Brahma: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 17:
| Planet =
}}
'''Brahma''' ([[Sanskrit]] ''{{IAST|brahmā}}'' {{lang|sa|ब्रह्मा}}) merupakan [[Dewa Hindu]] yang mencipta alam semesta ini dan salah satu daripada [[Trimurti]], yang lain ialah [[Vishnu]] dan [[Siva]]. Brahma tidak sama dengan Brahman dalam [[falsafah Vedanta]].
 
Sebagai Trimurti, Brahma mencipta alam semesta ini, Vishnu memeliharanya dan Shiva memusnahkannya. Proses ini dikenali sebagai srsthi (ciptaan), sthiti (pemeliharaan) dan pralaya (pemusnahan) dan ia berterusan selama-lamanya.
 
Maka, Brahma merupakan sumber, benih segala-galanya. Brahma menjadi sumber yang melahirkan ruang, masa, sebab-akibat, nama dan rupa. Secara falsafah, Brahma merupakan tahap pertama penjelmaan idea keindividuan atau ego (ahankara). Secara teologi, Brahma adalah Pencipta yang tidak dicipta (Svayambhu), Manusia Pertama.
 
Meskipun Brahma adalah Tuhan Maha Esa dalam fungsinya sebagai Pencipta, tidak ada kuil khusus untuk pemujaan-Nya kecuali kuil di Pushkar (berdekatan Ajmer, Rajasthan). Beberapa [[Purana]] cuba memberikan alasan yang lemah untuk menjelaskan keadaan pelik ini. Namun, kemungkinan kultus Brahma telah wujud pada zaman sebelum [[Veda]] dan kemudiannya, kebangkitan kultus-kultus [[Vishnu]] dan [[Siva]] telah mengatasi kultus Brahma. Dengan perkembangan konsep [[Shakti]], kedua-dua [[Vishnu]] dan [[Siva]] mempunyai [[Shakti]] masing-masing untuk membantu proses ciptaan. Maka, dengan perkembangan konsep bahawa Tuhan bersatu dengan Shaktinya untuk mencipta alam semesta ini, telah menjadikan Brahma hilang fungsi, dan akhirnya kedudukannya sebagai Tuhan Maha Esa.
 
Setiap kuil, sama ada [[Vishnu]] dan [[Siva]], mesti mempunyai sebuah sudut di dinding utara untuk imej Brahma. Imej ini mesti dipuja setiap hari kerana Brahma adalah Parivaradevata (Pengiring Dewa utama).
 
== Nama-nama lain Brahma ==
* '''Hiranyagarbha''' - Dari segi kosmologi, Brahma adalah Embrio Emas (Hiranyagarbha), iaitu bebola api yang melahirkan alam semesta ini.
* '''Prajapati''' - Brahma dikenali sebagai Prajapati kerana semua mahkluk adalah anak-anaknya
* '''Pitamaha''' - Sebagai Pencipta, Brahma adalah Bapa atau Patriak semua mahkluk
* '''Vidhi''' (takdir)
* '''Lokesa''' (Raja dunia)
* '''Dhatr''' (pelindung)
* '''Viswakarma''' - Sebagai arkitek alam semesta ini, Brahma juga dikenali sebagai Viswakarma. Biasanya, kuil yang khusus untuk Brahma, mempunyai rupa Vishwakarma yang duduk di atas seekor burung Hamsa, dan empat tangan-Nya memegang sebuah kitab, tasbih, rumput kusa, dan kamandalu.
* '''Nabhija''' dan '''Kanja''' - Menurut mitologi Hindu, Brahma lahir daripada sekuntum teratai yang berasal dari pusat Maha Vishnu. Maka, Brahma juga mendapat nama '''Nabhija''' (yang lahir daripada pusat) dan '''Kanja''' (yang lahir di air).
Nama ''''Narayana'''<nowiki/>' ('seseorang yang berada di lautan' atau 'kediaman manusia') pada asalnya digunakan untuk Brahma dan hanya kemudian untuk [[Maha Vishnu|Maha Vishnu.]]
 
== Ikon Brahma ==
[[Fail:People praying Brahma for their king.jpg|thumb|296x296px|Brahma sedang merahmati orang-orang yang berdoa kepada-Nya. ]]
Biasanya Brahma digambarkan dengan empat kepala yang menghadap empat arah. Empat kepalanya juga secara simbolik merujuk kepada empat [[Veda]], empat Yuga (zaman), dan empat varna (pembahagian masyarakat berdasarkan sifat semulajadi, persekitaran dan pekerjaan). Biasanya, Brahma mempunyai janggut dan mata-Nya sering tertutup dalam meditasi. Brahma mempunyai empat tangan dalam gaya-gaya berlainan. Tangan-tangan-Nya juga merujuk kepada empat arah (utara, selatan, timur, dan barat). Objek-objek yang dipegang-Nya ialah akshamala (tasbih), kurca (berus daripada rumput kusa), sruk (senduk), sruva (garpu), kamandalu (kendi air), dan pustaka (kitab). Kombinasi ini sering bertukar dari imej ke imej.
 
Akshamala atau tasbih menunjukkan masa dan kendi air bermaksud, Air Sebeb-Penyebab yang mewujudkan dunia ini. Brahma mengawal masa dan prinsip sebab-penyebab. Rumput kusa, senduk, dan garpu mewakili sistem ritual korban. Kitab ialah simbol ilmu sekular dan ilmu rohani. Brahma adalah pemberi segala ilmu.
 
Tangan Brahma menandakan gaya abhaya (perlindungan) dan varada (rahmat).
 
Ikon Brahma biasanya berada dalam keadaan berdiri (atas sekumtum teratai) atau duduk di atas Hamsa (sejenis burung angsa). Hamsa juga adalah simbol ilmu dan diskriminasi antara baik-buruk.
 
== Mitologi ==
[[Fail:Brahma on hamsa.jpg|thumb|426x426px|Brahma di atas burung Hamsa. ]]
Terdapat beberapa cerita mitos mengenai Brahma sebagai Pencipta dan Pasangan-Nya, Saraswati Devi (Dewi Ilmu). Antaranya ialah:
* Brahma telah lahir dari Telur Emas (Hiranyagarbha) yang wujud dalam Lautan yang Tidak Terbatas.Seterusnya, Vac atau Saraswati menjelma daripada Brahma. Penyatuan Brahma dan Saraswati, melahirkan semua hidupan.
* Brahma adalah simbol [[Veda]] dan Saraswati adalah maksud dan jiwa [[Veda]]. Maka, semua ilmu, sekular dan kerohanian, telah wujud daripada Mereka.
* Pada suatu ketika, Brahma menjelma sebagai seekor babi hutan dan menyelamatkan dunia yang tenggelam dalam lautan. Kemudian, Brahma mencipta para Rishi, dan Prajapati.
* Rupa kura-kura dan ikan (kemudiannya, dianggap sebagai Avatara [[Maha Vishnu]]) juga dikatakan sebagai jelmaan Brahma.
* Para Rishi seperti Atri, Marichi, dan Angiras adalah anak-anak 'minda' Brahma. Manu atau Adam bangsa Aryan adalah cicit-Nya.
* Brahma senang dipuaskan dengan disiplin agama. Golongan dewa, para rishi dan manusia juga mudah mendapatkan rahmat-Nya dengan melakukan disiplin rohani.
* Seni pementasan, lakonan, muzik dan tarian telah diperkenalkan oleh Brahma.
* Brahma adalah sami utama ketika istiadat perkahwinan [[Mahadeva|Shiva]] dan [[Parvati]].
 
== Brahma di Luar India ==
Meskipun, di India hanya terdapat sebuah kuil Brahma di Pushkar, Rajasthan, Brahma adalah seorang dewa yang popular di luar benua India. Terdapat beberapa buah kuil-kuil Brahma di Indonesia dan Thailand.
 
== Lihat juga ==