Brigedier Jeneral TUDM: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mueiemax (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
k Bot: perubahan kosmetik
 
Baris 2:
'''Brigedier Jeneral TUDM''' ialah pangkat pegawai tinggi [[Tentera Udara Diraja Malaysia]] yang paling rendah atau yang paling ''junior''. Ianya setaraf dengan [[Brigedier Jeneral|Brigedier Jeneral Tentera Darat]] dan [[Laksamana Pertama]]. Pangkat ini diperkenalkan pada tahun 1983, menggantikan pangkat '''''Air Commodore''''' seperti yang terdapat di dalam perkhidmatan tentera udara negara-negara [[Komanwel]] lain. Perubahan berlaku apabila [[TUDM]] menukar kepada sistem pangkat mirip [[Tentera Darat Malaysia]] menyamai sistem yang terdapat dalam [[Tentera Udara Amerika Syarikat]]. Ketika awal penggunaan pangkat ini, perkataan (Udara) ditambah bagi membezakan diantara pegawai tinggi TUDM dengan TDM. Kini (Udara) tidak digunakan lagi, malah menjadi kelaziman akronim TUDM ditambah dibelakang nama seseorang pegawai tersebut. Tidak pula menjadi kesalahan besar jika akronim TUDM ditinggalkan kerana pemahaman umum, pangkat sama ada Brigedier Jeneral TUDM atau Brigedier Jeneral Tentera Darat, adalah setara.
 
== Insignia ==
 
Pada 1983, serentak dengan pengenalan sistem pangkat yang baharu, insignia ala tentera darat turut diperkenalkan. Namun insignia asal ''Air Commodore'' telah diperkenalkan semula pada Ogos 1992 untuk pangkat ini. Walaupun begitu, insignia ini juga mengalami penukaran sekali lagi kepada insignia mirip TDM yang kekal ke hari ini.