Perbezaan antara semakan "Bola Kampung"

11 bait ditambah ,  3 tahun lalu
k
Bot: perubahan kosmetik
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
k (Bot: perubahan kosmetik)
Pada tahun 2011, siri ''Bola Kampung'' diperbaharui dengan siri ''Bola Kampung X'' yang ditayangkan perdana di [[Cartoon Network Asia|Cartoon Network]] mulai 4 Jun.<ref>[http://parenthots.com/news_and_events/news/Bola-Kampung-returns-with-X-factor.aspx Bola Kampung returns with X factor], ParenThots, 30 Mei 2011. Dicapai pada 6 Jun 2011.</ref>
 
== Plot ==
''Bola Kampung'' mengisahkan sekumpulan kanak-kanak yang tinggal di Kampung Gong Lechar, daerah Pohon Bambu, yang menggilai bola sepak, itupun hanya bermain kerana minat semata-mata. Ini berubah apabila pengetua sekolah mereka dan jurulatih bola sepak baru, Abdul Rahman, menubuhkan sebuah pasukan bola untuk bertanding di kejohanan antara sekolah. Iwan, iaitu watak utama siri ''Bola Kampung'', menjadi pemimpin pasukan bola sepak sekolahnya ini, namun ditentang oleh bapanya yang, ironik sekali, pernah bermain dalam pasukan bola sepak kebangsaan, gara-gara tidak mahu anaknya mengalami nasib malang seperti dirinya. Namun, dengan sokongan kawan karibnya Azizul dan Sabok, Iwan berjaya meredah segala rintangan, sekaligus menjadi nadi pasukan. Bersama-sama, Iwan dan rakan-rakannya bertarung dengan cabaran yang mendatang untuk mencapai impian masing-masing.<ref>[http://www.bola-kampung.com/About_sinopsis.html Sinopsis ''Bola Kampung'']</ref>
 
== Watak ==
;Iwan:Watak utama ''Bola Kampung'' ini adalah seorang yang periang dan mempunyai impian untuk mewakili pasukan negara. Bermain di [[posisi tengah]], dia sering membuat hantaran tepat dan berbahaya. Peminat cilik [[Zinedine Zidane]] ini dianggap sebagai "nadi utama" pasukannya.
 
;Fauzi:Berkenalan Iwan ketika cuti sekolah. Selepas itu pemain yang mewakili daerah Pohon Meranti berjumpa lagi bersama Iwan di atas padang. Pemain ini juga dikenali sebagai arkitek. Dia memiliki skil yang tinggi dan kemampuan sepakan percuma yang baik. Dia bermain di bahagian tengah iaitu posisi yang sama bersama Iwan.
 
;Sabok:Seorang kawan karib kepada Iwan. Kelebihannya sebagai [[pemain sayap]] kanan merupakan kebolehannya mengawal bola dengan kedua-dua belah kaki. Dia bijak mencipta peluang di hadapan gol dengan menggelecek pertahanan lawan. Dia dianggap sebagai "pakar" mengambil [[sepakan percuma]].
;Chin dan Chun:Pasangan kembar cuma posisi mereka berlainan.Chin memegang posisi pertahanan manakala Chun memegang posisi penjaga gol.Mereka membuat kemunculan sulung pada musim 2.Pada musim 5,Chin mengalami rabun jauh disebabkan menonton TV terlalu dekat dan membaca buku dalam gelap.:
 
== Watak persaingan ==
 
;Zaki:Muncul pada musim 2 dan merupakan pemain Pohon Meranti.Dia selalu bermusuh dengan semua orang terutamanya Fauzi.Dia membuat kemunculan semula pada musim 5.
 
== Rujukan ==
{{reflist}}
 
== Pautan luar ==
* [http://www.bola-kampung.com Laman web rasmi ''Bola Kampung'']
 
{{Templat:Animasi Malaysia}}
 
[[Kategori:Rancangan televisyen RTM]]
[[Kategori:Animasi Malaysia]]