatif Animasi Malaysia (MAC3). 70 pekerja telah digunakan untuk menghasilkan filem ini. Tempoh masa asal bagi filem ini adalah 160 minit, tetapi ia telah dipendekkan kepada 100 minit untuk menepati piawaian filem kanak-kanak.<ref>{{Cite web |url=http://extra.tonton.com.my/entertainment/8extra-boboiboy-the-movie/ |title=#8Extra - Boboiboy - The Movie |publisher=TonTon Extra |publication-date= 23 Februari 2016 |archive-url=https://web.archive.org/web/20160801014102/http://extra.tonton.com.my/entertainment/8extra-boboiboy-the-movie/ |archive-date=1 Ogos 2016 |dead-url=yes |access-date=1 Mac 2016}}</ref>
 
== Muzik ==
{{Infobox single
| Name = Masih Di Sini
Baris 114:
}}
 
=== Lagu Tema ===
Filem ini mempunyai dua lagu tema, iaitu Masih Di Sini oleh [[Bunkface]] dan Di Bawah Langit Yang Sama oleh D'Masiv. Masih Di Sini digunakan di treler dan kebanyakannya di babak berlawan, manakala Di Bawah Langit Yang Sama digunakan pada akhir filem.
 
Di Bawah Langit Yang Sama dikeluarkan kepada awam di iTunes pada 22 Januari 2016 manakala muzik videonya dia akaun YouTube Monsta dikeluarkan pada 5 Februari 2016. Muzik video Masih Di Sini dikeluarkan pada 2 Mac 2016, sehari sebelum hari tayangan di Malaysia. Ia dikeluarkan di iTunes lima hari kemudian.
 
== Promosi dan Tayangan ==
Animonsta Studios mengumumkan projek filem BoBoiBoy pertama mereka, BoBoiBoy: Sfera Kuasa pada Jun 2013 yang dirancang untuk ditayangkan pada 2014.<ref name=boboiboysferakuasa /> Namun, projek itu tertangguh seketika dan diumumkan waktu penayangan pada akhir tahun 2015 dalam ''teaser'' rasmi mereka di YouTube yang disiarkan pada 16 Februari 2015. Selepas 7 bulan, Animonsta Studios menyiarkan ''trailer'' rasmi mereka di YouTube yang menyatakan bahawa filem ini akan ditayangkan pada 2016. Dalam ''trailer'' tesebut, BoBoiBoy: The Movie telah menjalankan kerjasama dengan Bunkface dan dua DJ Hot FM ketika itu, Fara Fauzana dan AG Hot FM. ''Trailer'' kedua telah disiarkan pada 3 Februari 2016 di laman YouTube rasmi Monsta.
 
Pada 21 Disember 2015, Animonsta Studios secara rasminya telah mengumumkan tarikh pelancaran untuk pawagam Malaysia di akaun Facebook rasmi mereka iaitu 3 Mac 2016. Pada 30 Disember 2015, tarikh tayangan di pawagam Indonesia diumumkan pada 13 April 2016. Pada bulan Februari 2016, Animonsta Studios mengeluarkan ''trailer'' rasmi kedua mereka di YouTube.
 
Animonsta Studios telah mempromosikan filem ini di Tokyo Anime Award Festival 2016 pada Mac 2016. Mereka sedang dalam perbincangan untuk membawa filem ini ke Kazakhstan. Terdapat juga rancangan untuk membawa filem ini ke negara terdekat seperti Thailand, Vietnam dan Kemboja yang menunjukkan minat mereka terhadap filem ini.<ref name="bbbtmbh">{{Cite news |url=http://www.bharian.com.my/node/120484/ |title=BoBoiBoy: The Movie sasar kutip RM25j |last=Selamat |first=Hanisah |date=2 Februari 2016 |newspaper=[[Berita Harian]] |access-date=10 February 2016}}</ref> Filem ini telah ditayangkan di 115 buah pawagam di Malaysia, 100 di Indonesia, dua di Brunei dan dua di Singapura. Untuk pasaran Indonesia, filem tersebut ditayangkan di CGV Blitz, Cinemaxx, dan Platinum.
 
Selepas kejayaan di Malaysia dan Indonesia, BoBoiBoy: The Movie bakal ditayangkan di Korea Selatan di 100 pawagam di seluruh negara pada suku pertama 2017.
 
=== DVD ===
Filem ini telah dikeluarkan dalam DVD ke pasaran Malaysia pada 28 Mei 2016 oleh Rusa Music dan Animonsta Studios.
 
== Pencapaian ==
{|class="wikitable collapsible collapsed" style="float:right; margin:1em; margin-top:0; font-size:90%"
! style="background:tan;" colspan="2"|<br>Jadual kutipan pawagam<br>''BoBoiBoy: The Movie''<br>(3 Mac – 11 April)
Baris 177:
|RM 16 juta<ref name=gross16million />
|}
Animonsta Studios mensasarkan RM 25 juta untuk filem ini,<ref name=bbbtmbh /> dengan sasaran RM12-13 juta untuk pasaran Malaysia dan Brunei, serta RM12-13 juta untuk pasaran Indonesia.<ref name=kutipan3hari />BoBoiBoy: The Movie telah mendapat sambutan yang amat luar biasa di Malaysia. Pada hari pertama tayangan iaitu 3 Mac, BoBoiBoy: The Movie telah mengutip lebih daripada RM 500,000 sekaligus membolehkan BoBoiBoy: The Movie menempa nama di ''Malaysian Book of Records'' sebagai kutipan hari pertama paling tinggi di Malaysia.<ref>{{Cite news |url=http://www.nst.com.my/news/2016/03/131065/malaysian-film-broke-record-biggest-first-day-ticket-sales-and-its-not-ola-bola |title=This Malaysian film broke the record for biggest first day ticket sales - and it's not Ola Bola |date=4 Mac 2016 |newspaper=New Straits Times |archive-date=4 Mac 2016}}</ref> Kebanyakan pawagam juga penuh dan tiket-tiket habis awal. Selepas 11 hari, filem ini menjadi filem animasi Malaysia paling laris selepas mengutip lebih RM 8 juta mengalahkan ''Geng: Pengembaraan Bermula'' yang mengutip RM 6.3 juta. Filem ini mencapai sasaran untuk pasaran Malaysia selepas mengutip RM 13 juta selepas 17 hari. Filem ini ditayangkan selama 58 hari di Malaysia.
 
Untuk pasaran Indonesia, filem ini berjaya memperolehi lebih dari 5 billion rupiah (RM 1.48 juta) selepas 12 hari.
 
== Masa Hadapan ==
Selepas filem ini, terdapat rancangan untuk membuat dua lagi filem BoBoiBoy dan Nizam Razak menyatakan bahawa mereka telahpun mempunyai idea mereka untuk filem kedua.<ref>"[http://www.hmetro.com.my/node/111175/ Lebih hebat, beremosi di pawagam]" Harian Metro.</ref>
 
== Rujukan ==
{{Reflist}}
 
== Pautan luar ==
* [http://www.boboiboymovie.com/ Laman Web Rasmi BoBoiBoy: The Movie]
* [https://www.youtube.com/watch?v=q74KwrEDS3Y/ Teaser Rasmi BoBoiBoy: The Movie]