Perbezaan antara semakan "Boris Yeltsin"

k
Bot: perubahan kosmetik
k (Bot: Memindahkan 1 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q34453)
k (Bot: perubahan kosmetik)
Yeltsin mengambil alih tampuk pemerintahan dengan harapan tinggi. Pada 12 Jun 1991, beliau dipilih menjadi presiden [[Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia]] dengan 57% undian, menjadikannya presiden pertama yang dipilih melalui undian awam. Sungguhpun demikian, sambutan orang ramai terhadap Yeltsin menjunam setelah negara Rusia mengalami krisis demi krisis ekonomi dan politik pada 1990-an. Zaman pemerintahan Yeltsin dicemari korupsi berleluasan, kegawatan ekonomi, dan masalah politik dan sosial yang besar. Ketika beliau meletak jawatan, kajian menganggarkan cuma 2% rakyat yang menyokong Yeltsin.<ref>{{cite web|title=Transcripts of 'Insight' on CNN|publisher=[[CNN]]|date=2002-10-07|accessdate=2007-07-17|url=http://transcripts.cnn.com/TRANSCRIPTS/0210/07/i_ins.01.html}}</ref>
 
Berikutan [[Sejarah Kesatuan Soviet (1985-1991)|pembubaran Kesatuan Soviet]] pada Disember 1991, Yeltsin yang berikrar agar mengubah [[Ekonomi Kesatuan Soviet|ekonomi perancangan pusat sosialis]] negaranya menjadi [[ekonomi pasaran]] bebas, mendukung pembebasan harga dan rancangan [[penswastaan]]. Akibat amalan rasuah dan faktor-faktor lain, kebanyakan kekayaan negara jatuh di tangan segelintir kecil orang sahaja.<ref>{{cite web|last=Åslund|first=Anders|authorlink=Anders Åslund|title=Russia's Collapse|work=Foreign Affairs|publisher=[[Council on Foreign Relations]]|date=September/October 1999|accessdate=2007-07-17|url=http://www.foreignaffairs.org/19990901faessay1007/anders-aslund/russia-s-collapse.html}}</ref>
 
Pada bulan Ogos 1991, Yeltsin disanjung di peringkat antarabangsa kerana menggambarkan dirinya sebagai seorang demokrat serta berjaya meredah [[Cubaan rampasan kuasa Soviet 1991|percubaan merampas kuasa]] oleh ahli-ahli kerajaan Soviet yang menentang [[perestroika]]. Beliau melepaskan jawatan dengan sambutan dingin oleh penduduk Rusia yang mencemuhnya sebagai seorang [[autokrat]] yang lemah.<ref>Paul J. Saunders, "U.S. Must Ease Away From Yeltsin", ''Newsday'', 14 May 1999. [http://www.nixoncenter.org/publications/articles/pjs-newsday.htm]</ref> Beliau bertindak sebagai perdana menteri sendiri (hingga Jun 1992) atau melantik menteri-menteri sendiri tanpa menghiraukan parlimen. Pertelingkahan antara Yeltsin dengan parlimen memuncak dalam [[Krisis perlembagaan Rusia 1993|krisis perlembagaan pada Oktober 1993]], apabila beliau mengerah tentera untuk menawan semula [[Rumah Putih Rusia]], selepas musuh-musuhnya menawan bangunan tersebut. Pada tahun 1993 juga, Yeltsin mengisytiharkan [[Perlembagaan Rusia|perlembagaan baru]] yang memperkasakan kuasa presiden, yang diluluskan oleh [[Pungutan suara perlembagaan Rusia 1993|referendum]] pada bulan Disember.
{{wikiquote}}
{{commons|Борис Николаевич Ельцин|Boris Yeltsin}}
* [http://www.lastingtribute.co.uk/famousperson/yeltsin/2561891 Obituary and public tributes on Lasting Tribute]
* [http://www.cnn.com/SPECIALS/cold.war/kbank/profiles/yeltsin/ CNN Cold War — Profile: Boris Nikolayevich Yeltsin]
* [http://hammernews.com/borisyeltsin.htm Death of a Bear]- ''Hammernews''
* [http://www.reason.com/news/show/120349.html The Good Czar The Strange Nobility of Boris Yeltsin]
* [http://youtube.com/watch?v=t98Eq0c9Gus&feature=user The Yeltsin Years] Documentary
* {{worldcat id|id=lccn-n83-228407}}
 
{{start box}}