Borobudur: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Masgatotkaca (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 22:
}}
 
[[Fail:Borobodur1.jpg|thumb|rightkiri|350px|Puncak Borobudur.]]
[[Fail:Borobudur Mandala.svg|thumb|rightkiri|Pelan tapak Borobudur direka [[mandala]].]]
[[Fail:Borobudur-Nothwest-view.jpg|thumb|rightkiri|350px|Borobudur dari jauh.]]
[[Fail:Borobudur monks 1.jpg|thumb|rightkiri|Penganut Buddha melakukan meditasi.]]
[[Fail:Borobudur stupas.jpg|rightkiri|thumb|Pelbagai stupa di Borobudur.]]
[[Fail:Borobudur photograph by van kinsbergen.jpg|rightkiri|thumb|Gambar pertama dirakam oleh [[Isidore van Kinsbergen]] (1873) selepas kerja pembersihan.]]
[[Fail:Borobudur Tourism.jpg|150px|rightkiri|thumb|Pelawat di Borobudur.]]
[[Fail:Borobudur spout.jpg|thumb|rightkiri|Makaras berfungsi mengeluarkan air larian.]]
[[Fail:Borobudur Cross Section id.svg|thumb|rightkiri|250px|Keratan rentas 4:6:9 - kaki, badan dan kepala]]
[[Fail:Borobudur mural.jpg|rightkiri|thumb|150px|Arca pada dinding Borobudur]]
[[Fail:Batu peringatan pemugaran candi Borobudur.JPG |rightkiri|thumb|150px|Batu peringatan pemulihan candi Borobudur]]
 
'''Borobudur''' ialah [[kuil]] atau [[candi]] [[agama Buddha]] yang terletak di desa Boro , [[Kabupaten]] [[Magelang]], [[Jawa Tengah]], [[Indonesia]]. '''Borobudur''' terletak kira-kira 100 km di barat daya [[Semarang]] dan 40 km di sebelah barat laut [[Yogyakarta]]. Luasnya 2500 km persegi.
 
Borobudur adalah [[stupa]] [[Buddha]] mazhab [[Mahayana]], dan monumen Buddha terbesar di dunia. Ia dibina antara tahun [[750]] dan [[850]] Masihi oleh pemerintah [[Jawa]] [[Dinasti]] [[Sailendra]] dan [[Sanjaya]].
 
1950 Sejarawan [[J.G. de Casparis]] kajian Ph.D beliau menyatakan Borobudur adalah tempat pemujaan. Dengan analogi prasasti Karangtengah dan Kahulunan, Borobudur dibina oleh raja dari dinasti [[Syailendra]] bernama [[Samaratungga]] sekitar [[824]]. Candi raksasa hanya siap 50 tahun kemudian ketika puterinya Ratu [[Pramodhawardhani]] memerintah. Kuil Borobudur dibina atas tanah bukit hanya setinggi 265 meter dari dasar laut dan 15 meter tinggi.
 
Jika [[Mesir]] berbangga dengan [[piramid]] dan [[Sphinx]], [[China]] dengan Tembok Besar , [[Kemboja]] dengan [[Angkor Wat]]. Maka, warga [[Indonesia]] berbangga dengan Borobudur. Borobudur telah diiktirafkan [[UNESCO]] sebagai Warisan Budaya Dunia sejak 1991.
 
== Fungsi ==
Borobudur dibina sebagai tempat pemujaan penganut agama [[Buddha]] kerana ketika itu seluruh pulau [[mistik]] Jawa didiami penganut Buddha. Setiap tahun, sambutan [[Hari Wesak]] telah disambut di sini pada bulan Mei. Pembinaan semula kuil Borobudur menyebabkannya semakin terkenal di kalangan penganut Buddha dari seluruh dunia. Hari Wesak adalah untuk memperingati hari kelahiran, nafas penghabisan dan masa apabila Boddhisatva menjadi Buddha.
 
Tetapi Borobudur tidak ada tempat pemujaan sebagaimana kuil Buddha di [[India]] atau di [[China]].
 
Pengaruh Buddha dan Hindu merosot dengan ketibaan agama baru iaitu agama [[Islam]]. Sehingga kini hanya terdapat 2 juta penganut Hindu Buddha di [[Indonesia]] dengan tumpuan di pulau [[Bali]]. Selepas Islam, pengaruh Kristian turut berkembang luas di Indonesia selama 350 tahun dengan jumlah penganut seramai 5 juta orang.
 
Kemerosotan Borobudur semakin teruk apabila ia ditimbus oleh abu [[lava]] [[gunung berapi]]. Terdapat dua buah gunung berapi yang masih aktif iaitu [[Gunung Sundoro]]-[[Sumbing]] dan [[Gunung Merbabu]]-[[Merapi]] di [[Sungai Progo]]. Kawasan ini terpilih sebagai tempat pembinaan kuil kerana penduduknya ramai dan pertanian padi sawah dapat dijalankan kerana tanih lava gunung berapi sangat subur.
Baris 54:
 
== Etimologi ==
* Istilah Borobudur tidak dapat dikesan dalam mana-mana artifak kecuali catatan Sir [[Thomas Stamford Raffles]] saja antara 1814-1816 iaitu ketika [[British]] mengambilalih sementara [[Bangkahulu]] dari [[Belanda]].
* Asal usul istilah Borobudur ini tidak jelas kerana penduduk setempat tidak lagi menjadi penganut agama Buddha. Penduduk pulau mistik Jawa telah lama melupakan agama Buddha. Kita akan merasa aneh akan kewujudan kuil Buddha ini kerana 99% penduduk Indonesia beragama Islam.
* Bore ialah 'nama sebuah kampung' di situ. Budur ialah 'candi'. Jadi Borobudur bermaksud Candi Bore. Biasanya setiap candi dinamakan sempena nama sesebuah kampung berdekatan. Sepatutnya Raffle menulis 'BudurBoro', bukan 'Borobudur'.
* Dalam [[manuskrip]] [[Nagarakartagama]] yang menggunakan [[bahasa Jawa]] kuno, karya [[Mpu Prapanca]] pada 1365 menyatakan 'Budur' sebagai Budha. Jadi diandaikan 'Budur' dikaitkan dengan ajaran Buddha.
* Borobudur juga dikatkan dengan ''Sambharabhudhara'' yang bermaksud "[[gunung]]" (''bhudara'') di mana di lereng-lerengnya terletak teras-teras.
* ''Borobudur'' dikatakan perubahan sebutan "para Buddha" menjadi ''borobudur'' atau 'budha'.
* Dalam bahasa sanskrit dan Bali, Boro bermaksud 'kompleks candi' atau biara. ''Beduhur'' bermaksud "tinggi" atau di atas tanah tinggi.
 
== Struktur Borobudur ==
Borobudur berbentuk gunung 6 segi bujur dan mempunyai 3 tingkat. Pada puncak Borobudur ada stupa induk berbentuk loceng berlubang-lubang. Bahagian paling utama terletak di bahagian puncak yang dikelilingi oleh 72 patung Buddha. Setiap patung Buddha terletak dalam stupa loceng yang berlubang-lubang.
 
Borobudur ini dihiasai dengan 2672 arca dan 504 patung Buddha. Monumen ini menjadi tempat utama Lord Buddha dan tempat perjalanan pemujaan terpenting penganut [[Buddha]] di Indonesia dan dunia. Semasa mendaki, mengelilingi Borobudur menuju Buddha, terdapat 1460 keping arca pada dinding dan hiasan naratif balustrades <ref>[[Hary Gunarto]], Digital Preservation of Borobudur World Heritage and Cultural Treasures, Journal of Ritsumeikan Studies in Language and Culture, VOL 19, No 2, Kyoto, Nov. 2007, pp. 263-278.</ref>.
 
== Kosmologi Buddha ==
 
'''Borobudur''' direka sebagai [[mandala]] gergasi, lambang laluan [[bodhisattva]] dari [[samsara]] kepada [[nirvana]], melalui cerita Sudhana yang digambarkan dalam Gandavyuha Sutra, sebahagian dari [[Avatamsaka Sutra]].
 
Stupa mengandungi lima tingkat :
Baris 79:
 
== Arca dinding ==
Terdapat lebih 2672 arca dinding pelbagai aktiviti manusia dan haiwan dan 504 stupa loceng.
 
Di setiap tingkat, arca-arca dipahat pada ketulan-ketulan baru tumpat dan disusun sehingga menjadi sebuah cerita dan pengajaran bagi mereka yang rajin mengkaji dan mentelaah
 
Semua arca ini di susun dari kiri ke kanan dan hendaklah dilihat dari kiri ke kanan, mengikut jarum jam atau ''mapradaksina'' dalam bahasa [[bahasa Jawa kuno]] . Cerita-cerita ini berdasarkan kitab Ramayana dan Jataka. Arca ini bermula dari kiri pintu gerbang dan berakhir di kanan pintu gerbang. Candi ini menghadap ke timur, walaupun pandangan sisi kelihatan sama sahaja.
 
Secara keseluruhan arca yang terdapat di dinding Borobudur menggambarkan hukum karma . Semua arca bukanlah cerita bersiri kerana setiap pigura boleh berdiri sendiri sebagai satu cerita sebab akibat. Ada gambaran hukuman yang akan direrima jika membuat dosa dan mendapat balasan baik jika membuat kebajikan. (Hukum karma bermaksud buat baik dibalas baik, buat jahat di balas jahat). Rangkaian cerita Buddha ini berakhir dengan tingkat tertinggi iaitu menuju kesempurnaan.
 
== Sejarah arkeologi ==
: '''Peringkat pertama :''' Borobudur dibina sekitar tahun 750 dan 850 masehi, berbentuk piramid bertingkat-tingkat, disediakan lorong berjalan kaki. Borobudur tidak dapat disiapkan oleh raja Sailendra yang pertama. Sebalik nya disiapkan 50 tahun kemudian, pada masa pemerintahan puterinya memerintah selepas itu.
 
: '''Peringkat kedua: ''' Saiz Borobudur dilebarkan dan ditambah 2 tingkat dan satu stupa induk.
Baris 96:
: '''Peringkat keempat:''' perubahan pada arca di tangga dan pintu gerbang.
 
Sejarawan mengaitkan terbengkalainya pembinaan Borobudur kerana kemerosotan pengaruh Hindu Buddha berikutan kedatangan agama Islam ke Jawan Tengah pada kurun ke-14.
 
 
[[Fail:Borobodur2.jpg|thumb|rightkiri|200px|Gambaran dinding Borobudur.]]
[[Fail:Borobudur.Stupas.am002.JPG|thumb|rightkiri|200px|Borobudur stupa.]]
 
 
Baris 106:
Borobudur apabila dilihat dari atas kelihatan seperti gergasi [[Buddha]] mandala dan sesuai dengan kosmologi Buddha dan ciri-ciri otak manusia. Berbentuk empat segi dan ketinggian 118 meter. Ada 72 stupa berbentuk loceng berlubang-lubang dan di dalam stupa itu ada patung Buddha sedang berehat.
 
Kira-kira 55,000 meter padu batu konkrit digunakan untuk membna bangunan Borobudur ini. Batu-bata ini diangkut melalui sungai dan mengambil masa 75 tahun untuk disiapkan.
 
Sistem saliran dan perparitan di sekitar Borobudur amat baik. Ada 100 muncung berlubang untuk air larian. Setiap muncung ini diukir kepala gargoil (makaras).
Baris 115:
 
== Kajian Arkeologi ==
Selama beberapa abad, Borobudur tertimbus oleh lava debu gunung berapi sekitar 1006 Masihi. Sejak itu Borobudur berhenti menjadi tempat pemujaan dan perjalanan penganut Buddha. Penduduk Magelang dikatakan berhijrah ke Jawa Timur berdekatan dengan [[Brantas]] pada 928 Masihi. Selepas itu penduduk tempatan mengaitkan stupa besar dengan pelbagai cerita tahyul dan mistik - terutama selepas terjadi kemalangan, pendertaan dan punca kematian.
 
Contohnya tahun 1709, kematian pemberontak terhadap Raja Mataram telah mati dan dikaitkan dengan stupa besar.
 
Persoalan timbul, adakah Borobudur dibubarkan setelah mereka menganut agama Islam pada abad ke-15.
 
Tidak ada catatan jelas tentang siapa yang membina Borobudur ini. Sejarawan hanya mengandaikan Borobudur dibina oleh salah seorang raja Dinasti Sailendra antara 760-830 Masihi. Sailendra adalah serpihan daripada kerajaan [[Sriwijaya]] yang berugama Hindu Buddha. Pembinaan mengambil masa 75 tahun dan siap semasa Maharaja Samaratunga, Empayar Sriwijaya.
Baris 125:
Ada kekeliruan sama ada raja Salendra yang berugama Buddha yang membina Borobudur. Tetapi artifak yang ditemui di Sojomerto menunjukkan mereka beragama Hindu, Ini tidak menghairankan kerana terdapat banyak kuil Buddha dan Hindu di Lembah Kedu itu. Kuil Borobudur dibina sezaman dengan pembinaan kuil Hindu Shiva [[Prambanan]].
 
* 732 Masihi - Raja [[Sanjaya]] selaku pengasas Dinasti Sailendra mengarah atau menaungi pembinaan kuil Hindu Shiva lingga di atas sebuah kuil, hanya 10 km di timur Borobudur. Sejarawan mendapati tidak ada konflik antara agama Hindu dan Buddha. Kemungkinan raja Hindu menaungi pembinaan kuil Buddha dan sebaliknya.
 
* [[1811]]-[[1816]] - [[Belanda]] telah berperang dengan [[Perancis]]. Demi keselamatan, Jawa sebagai tanah jajajah telah diserahkan kepada [[British]] buat sementara waktu sehingga peperangan selesai.
 
* [[1814]] - Sir [[Thomas Stamford Raffles]], Gabenor Jeneral British di Jawa telah mendapat berita tentang penemuan sebuah monumen di desa Boro, Kabupaten Magelang, Semarang, Jawa Tengah. Beliau berminat dalam sejarah Jawa. Pelbagai artifak, barang antik , buku dan surat-surat lama telah dikumpulkan dan dibawa ke Singapura. Dia telah mengarahkan [[H.C. Cornelius]] seorang jurutera Belanda untuk menyiasat lokasi tersebut yang penuh semak samun dan sebahagian telah diliputi abu lava gunung berapi.
 
* [[1931]] - pelukis Belanda berugama Hindu Buddha bernama W.O.J. Nieuwenkamp menyatakan teori bahawa Lembah Kedu asalnya sebuah tasik dan Borobudur bagai bunga teratai yang terapung-apung menghiasi tengah tasik tersebut. Bunga teratai selalu terdapat di mana-mana kuil Buddha, contohnya di [[Angkor Wat]], [[Siem Reap]], [[Kemboja]]. Roda dharma Buddha pecah lapan juga berasaskan bunga teratai ini.
Baris 135:
* [[1835]] - tapak tersebut dibersihkan.
 
* [[1873]] - monograf pertama tentang candi Borobudur diterbitkan dalam bahasa Belanda. Monograf ini berdasarkan laporan oleh Corrnellius, Hartmans dan FC Wilsen 1853 dan JFG Brumund. Gambar foto pertama dirakam pada 1873 oleh Isidore van Kinsbergen.
 
* [[1882]] Belanda telah menugaskan arkeologis Groenveldt untuk menilai keadaan sebenar monumen itu.
 
* [[1900]] - Ketua Hindia Belanda berasa bertanggungjawab memulihara candi Borobudur dan menubuhkan pasukan kahas.
Baris 145:
* [[1926]] - Borobudur digali lagi tetapi terbengkalai kerana [[Perang Dunia Kedua]] tahun 1941.
 
* [[1956]] - Kerajaan Indonesia merayu bantuan [[UNESCO]]. Profesor Dr. [[C. Coremans]] dari Belgium ditugaskan menyiasat punca kerosakan dan mencari jalan pemuliharaan.
 
* [[1963]] - Kerajaan Indonesia pimpinan Presiden Sukarnoi setuju Borobudur dipugar dan dibina semula. Namun peristiwa Gestapo 30 September menyebabkan kerja-kerja tergendala.
Baris 157:
* [[10 Ogos]] [[1973]] - Presiden [[Soeharto]] merasmikan kerja-kerja pemuliharaan Borobudur dan siap tahun [[1984]]
 
* [[21 Januari]] [[1985]] - Sembilan stupa loceng di Borobudur telah dibom oleh 9 butir bom. Pada 1991, seorang mubaligh Islam, Husein Ali Al Habsyie telah dijatuhi hukuman mati kerana menjadi dalang pengeboman itu.
 
* [[1991]] - Borobudur diwartakan sebagai [[Warisan Dunia UNESCO]].
Baris 175:
== References ==
{{Reflist}}
 
 
 
 
 
 
 
[[Kategori:Tapak arkeologi di Indonesia]]