Bot tunda: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 1 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q191826
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 1:
[[Fail:Remolcador V. B. Sargazos - Port of the Bay of Cadiz - Photo 1.jpg|thumb|300 px|Sebuah bot tunda.]]
'''Bot tunda''' ({{lang-en|tugboat}}) ialah sejenis bot yang mengolah gerak kapal-kapal dengan menolak atau menunda. Bot tunda menggerakkan kapal-kapal yang tidak boleh bergerak dengan sendirian seperti kapal-kapal di [[pelabuhan]] yang sibuk, di [[terusan]] yang sempit, atau yang tiada enjin sendiri seperti [[baj]], kapal tidak berfungsi, dan [[pelantar minyak]]. Bot tunda sangat berkuasa dan tahan lasak walaupun saiznya kecil, bahkan ada jenis bot tunda yang boleh belayar di lautan dalam. Sesetengah bot tunda juga digunakan sebagai bot pemecah ais dan bot penyelamat. Bot tunda terawal menggunakan [[enjin stim]] yang kemudiannya digantikan dengan [[enjin diesel]].
 
== Jenis bot tunda ==
'''Bot tunda laut''' - terdiri daripada 3 kategori asas:
 
* "Bot tunda laut" piawai yang menunda menggunakan tali ulut (keluli panjang atau tali gentian lembut).
 
* "Bot tunda takik" (''notch tug'') yang boleh diletak di takik pada [[buritan]] baj yang direka khas, yang secara efektifnya membentuk kombinasi sebuah kapal. Konfigurasi sebegini bagaimanapun berbahaya digunakan untuk baj yang tiada kargo. Jadi, "bot tunda takik" dibina dengan win tunda. Dengan konfigurasi ini, saiz baj yang digunakan mungkin menghampiri saiz kapal kecil, dan interaksi dengan aliran air membenarkan kelajuan yang tinggi dengan peningkatan kuasa atau penggunaan bahan api yang minimum.
 
* "Unit bersepadu" yang terdiri daripada gabungan bot tunda dan baj direka khas. Unit ini akan tetap bergabung dalam apa jua keadaan laut dan bot tunda sebegini biasanya mempunyai reka bentuk yang tidak sesuai untuk pelayaran di laut tanpa digabung dengan bajnya. Unit ini secara perundangannya dikategorikan sebagai sebuah kapal dan mesti menunjukkan lampu pelayaran seperti yang tertakluk kepada kapal-kapal.
 
'''Bot tunda pelabuhan'''. Dalam sejarah, bot tunda merupakan pengangkutan laut pertama yang dipasang dengan pendorongan [[enjin stim|stim]], yang tidak dihalang dengan haluan angin, dan yang mempunyai kemampuan bergerak ke semua arah. Oleh sebab itu, ia digunakan di pelabuhan bagi membantu kapal berlabuh dan berlayar keluar.
 
'''Bot tunda sungai''' - Digunakan sebagai penolak di sungai, kerana bot tunda sungai biasanya tidak mempunyai tali ulut atau win. Reka bentuk [[badan kapal]]nya adalah berbahaya untuk operasi di laut lepas. Ia mempunyai [[haluan]] yang rata untuk diselaraskan dengan [[buritan]] baj yang berbentuk segi empat tepat.
 
== Enjin bot tunda ==